SupremeToday Landscape Ad
Back
Next
Judicial Analysis Court Copy Headnote Facts Arguments Court observation
Listen Article Pause Article
judgment-img

2025 MarsdenLR 3053

MAHKAMAH TINGGI MALAYA JOHOR BAHRU
LEE YAU PENG LWN. PENGARAH TANAH DAN GALIAN JOHOR & YANG LAIN
[Saman Pemula No: JA-25-5-02/2025]



Petitioner Advocates:Saw Mei Kee ,Respondent Advocate: Suhana Sabil

PENGHAKIMAN

Nurulhuda Nuraini Mohamad Nor H:

(Lampiran 5)

[1] Ini adalah permohonan pemohon untuk membatalkan keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Johor Ringkasan Mesyuarat Bil. RM48.00/2017 bertarikh 4 Januari 2017 yang memutuskan tanah Lot 44952 dikurniakan sebagai Tanah Simpanan Melayu.

[2] Permohonan pemohon untuk tanah dikurniakan kepadanya atas namanya telah dibuat pada 19 Mac 2009 melalui Borang Jadual 1 Peraturan 2 untuk Permohonan Tanah Kerajaan, Peraturan-Peraturan Tanah Johor 1966 di ekshibit "LYP-3" (lihat lampiran 6 afidavit sokongan di ms 26 pdf).

[3] Terdapat catatan oleh Pejabat Tanah Daerah Johor di ekshibit "LYP-3" ini seperti berikut:

"Tanah kerajaan di kg Baru Masai. Telah ada permohonan awal (2 patah perkataan bertulis tidak dapat dipastikan) dalam fail (K)/61/77. Permohonan awal mencadangkan tapak dijadikan Rizab Melayu, tiada keputusan sehingga kini."

[4] Pada 12 Disember 2020, pemohon telah menerima Notis Pengosongan Tanah tersebut daripada Tetuan Azam Aziz & Co yang mewakili tuan tanah/pemilik tanah tersebut iaitu Mohd Hatta bin Hamzah.

[5] Pemohon memasukkan kaveat persendirian atas Lot44952 pada 20 Januari 2021. Satu carian tanah dibuat oleh pemohon pada 17 Mac 2021 dan didapati satu kaveat Pendaftar telah didaftarkan di atas tanah tersebut.

[6] Carian kaveat Pendaftar mendapati Majlis Mesyuarat Kerajaan Johor melalui Ringkasan Mesyuarat bertarikh 4 Januari 2017 telah memutuskan untuk merizabkan Lot44952 ini sebagai Tanah Rizab Melayu.

[7] Pemohon dimaklumkan oleh responden 2 pada 18 November 2024 bahawa permohonan kurniaan tanah tersebut telah ditolak. Pemohon mencabar keputusan Mesyuarat Kerajaan Johor ini atas alasan-alasan berikut:

i. Menurut pemohon, pemohon dan keluarga telah menetap dan menduduki atas tanah ini iaitu suatu kampung cina, yang dikenali sebagai HSD 588785 Lot 44952 yang diberikan alamat No 19, Jalan Sungai Masai, Masai, Johor sejak dari tahun 1980 sehinggalah tarikh permohonan ini difailkan;

ii. Malahan menurut pemohon lagi, sekitar tahun 1990an, tasik yang terletak di hadapan rumah telah diratakan dengan batu bata atas persetujuan bersama jiran berbangsa cina untuk memastikan keselamatan tetangga;

iii. Ruang tanah bekas tasik ini menjadi tanah kosong dan merupakan satu-satunya penyambung rumah-rumah pemohon dan jiran tetangga juga bangsa Cina, kepada jalan raya utama;

iv. Pemohon dan keluarga serta jiran membelanja masa dan kos untuk menaik taraf/memperbaiki Lot 44952 supaya kebersihan terjaga dan keselamatan terjamin.

[8] Permohonan untuk Kebenaran Mengeluarkan Semakan Kehakiman ini telah diserahkan kepada Peguam Negara selain serahan ke atas responden. Ini menurut A 53 k 3(3) Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 yang memperuntukkan seperti berikut:

"(3) The applicant must give notice of the application for leave not later than three days before the hearing date to the Attorney General's Chambers and must at the same time lodge in those Chambers copies of the statement and affidavits."

[9] Kuasa Peguam Negara untuk hadir telah diiktiraf melalui keputusan mahkamah atasan (lihat kes: Messrs Tai Choi Yu & Co Advocates v. Arifin Zakaria; [2020] 5 MLJ 207, Kanawagi Seperumaniam v. Abdul Hamid Mohamad; [2004] 5 MLJ 495, Peguam Negara Malaysia v. Nurul Izzah Anwar & Ors; [2017] 4 MLJ 656; [2017] 5 CLJ 595).

[10] Tujuan kehadiran Peguam Negara ialah sebagai penjaga kepentingan awam. Ini berkait daripada pemakaian dan pelaksanaan undang-undang awam oleh badan awam, yang melahirkan aspek kepentingan awam ini (lihat: Messrs Tai Choi Yu & Co (supra).

[11] Peguam Negara telah membangkitkan bantahan awal atas permohonan Kebenaran Semakan Kehakiman ini atas alasan ia difailkan di luar had masa yang dibenarkan oleh undang-undang. Ini sebagaimana yang diperuntukkan oleh A 53 k 3(6) Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 yang memperuntukkan seperti berikut:

"(6) An application for judicial review shall be made promptly and in any event within three months form the date when the grounds of application first arose or when the decision is


Click Here to Read the rest of this document
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
SupremeToday Portrait Ad
supreme today icon
whatsapp-icon Back to top