MAHKAMAH TINGGI MALAYA KOTA BHARU
THE KAMPONG KUANTAN RUBBER COMPANY BERHAD LWN. PEGAWAI KEWANGAN NEGERI KELANTAN & SATU LAGI
[Permohonan Semakan Kehakiman No: DA-25-4-05/2024]
PENGHAKIMAN
Pendahuluan
[1] The Kampong Kuantan Rubber Company Berhad ("Pemohon"), telah memfailkan permohonan semakan kehakiman untuk mendapatkan:
(a) perintah mandamus bagi memaksa responden Pertama membuat caj bayaran lewat (RM888,250.34) dan kos (RM20,000.00) selaras dengan terma-terma Perakuan Perintah Terhadap Kerajaan s 33 Akta Prosiding Kerajaan 1956 (Disemak 1988) bertarikh 20 Ogos 2023; dan
(b) perintah mandamus untuk memaksa responden Kedua membuat bayaran caj bayaran lewat (RM888,250.34) dan kos (RM20,000.00) selaras dengan Perintah Terpinda bertarikh 31 Oktober 2021.
[2] Pada 10 Julai 2024, Mahkamah telah memberikan kebenaran (leave) kepada pemohon untuk memulakan prosiding semakan kehakiman di bawah A 53 k 3 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012. Namun, setelah meneliti dan mempertimbangkan semua afidavit yang telah difailkan dalam permohonan substantif semakan kehakiman tersebut serta mengambil kira penghujahan bertulis oleh pihak-pihak, mahkamah ini mendapati bahawa permohonan semakan kehakiman tersebut tidak mempunyai merit. Oleh yang demikian, mahkamah ini pada 9 Disember 2024 telah menolak permohonan semakan kehakiman tersebut.
[3] Terkilan dengan keputusan mahkamah ini, pemohon telah memfailkan notis rayuan ke Mahkamah Rayuan bertarikh 20 Disember 2024.
Latar Belakang Permohonan
[4] Pemohon merupakan pemilik berdaftar hartanah yang dikenali sebagai H.S(D) 10271, PT No 9289, Mukim Kuala Pahi, Jajahan Kuala Krai, Negeri Kelantan dengan keluasan 340.4 hektar. Sebahagian tanah tersebut seluas 12.1406 hektar telah dibuat pengambilan semula di bawah Akta Pengambilan Tanah 1960 bagi tujuan Tapak Pusat Pembangunan Bercampur Komersial dan Perumahan atas permintaan oleh Majlis Daerah Kuala Krai (2nd Responden).
[5] Melalui Borang G bertarikh 10 Julai 2018, pampasan tanah yang diawardkan oleh Pentadbir Tanah kepada pemohon adalah berjumlah RM3,500,000.00. Pemohon telah memfailkan rayuan melalui Borang O.
[6] Pada 31 Oktober 2021, Mahkamah Tinggi Kota Bharu dalam kes Rujukan Tanah No. DA-15-15-11/2018 [The Kampong Kuantan Rubber Co Ltd lwn. Majlis Daerah Kuala Krai] telah membenarkan pampasan tambahan sebanyak RM3,400,521.36 berserta caj lewat bayar 5% ke atas jumlah pampasan tambahan dan dikira dari tarikh Borang K (17 September 2018) sehingga penyelesaian penuh dan kos RM20,000.00.
[7] Pada 17 Ogos 2022, Mahkamah Tinggi Kota Bharu telah membenarkan permohonan interlokutori pemohon (kandungan 59) dalam kes DA-15-15-11/2018 [The Kampong Kuantan Rubber Co Ltd lwn. Majlis Daerah Kuala Krai] tersebut untuk meminda intitulement perintah mahkamah bertarikh 31 Oktober 2021 dengan menggantikan nama responden iaitu Majlis Daerah Kuala Krai kepada Pentadbir Tanah Kuala Krai (rujuk Perintah Terpinda sepertimana dalam kandungan 82).
[8] Pemohon juga melalui permohonan interlokutori (kandungan 89) di bawah s 33 Akta Prosiding Kerajaan 1956 (Disemak 1988), telah mendapat suatu perintah mahkamah bertarikh 20 Ogos 2023 bagi pengeluaran suatu sijil oleh mahkamah bagi memerintahkan Pentadbir Tanah Kuala Krai untuk membuat bayaran pampasan tambahan, caj bayaran lewat dan kos tindakan tersebut. Berikutan daripada itu, mahkamah telah mengeluarkan suatu Perakuan Perintah terhadap Kerajaan terhadap Pentadbir Tanah Kuala Krai (rujuk Perakuan Perintah Terhadap Kerajaan dalam kandungan 118).
[9] Majlis Daerah Kuala Krai melalui Pentadbir Tanah Kuala Krai telah membayar pampasan tambahan kepada pemohon pada 7 Disember 2023. Walau bagaimanapun, pembayaran tersebut tidak termasuk bayaran caj lewat 5% sepertimana terma dalam Perintah Terpinda bertarikh 31 Oktober 2021. Setelah pampasan tersebut dibayar, peguamcara pemohon telah menuntut pembayaran caj bayaran lewat melalui peguamcara 2nd Responden pada 16 Januari 2024. Menurut perkiraan pihak pemohon, caj bayaran lewat 5% setahun ke atas jumlah RM3,400,521.36 yang dikira daripada tarikh Borang K (17 September 2018) adalah berjumlah RM888,250.34.
[10] Responden Kedua melalui peguamcaranya mencadangkan unt
Login now and unlock free premium legal research
Login to SupremeToday AI and access free legal analysis, AI highlights, and smart tools.
Login
now!
India’s Legal research and Law Firm App, Download now!
Copyright © 2023 Vikas Info Solution Pvt Ltd. All Rights Reserved.