SupremeToday Landscape Ad
Back
Next
Judicial Analysis Court Copy Headnote Facts Arguments Court observation
Listen Article Pause Article
judgment-img

2025 MarsdenLR 5940

MAHKAMAH TINGGI MALAYA SEREMBAN
RAMAN SINATHAMBY LWN. – Appellant
Versus
VELAMAL MUNUSAMY & SATU LAGI – Respondent
[Guaman Sivil No: NA-21NCVC-2-02/2025]



Petitioner Advocates:Manian K Marappan ,Respondent Advocate: Kavittha Subramaniam

PENGHAKIMAN

Wan Fadhilah Nor Md Tahil H:

Pengenalan

[1] Tindakan ini adalah berkenaan pertikaian mengenai pemilikan hartanah antara plaintif dengan defendan Pertama dan defendan Kedua. Akibat dari pertikaian tersebut, plaintif telah memfailkan tuntutan ini terhadap defendan-defendan untuk mendapatkan hak pemilikan hartanah yang dikenali sebagai PM 1516 Lot 6787 Mukim Labu, Negeri Sembilan seluas 12,594 kaki persegi bersama rumah satu tingkat yang didirikan di atasnya yang beralamat No 141, Peringkat 3, Felda Sendayan, 17950, Seremban (hartanah tersebut). Pada 22 Disember 2024, plaintif telah memasukkan kaveat persendirian melalui perserahan No 2132/2023 di Pejabat Tanah Seremban untuk melindungi kepentingannya ke atas hartanah tersebut. Melalui notis permohonan di Lampiran 3, plaintif telah memohon perintah untuk melanjutkan tempoh kaveat persendirian ke atas hartanah tersebut sehingga pelupusan tindakan ini.

[2] Pada 25 Jun 2025, mahkamah ini telah memutuskan bahawa notis permohonan plaintif di Lampiran 3 untuk melanjutkan tempoh kaveat persendirian atas hartanah tersebut ditolak dengan kos sebanyak RM3,000.00. Plaintif yang tidak berpuashati dengan keputusan berkenaan telah memfailkan rayuan ini.

[3] Untuk tujuan rayuan ini, pihak-pihak akan dirujuk dalam kapasiti asal mereka di Mahkamah Tinggi iaitu sebagai plaintif dan defendan-defendan.

Fakta Kes Plaintif

[4] Mengikut dakwaan plaintif, pada tahun 1974, keluarganya telah memohon untuk mendapatkan tanah daripada Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA). Permohonan mereka diluluskan tetapi hartanah tersebut terpaksa didaftarkan atas nama Singgaramwathy yang merupakan isteri kepada abang plaintif atas alasan:

i. Tanah tersebut tidak boleh didaftarkan atas nama plaintif kerana statusnya yang masih bujang pada masa itu.

ii. Tanah tersebut tidak boleh didaftarkan atas nama abangnya yang merupakan suami kepada Singgaramwathy kerana abangnya adalah penjawat awam pada masa itu.

iii. Tanah tersebut boleh didaftarkan atas nama Singgaramwathy memandangkan dia adalah seorang yang kurang upaya.

[5] Hartanah yang diluluskan tersebut mengandungi tanah dan rumah yang diperolehi daripada Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA).

i. PM 15151 Lot 6476 (6 ½ ekar);

ii. ROH 9676 Lot 1233 (2 ekar);

iii. PM 1516 Lot 6787 berserta rumah setingkat yang dikenali sebagai No 141, Peringkat 3, Felda Sendayan, 71950, Seremban, Negeri Sembilan. (Rumah tersebut).

[6] Bagaimanapun, plaintif mendakwa bahawa sejak tahun 1974, dengan persetujuan keluarga, dia yang menduduki rumah tersebut dan mengusahakan tanah tersebut. Malah, plaintif yang menyelesaikan semua bayaran kepada FELDA sebanyak RM25,000.00.

[7] Setelah Singgaramwathy meninggal dunia, hartanah tersebut telah diwarisi oleh waris-warisnya. Pada tahun 2010, sebahagian tanah telah diambil alih oleh FELDA untuk tujuan pembangunan dan wang pampasan sebanyak RM494,760.00 dibayar kepada estet Singgaramwathy. Bagaimanapun, hartanah rumah Lot 6787 telah dipindahmilik kepada defendan Pertama (D1) dan defendan Kedua (D2) sebagai pemilik benefisial.

[8] Plaintif mendakwa D1 dan D2 telah bersetuju untuk memindahmilik rumah tersebut kepadanya. Bagi menyokong dakwaannya, plaintif mengemukakan keterangan-keterangan berikut:

i. Surat Ikatan Penyerahan Hak dan Surat Kuasa Wakil bertarikh 10 Mac 2010, yang ditandatangani oleh plaintif dan defendan Pertama dan defendan Kedua (D1 dan D2) di mana defendan-defendan bersetuju menyerahkan rumah tersebut kepada plaintif dengan balasan pembayaran sebanyak RM150,000.00. (salinan surat ikatan penyerahan hak dikepilkan sebagai ekshibit - R-2 afidavit sokongan).

ii. Borang pindahmilik 14A untuk memindahkan rumah tersebut kepada plaintif yang telah ditandatangani oleh D1 dan D2.

[9] Bagaimanapun, pindahmilik tersebut tidak dapat dilaksanakan atas beberapa alasan, antaranya adalah keengganan D1 dan D2 untuk memberi kerjasama untuk membolehkan supaya pindahmilik hartanah tersebut ke atas namannya dapat dilaksanakan. Sehingga kini, D1 dan D2 masih m

Click Here to Read the rest of this document
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
SupremeToday Portrait Ad
supreme today icon
whatsapp-icon Back to top