2025 MarsdenLR 483
HIGH COURT MALAYA SHAH ALAM
PP – Appellant
Versus
ZULKIFLI JONED – Respondent
[Case No: BA-45B-31-09/2021]
JUDGMENT
[1] The following charge was preferred against the accused:
"Bahawa kamu pada 10 September 2019, antara jam lebih kurang 8.53 pagi hingga jam lebih kurang 11.20 pagi, bertempat di rumah No G-4-12, Rumah Pangsa Rampai Idaman. Jalan PJU 10/9, Prima Damansara, Petaling Jaya, dalam Daerah Petaling, di dalam Negeri Selangor Darul Ehsan, telah melakukan bunuh dengan menyebabkan kematian ke atas Nor Hidayah binti Ahmad (No KP: 890422-06-5646). Oleh itu, kamu telah melakukan suatu kesalahan yang boleh dihukum di bawah s 302 Kanun Keseksaan."
[2] At the end of the prosecution's case I proffered the accused an alternative charge under s 304(a) of the Penal Code. The accused pleaded guilty unconditionally and thereafter I sentenced him to sixteen years imprisonment from the date of his arrest. The prosecution being dissatisfied have now appealed to the Court of Appeal. My reasons now follow.
[3] The brief facts of the case as taken from the DPP's submissions:
3.1 Pada 10 September 2019, jam 8.53 pagi, pengadu iaitu Lee Wai Kheng telah menerima pesanan mesej melalui WhatsApp daripada nombor si mati yang menyatakan bahawa si mati mahu pergi ke klinik kerana sakit. Pada jam lebih kurang 11.20 pagi, pengadu bersama beberapa orang rakan-rakan sekerja si mati telah pergi ke rumah si mati di alamat G-4-12, Rumah Pangsa Rampai Idaman, Jalan PJU 10/9 Prima Damansara 47830 Petaling Jaya, Selangor untuk berjumpa dengan si mati di mana OKT yang membuka pintu dan memberitahu bahawa si mati telah keluar untuk pergi ke klinik. Pada waktu ini, pengadu telah ternampak selipar yang sering digunakan oleh si mati ada di depan pintu rumah dan mengesyaki bahawa si mati ada di dalam rumah. Pengadu seterusnya telah membuat report polis di Balai Polis Sri Damansara (No. Report: Sri Damansara 5867/19) pada 1.31 petang untuk keselamatan si mati kerana takut terjadi apa-apa yang tidak diingini berlaku kepada si mati.
3.2 Pada 10 September 2019 jam lebih kurang 2.18 petang, rakan kepada OKT dan si mati yang bernama Zahidah binti Mat Akhir, telah menerima pesanan melalui WhatsApp daripada OKT (No Telefon: 011-27232282) seperti yang berikut: " Beb datang ambik Adam beb...lda dah xde...mayat dia dalam rumah..sekarang giliran aku lak bunuh diri...aku x mampu kehilangan dia...maafkan aku Beb. Adam ada kat sekolah dia...". Penama telah cuba untuk menghubungi OKT namun panggilan tidak dapat dihubungi. Penama memaklumkan bahawa Ida yang dimaksudkan itu adalah kawannya yang tinggal di Damansara, Petaling Jaya, Selangor iaitu si mati. Penama kemudian telah membuat laporan polis sepertimana (No. Report: Kamunting/4963/19).
3.3 Pada 11 September 2019 jam lebih kurang 5.45 petang, semasa Nurul Khairina binti Mohammad Zuki (Penerima report di Balai Polis Sri Damansara) (No. Report: Sri Damansara Report 5904/19) sedang bertugas di kaunter aduan Balai Polis Damansara Damai, telah menerima panggilan daripada ASP Salwani yang memaklumkan bahawa beliau telah menerima panggilan telefon daripada satu (1) lelaki Melayu bernama Ahmad iaitu bapa kepada si mati (No. Telefon: 018-4654062) pada 11 September 2019 jam lebih kurang 5.38 petang bersabit Sri Damansara Report 5867/19 memaklumkan bahawa terdapat bau yang disyaki sebagai bau mayat. ASP Salwani telah mengarahkan anggota Taskforce Sri Damansara LK 183512 dan LK 185042 untuk ke rumah si mati untuk membuat pemeriksaan. Anggota Taskforce telah sampai ke rumah si mati dan membuat pemeriksaan di bilik pertama dan mendapati bahawa terdapat satu bungkusan selimut yang diikat menggunakan tali nylon berwarna hijau di sudut kanan dinding bilik yang ditimbuni tilam dan bantal. Anggota Taskforce telah membuat pemeriksaan pada bungkusan selimut tersebut dan mendapati terdapat mayat seorang perempuan.
3.4 Mayat tersebut telah dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk bedah siasat. Mayat juga telah dicamkan oleh ahli keluarga sebagai si mati iaitu Nor Hidayah binti Ahmad. Hasil post mortem telah dijalankan oleh Dr Razuin Rahimi (Pa