2024 MarsdenLR 3442
SESYEN MAHKAMAH (KUALA TERENGGANU)
MOHD AZHAR OTHMAN HMS
KES NO TA-61R-9-10 TAHUN 2021 DAN TA-61R-10-10 TAHUN 2021
3 October 2024
Mohd Fadhly bin Mohd Zamry (Timbalan Pendakwa Raya) bagi pihak pendakwaan.
Raihan bt Mohd Yusof (Pegawai Pendakwa) bagi pihak pendakwaan.
Rahman bin Razad (Mohd Hayyatuddin & Co) bagi pihak tertuduh.
Mohd Fadhly bin Mohd Zamry (Timbalan Pendakwa Raya) bagi pihak pendakwaan.
Raihan bt Mohd Yusof (Pegawai Pendakwa) bagi pihak pendakwaan.
Rahman bin Razad (Mohd Hayyatuddin & Co) bagi pihak tertuduh.
Mohd Azhar Othman HMS:
ALASAN PENGHAKIMANPendahuluan:
[1]Alasan penghakiman ini adalah untuk kes TA-61R-9-10/2021 dan TA61R-10-10/2021. Kes telah dibicarakan serentak.
OKT telah dituduh dengan pertuduhan seperti berikut:
PERTUDUHAN 1
Bahawa kamu, pada 06 Januari 2016 , di Pejabat RISDA Negeri Terengganu, dalam Daerah Kuala Terengganu, dalam Negeri Terengganu Darul Iman sebagai penjawat awam iaitu Pembantu Tadbir dan juga Ahli Persatuan Kakitangan Islam Terengganu (PERKIT), Pejabat RISDA Negeri Terengganu dengan curangnya menyalahgunakan harta iaitu wang berjumlah RM3,800.00 kepunyaan Persatuan Kakitangan Islam Terengganu (PERKIT), Pejabat RISDA Negeri Terengganu dan dengan itu kamu telah melakukan suatu kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 403Kanun Keseksaan
PERTUDUHAN 2
Bahawa kamu, pada 11 Mei 2016 , di Pejabat RISDA Negeri Terengganu, dalam Daerah Kuala Terengganu, dalam Negeri Terengganu Darul Iman sebagai penjawat awam iaitu Pembantu Tadbir dan juga Ahli Persatuan Kakitangan islam Terengganu (PERKIT), Pejabat RISDA Negeri Terengganu dengan curangnya menyalahgunakan harta iaitu wang berjumlah RM1,400.00 kepunyaan Persatuan Kakitangan Islam Terengganu (PERKIT), Pejabat RISDA Negeri Terengganu dan dengan itu kamu telah mefakukan suatu kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 403Kanun Keseksaan
PERTUDUHAN 3
Bahawa kamu, pada 28 Jun 2016 , di Hong Leong Bank Cawangan Jalan Pejabat, dalam Daerah Kuala Terengganu, dalam Negeri Terengganu Darul Iman sebagai penjawat awam iaitu Pembantu Tadbir dan juga Ahli Persatuan Kakitangan Islam Terengganu (PERKIT), Pejabat RISDA Negeri Terengganu dengan curangnya menyalahgunakan harta iaitu wang berjumlah RM1,100.00 kepunyaan Persatuan Kakitangan Islam Terengganu (PERKIT), Pejabat RISDA Negeri Terengganu dan dengan itu kamu telah melakukan suatu kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 403Kanun Keseksaan
HUKUMAN:
Penjara selama tempoh tidak kurang dari enam bulan dan tidak lebih dari lima tahun, dan dengan sebat, dan bolehlah juga dikenakan denda.
PERTUDUHAN 1
Bahawa kamu, pada 23 Januari 2017 , di Hong Leong Bank Cawangan Jalan Pejabat, dalam Daerah Kuala Terengganu, dalam Negeri Terengganu Darul Iman sebagai penjawat awam iaitu Pembantu Tadbir dan juga Ahli Persatuan Kakitangan Islam Terengganu (PERKIT), Pejabat RISDA Negeri Terengganu dengan curangnya menyalahgunakan harta iaitu wang berjumlah RM1,850.00 kepunyaan Persatuan Kakitangan Islam Terengganu (PERKIT), Pejabat RISDA Negeri Terengganu dan dengan itu kamu telah melakukan suatu kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 403Kanun Keseksaan
PERTUDUHAN 2
Bahawa kamu, pada 30 Ogos 2017 , di Pejabat RISDA Negeri Terengganu, dalam Daerah Kuala Terengganu, dalam Negeri Terengganu Darul Iman sebagai penjawat awam iaitu Pembantu Tadbir dan juga Ahli Persatuan Kakitangan Islam Terengganu (PERKIT), Pejabat RISDA Negeri Terengganu dengan curangnya menyalahgunakan harta iaitu wang berjumlah RM1,100.00 kepunyaan Persatuan Kakitangan Islam Terengganu (PERKIT), Pejabat RISDA Negeri Terengganu dan dengan itu kamu telah melakukan suatu kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 403Kanun Keseksaan
PERTUDUHAN 3
Bahawa kamu, pada 24 Oktober 2017 , di Pejabat RISDA Negeri Terengganu, dalam Daerah Kuala Terengganu, dalam Negeri Terengganu Darul Iman sebagai penjawat awam iaitu Pembantu Tadbir dan juga Ahli Persatuan Kakitangan Islam Terengganu (PERKIT), Pejabat RISDA Negeri Terengganu dengan curangnya menyalahgunakan harta iaitu wang berjumlah RM6,100.00 kepunyaan Persatuan Kakitangan Islam Terengganu (PERKIT), Pejabat RISDA Negeri Terengganu dan dengan itu kamu telah melakukan suatu kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 403Kanun Keseksaan
Hukuman bagi setiap tuduhan
[2]Penjara selama tempoh tidak kurang dari enam bulan dan tidak lebih dari lima tahun, dan dengan sebat, dan bolehlah juga dikenakan denda.
Kes Pendakwaan
[3]Pendakwaan telah memanggil seramai 13 saksi untuk membuktikan kes mereka,
Saksi-saksi yang dipanggil adalah:-
SP1 Chong Ling