SupremeToday Landscape Ad
Back
Next
Judicial Analysis Court Copy Headnote Facts Arguments Court observation
Listen Article Pause Article
judgment-img

2017 MarsdenLR 1949

MAHKAMAH RAYUAN (PUTRAJAYA)
AHMADI ASNAWI, MOHTARUDIN BAKI, TENGKU MAIMUN TUAN MAT, JJ
Bebou Akpo Bouraima lwn – Plaintiff
Versus
Pendakwa Raya – Defendant
RAYUAN JENAYAH NO B-05–240–10 TAHUN 2013



Advocates:
Ramkarpal Singh (Karpal Singh & Co) bagi pihak perayu.
Tengku Intan Suraya (Timbalan Pendakwa Raya, Jabatan Peguam Negara) bagi pihak responden.

The act of concealing, transporting, and carrying drugs constitutes trafficking under the Dangerous Drug Act, reinforcing the principle that passive possession alone does not establish guilt without overt acts.

Headnote:(A) Akta Dadah Berbahaya, 1952 - Seksyen 39B(1)(a) dan 37(d) - Rayuan terhadap sabitan mengedar dadah - Tertuduh ditangkap dengan beg mengandungi Methamphetamine seberat 1493.1 gram - Pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie ke atas pertuduhan - Pihak peguambela mencabar ketidakpengetahuan dan rantaian bukti yang terputus, namun mahkamah mendapati terdapat bukti kukuh terhadap pengedaran dadah. (Paras 12, 32, 59 dan 61)

(B) Pembuktian - Dalam kes pengedaran, merekodkan dan membuktikan rantaian keterangan adalah penting tetapi dalam kes ini, tidak ada keraguan bahawa dadah yang dibuktikan di mahkamah adalah sama yang diterima oleh pakar kimia. (Paras 50 dan 52)

(C) Definisi pengedaran - Perbuatan menyembunyikan, mengangkut dan membawa dadah terkandung dalam definisi pengedaran, dan kemungkinan besar tertuduh mengetahui mengenai dadah tersebut berdasarkan cara penyimpanannya. (Paras 54 dan 61)

(D) Rayuan ditolak - Rayuan didapati tidak mempunyai merit, dan sabitan serta hukuman yang dikenakan ke atas tertuduh disahkan. (Para 63)

Table of Content
1. criminal facts and evidence (Para 1 , 2 , 3 , 4 , 5 , 6 , 7 , 8 , 9 , 10 , 11 , 12 , 13 , 14)
2. defendant's background and actions (Para 15 , 16 , 17 , 18 , 19 , 20 , 21 , 22 , 23 , 24)
3. issues with witness credibility (Para 39 , 40 , 41)
4. chain of evidence evaluation (Para 45 , 46 , 48 , 49 , 50)
5. elements of drug trafficking offense (Para 53 , 54 , 55 , 57 , 60)
6. final ruling on appeal (Para 63)

Ahmadi Asnawi HMR:

PENGHAKIMAN

[1]Ini adalah rayuan perayu yang telah disabitkan dan dikenakan hukuman mati mandatori oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam di atas pertuduhan berikut:

“Bahawa kamu pada 22 Januari 2011, pada jam lebih kurang 4.45 petang, di kawasan Tuntutan Bagasi G, Balai Ketibaan, Aras 3, Bangunan MTB, KLIA, di dalam Daerah Sepang, di dalam Negeri Selangor, didapati telah mengedar dadah berbahaya, iaitu Methamphetamine seberat 1493.1 gram dan dengan itu kamu telah melakukan satu kesalahan di bawah seksyen 39B(1)(a)Akta Dadah Berbahaya, 1952seksyen 39B(2)

Kes Bagi Pihak Pendakwaan

[2]Pada 22.1.2011, jam lebih kurang 4.45 petang, SP-4 (Lans Koperal Roslee bin Hashim) semasa bertugas di kawasan Tuntutan Bagasi G, Aras 5, Lapangan Terbang Antarabangsa KLIA, Sepang telah melihat perayu menarik sebuah beg hitam jenama ‘Eminent’ (exhibit P16) dan sebuah beg sandang berwarna kelabu jenama ‘Adidas’ (exhibit P33) sedang menoleh ke kiri ke kanan dalam keadaan tergesa-gesa.

[3]SP-4 telah menahan perayu dan mengarahkannya untuk meletakkan beg exhibit P16 di mesin pengimbas untuk diimbas.

[4]Apabila hasil imbasan tidak menunjukkan apa-apa yang mencurigakan, SP-4 telah memeriksa beg tersebut dengan menggunakan tangan.

[5]Ketika menekan-nekan bahagian dasar dalam beg P16 tersebut, SP-4 dapat merasa dan mendengar bunyi berderap-derup di tempat yang ditekan tersebut.

[6]Perayu kemudian dibawa ke Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, KLIA, untuk pemeriksaan lanjut.

[7]Setelah diperiksa lanjut, SP-4 mendapati satu lapisan plastik keras berwarna hitam di dasar beg P16. Di bawahnya pula, terdapat satu lapisan plastik berwarna putih dan satu lapisan plastik lembut. Di bawah lapisan-lapisan tersebut, SP-4 menjumpai dua bungkusan plastik lut sinar mengandungi bahan kristal disyaki dadah (yang menjadi hal perkara dalam pertuduhan ke atas perayu).

[8]Beg P16 tersebut juga mengandungi satu helai tuala, sehelai seluar jeans, sehelai jaket berwarna hitam, dua bungkusan gula-gula, coklat dan makanan dalam tin.

[9]Beg sandang exhibit P33 hanya mengandungi dua beg kecil berwarna hitam dan biru, satu kamera dan satu batang berus gigi.

[10]Bahan kristal yang dijumpai di dalam plastik lut sinar tersebut telah dirampas oleh SP-4 dan diserahkan kepada pegawai penyiasat, SP-5 (Insp. Zulkifli bin Mohd Daud).

[11]SP-5 kemudian telah menghantar kedua-dua bungkusan bahan kristal tersebut kepada ahli kimia, SP-2 (Maimonah binti Sulaiman) untuk dianalisa. SP-2 telah mengesahkan bahawa bahan kristal tersebut adalah dadah berbahaya jenis Methamphetamine (seberat 1493.1 gram) seperti yang disenaraikan dalam Jadual Pertama, Akta Dadah Berbahaya, 1952 (selepas ini disebut sebagai ‘ADB, 1952’). SP-2 juga telah menyediakan Laporan Kimia, exhibit P13.

[12]Di akhir kes pendakwaan hakim bicara yang bijaksana telah menerima keterangan SP-2 berkaitan dengan analisa dan dapatannya tentang jenis dan berat dadah tersebut. Beliau juga mendapati tidak wujud kecacatan kaedah analisa yang dijalankan oleh SP-2 dan tidak wujud percanggahan di antara keterangan lisan SP-2 dengan apa yang dilaporkan di dalam Laporan Kimianya. Hakim bicara yang bijaksana juga mendapati bahawa perayu mempunyai jagaan serta kawalan yang sepenuhnya ke atas beg P-16 tersebut dan ketika ditahan, perayu sedang membawa beg tersebut. Seterusnya, memandangkan pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan perayu mempunyai jagaan serta kawalan ke atas beg P16 yang mengandungi dadah tersebut, maka dengan mengguna pakai (invoked) s.37(d),ADB, 1952

[13]Hakim bicara yang bijaksana juga mendapati bahawa perayu tel

Click Here to Read the rest of this document
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
SupremeToday Portrait Ad
supreme today icon
whatsapp-icon Back to top