SupremeToday Landscape Ad
Back
Next
Judicial Analysis Court Copy Headnote Facts Arguments Court observation
Listen Article Pause Article
judgment-img

2023 MarsdenLR 1746




MAHAKAMAH TINGGI (PULAU PINANG)
AZIZAN MD ARSHAD PK
GUAMAN NO PA-22NCC-41-12 TAHUN 2021
16 August 2023



Umar Hakeem bin Zulkarnain (Umar Fahim & Co) bagi pihak plaintif.
Roshunraj a/l Rajendran (Karpal Singh & Co) bagi pihak defendan.

Advocates:
Umar Hakeem bin Zulkarnain (Umar Fahim & Co) bagi pihak plaintif.
Roshunraj a/l Rajendran (Karpal Singh & Co) bagi pihak defendan.

Azizan Md Arshad PK:

ALASAN PENGHAKIMAN

[LAMPIRAN 242]

Pengenalan

[1]Ini merupakan Permohonan [Lampiran 242] untuk Perintah Komital di bawah A. 52 K.4 (1), dibaca bersama A. 52 K. 6A & A. 52 K. 4(4), dibaca bersama A. 62 K. 5 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012Mareva bertarikh 29.01.2021 yang diberikan oleh Mahkamah ini.

[2]Mahkamah ini pada 14.07.2023 telah membatalkan Lampiran 242 tersebut atas bantahan awal oleh Defendan-Defendan kerana ketidakpatuhan di bawah Kaedah -Kaedah Mahkamah 2012. Pihak-pihak dalam penghakiman ini dirujuk sebagaimana kedudukan asal di Mahkamah Tinggi.

Kertas-kertas kausa

[3]Pihak-pihak merujuk kepada kertas-kertas kausa yang telah difailkan seperti berikut:

(i)Perintah Ex-Parte Injunksi Mareva bertarikh 27/10/2020. (Lampiran 17);

(ii)Perintah Injunksi Ad-Interim bertarikh 10/11/2020, (Lampiran 60);

(iii)Perintah Inter-parte Mareva Injunksi bertarikh 29/01/2021. (Lampiran 91);

(iv)Afidavit yang diikrarkan oleh Ng Ai Tiang bertarikh 15/03/2021. (Lampiran 100);

(v)Afidavit yang diikrarkan oleh Ng Tee Keat bertarikh 15/03/2021. (Lampiran 101).

(vi)Afidavit yang diikrarkan oleh Ng Tee Keat bertarikh 15/03/2021. (Lampiran 102).

(vii)Notis Permohonan (Ex-Parte) untuk diberikan kebenaran untuk Perintah Komital di bawah Aturan 52 Kaedah 3 dibaca bersama Aturan 52 Kaedah 6A & Aturan 52 Kaedah 4(4) dibaca bersama Aturan 62 Kaedah 5 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 (selepas ini dirujuk sebagai “Notis Permohonan tersebut”). (Lampiran 221)

(viii)Perintah Kebenaran untuk Komital bertarikh 11/1/2022. (Lampiran 240)

(ix)Notis Permohonan untuk Komital bertarikh 19/01/2022 (Lampiran 242)

(x)Afidavit Sokongan yang diikrar oleh Ananda Kumar a/l Krishnan bertarikh 14/01/2022 (Lampiran 243)

(xi)Afidavit Jawapan Ng Tee Keat bertarikh 16/02/2022 (Lampiran 268)

(xii)Afidavit Jawapan Ng Ai Tiang bertarikh 16/2/2022 (Lampiran 267)

(xiii)Afidavit Balasan yang diikrarkan oleh Ananda Kumar a/l Krishnan pada 09/03/2022. (Lampiran 289)

(xiv)Afidavit Jawapan (2) yang diikrarkan oleh Ng Ai Tiang bertarikh 17/03/2022 [Lampiran 308].

(xv)Afidavit Jawapan (2) yang diikrarkan oleh Ng Tee Keat bertarikh 17/03/2022 [Lampiran 309].

(xvi)Afidavit Balasan (2) yang diikrarkan oleh Ananda Kumar a/l Krishnan pada 21/03/2022 [Lampiran 311].

Latarbelakang Kes

[4]Permohonan (Ex-Parte) bagi memohon kebenaran Mahkamah untuk memulakan tindakan Komital terhadap Defendan Pertama, dan Penghina Kedua, Ketiga dan Keempat [Lampiran 221] telah dibenarkan oleh Mahkamah ini pada 11.01.2022 kerana Defendan-Defendan telah didakwa gagal mematuhi perintah mareva yang diperolehi pada 29.01.2021. Perintah-perintah yang diperolehi adalah seperti berikut:

(a)suatu injunksi untuk mellghalang dengan serta-merta Defendan Pertama termasuk pengarah-pengarahnya sehingga perintah selanjutnya sama ada melalui pengarah, ejen, nomini, peke a, kontraktor dan/atau wakil secara sendiri dan/atau berkomplot atau mana-mana seorang daripada mereka, melepas, menyerahhak, menggadai, memindahmilik dan menyusut dalam apa carapun kesemua aset-aset tak alih termasuk rumah kediaman, tanah, kondominium, lot-lot industri, kilang, rumah kedai, kedai-kedai komersial, mesin-mesin, kolam belaan ikan/udang dan aset-aset alih, termasuk saham-saham, saham komoditi-saham komoditi, dana- dana bersama (“mutual fund’), kenderaan-kenderaan termasuk diantara lain Toyota forklift 7FD25 No Pendaftaran PLC 2050 dan lori Daihatsu Delta V116- HA No. Pendaftaran PJM 6619, amaun-amaun yang terhutang oleh pihak ketiga (amount receivables) kepada Defendan Pertama, simpanan-simpanan tetap dan wang dalam akaun-akaun di Bank-Bank Defendan Pertama di dalam negara diantara lain United Overseas Bank Berhad No. Akaun 123-300-209-2 dan Public Bank Berhad dan akaun-akaun bank diluar negara yang dimiliki, hingga mencapai nilai RM 19, 266, 746.16 termasuk kos sebanyak RM 30, 000.00 mengikut perintah bertarikh 11/09/2015 sehingga perintah selanjutnya;

(b)satu injunksi untuk menghalang dengan serta-merta Defendan Kedua sehingga perintah selanjutnya sama ada melalui

Click Here to Read the rest of this document
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
SupremeToday Portrait Ad
supreme today icon
whatsapp-icon Back to top