2024 MarsdenLR 1600
HIGH COURT (KUALA LUMPUR)
SUZANA MUHAMAD SAID JC
GUAMAN SIVIL NO WA-23CY-3-02/2023
16 May 2024
(Yong SL & Koh) for the plaintiff.
(Foo Hiap Siong & Co) for the defendant.
(Yong SL & Koh) for the plaintiff.
(Foo Hiap Siong & Co) for the defendant.
Suzana Muhamad Said JC:
GROUNDS OF JUDGEMENT
(Enclosure 54)
INTRODUCTION
[1]This is the Plaintiffs’ application (Enclosure 54) seeking for a Committal Order against Foo Hiap Siong (in his capacity as the sole proprietor of Messrs. Foo Hiap Siong & Co), the Defendant in this suit and one Cheong Yin Mui (CYM), who is the Defendant’s wife and employee.
BRIEF FACTS
[2]The Defendant is a practising advocate and solicitor of the High Court of Malaya and a member of the Malaysian Bar Council for sixteen (16) years.
[3]The Plaintiffs initiated this defamation suit against the Defendant and obtained an Interim Injunction Order dated 7/4/2023 (Injunction Order) where in essence, the Defendant is to withdraw, remove and/or delete all statements, references and/or pictures concerning and/or referring to the Plaintiffs and/or the business of the Plaintiffs including references to “Dato Wira 初三” (or translated as “Dato Wira Chu San”), “初三”(or translated as Chu San”), “OE” brand and/or “OE Academy” 8 days from the date of the Injunction Order and no further postings with those references are permitted on the Defendant’s Facebook Page.
[4]The Interim Injunction Order are as follows-
“
(1)Sementara menunggu pelupusan sepenuhnya tindakan ini, suatu Perintah Injunksi Interim bahawa Defendan adalah dihalang dan dilarang samada melalui dirinya dan/atau ejen, nomini, pekerja dan/atau wakilnya daripada bercakap atau menulis mengenai Plaintif-Plaintif kepada mana-mana pihak ketiga kecuali bagi tujuan membela tindakan undang-undang di Mahkamah;
(2)Sementara menunggu pelupusan sepenuhnya tindakan ini, suatu Perintah Injunksi Interim bahawa Defendan samada melalui dirinya dan/atau ejen, nomini, pekerja dan/atau wakilnya dihalang dan dilarang daripada terus menerbitkan atau menyebabkan diterbitkan untuk selanjutnya menyebarkan atau menyebabkan disebarkan apa-apa pernyataan-pernyataan, perkataan-perkataan dan/atau gambar-gambar mengenai dan/atau merujuk kepada Plaintif-Plaintif dan perniagaan Plaintif-Plaintif termasuk “Dato Wira 初 三”(atau diterjemahkan kepada “Dato Wira Chu San”), “初三 “(atau diterjemahkan kepada Chu San”), jenama “OE” dan/atau “OE Academy” dan/atau perkataan-perkataan lain yang mempunyai rujukan sama dalam apa-apa cara pun termasuk dan/atau tidak terhad kepada apa-apa yang didakwa oleh Defendan dalam halaman Akaun Facebook Defendan dengan URL https://www.facebook.com/herculesx dan/atau mana-mana laman Facebook yang lain dan/atau melalui emel dan/atau Whatappp dan/atau melalui telefon bimbit dan/atau internet dan/atau blog dan/atau surat dan/atau sidang akhbar dan/atau media televisyen (termasuk dan tidak terhad kepada stesen “8TV”) dan/atau forum/seminar dan/atau media lain kepada mana-mana pihak lain dan/atau pihak ketiga, sama ada secara bertulis atau sebaliknya dan/atau mana-mana cara lain;
(3)Sementara menunggu pelupusan sepenuhnya tindakan ini, suatu Perintah Injunksi Interim bahawa Defendan dilarang samada melalui dirinya dan/atau egennya dan/atau nomini dan/atau pekerjanya dan/atau wakilnya daripada memfitnahkan Plaintif-Plaintif dan/atau menjejaskan/menjatuhkan nama baik perniagaan dan/atau karakter Plaintif-Plaintif dalam apa-apa jua cara termasuk menyebarkan dan/atau menerbitkan lagi Kenyataan- Kenyataan Fitnah tersebut seperti yang ditakrifkan dan/atau diplidkan dalam Penyataan Tuntutan dan/atau secara mendakwa, mendedahkan, berkomunikasi, menyebarkan, menerbitkan dan/atau membenarkan dakwaan, pendedahan, komunikasi, penyebaran, penerbitan kepada mana-mana pihak ketiga dan/atau orang lain mengenai Plaintif-Plaintif dan mana-mana kursus-kursus Plaintif-Plaintif dalam apa juga cara pun yang membawa kesan yang sama;
(4)Sementara menunggu pelupusan sepenuhnya tindakan ini, suatu Perintah Injunksi Interim bahawa Defendan hendaklah dalam tempoh 8 hari dari tarikh Perintah Mahkamah ini menarik balik (“withdraw”), membatalkan (“remove”) dan/atau memadamkan (“delete”) kesemua pernyataan-pernyataan, perkataan-perkataan, rujukan-rujukan dan/atau gamb