SupremeToday Landscape Ad
Back
Next
Judicial Analysis Court Copy Headnote Facts Arguments Court observation
Listen Article Pause Article
judgment-img

2025 MarsdenLR 5593




MAHKAMAH SESYEN (KOTA BHARU)
EFFANDI NAZILA ABDULLAH HMS
GUAMAN NO DA-B52NCvC-18-11 TAHUN 2023
9 April 2025





Effandi Nazila Abdullah HMS:

PENGHAKIMANPENGENALAN

[1]ÂÂTuntutan utama Plaintif adalah atas dakwaan bahawa Defendan telah menceroboh tanah yang dikenalpasti sebagai Lot 1174, No. Hakmilik GM 2323, Mukim Maka Kg. Pdg. Siam, Tanah Merah, Kelantan (“Tanah subjek tersebut”). Adalah tidak dipertikaikan bahawa Plaintif bukanlah pemilik berdaftar tunggal bagi Tanah subjek itu. Sebaliknya, Plaintif adalah pemilik berdaftar bersama, berkongsi pemilikan tanah secara sama rata dengan dua individu lain, iaitu Che Dir bin Ibrahim dan Hashim bin Yaacob, dengan setiap daripada mereka memiliki satu pertiga (1/3) bahagian Tanah subjek. Namun Plaintif membuat tuntutan ini secara bersendirian tanpa memasukkan dua lagi pemilik tanah berdaftar sebagai pihak dalam guaman ini.

[2]ÂÂDefendan dalam keterangan dan bukti yang ada membuktikan bahawa Defendan tidak pada bila-bila masa melakukan pendudukan secara tak sah ke atas Tanah subjek tersebut sejak ia memasuki ke atas tanah pada 1979. Defendan telah mengemukakan keterangan dokumentari dalam bentuk Notis bertarikh 14.5.1979 menurut seksyen 53 Akta Elektrik 1949, yang telah dikeluarkan kepada Pejabat Tanah dan Jajahan Tanah Merah (“PTJTM”) mengenai niatnya untuk memasuki beberapa bidang tanah di Tanah Merah, termasuk Tanah subjek itu untuk tujuan mewujudkan dua (2) rantaian rentisan lebar untuk mendirikan menara dan memasang talian pemancaran 275 kV dari Kg Jeli ke Tanah Merah dan talian 132 kV dari Tanah Merah ke Kota Bharu (“Pendawaian Elektrik”).

[3]ÂÂDefendan memasuki tanah berkenaan sebagai sebahagian daripada kewajipan - kewajipan dan fungsi – fungsi statutori, khususnya untuk membina pemasangan talian pemancaran elektrik bagi membekalkan tenaga eletrik untuk manfaat ribuan penduduk dan masyarakat di kawasan – kawasan sekitar, termasuk Tanah subjek tersebut.

[4]ÂÂDefendan memasuki Tanah subjek tersebut selama lebih 34 tahun menurut hak - hak statutori yang diperuntukkan di bawah undang-undang persekutuan yang relevan yang mentadbir bekalan elektrik. Plaintif dalam keterangan mengakui bahawa beliau telah membeli Tanah subjek tersebut sekitar tahun 1980-an tetapi hanya mengetahui mengenai kemasukan dan pendudukan Defendan ke atas Tanah subjek tersebut pada atau sekitar Februari 2020 iaitu lebih kurang empat puluh (40) tahun sejak Defendan telah mendapat hak untuk memasuki dan menduduki Tanah subjek itu atas alasan bahawa beliau tidak menggunakan atau mengusahakan Tanah subjek tersebut sejak beliau membelinya pada 1980-an.

[5]ÂÂDefendan telah membina dan mendirikan struktur -struktur elektrik yang besar, menara - menara, dan kabel - kabel overhed di atas Tanah dengan memberikan pampasan kepada pemilik – pemilik tanah, seperti yang dikehendaki oleh undang-undang. Pihak Berkuasa Negeri telah membuat peniaian jumlah pampasan kepada semua pemilik tanah mengikut keperluan – keperluan undang-undang yang ditetapkan.

[6]ÂÂPTJTM telah mengadakan perbicaraan pampasan bagi Tanah subjek tersebut pada 5.6.1989, di bawah seksyen 53 dan 58 Akta Elektrik 1949 dan memberikan perintah bayaran pampasan tambahan sebanyak RM38,165.50 kepada kesemua pemilik berdaftar Tanah subjek tersebut, termasuk Plaintif. Defendan juga telah membayar pampasan asal sebanyak RM12,012.50, menjadikan jumlah pampasan yang dibayar kepada RM50,178.00. Perintah PTJTM bertarikh 05.06.1989 jelas memerintahkan Defendan untuk membuat bayaran pampasan bagi Tanah subjek tersebut kepada Hashim bin Yaacob, salah seorang daripada tiga pemilik tanah yang berdaftar. Ini kerana hanya Hashim bin Yaacob yang menghadiri pendengaran bagi pampasan di PTJTM pada 05.06.1989, manakala dua pemilik tanah lain termasuk Plaintif tidak hadir atas sebab-sebab yang tidak diketahui.

[7]ÂÂDalam mematuhi perintah PTJTM, Defendan telah membuat bayaran pampasan penuh kepada Hashim bin Yaacob dengan mengisukan cek berjumlah RM38,165.50, bertarikh 31.7.1989, dibayar kepada Hashim bin Yaacob dan memajukan cek kepada PTJTM melalui surat bertarikh 8.8.1989. Plainti

Click Here to Read the rest of this document
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
SupremeToday Portrait Ad
supreme today icon
whatsapp-icon Back to top