SupremeToday Landscape Ad
Back
Next
Judicial Analysis Court Copy Headnote Facts Arguments Court observation
Listen Audio Icon Pause Audio Icon
judgment-img




MAHKAMAH TINGGI (MELAKA)
MOHD RADZI ABDUL HAMID H
PERMOHONAN UNTUK SEMAKAN KEHAKIMAN NO MA-25-4-06 TAHUN 2020
28 February 2025




Ebrina bt Zubir (Maniam Nair & Co) bagi pihak pemohon.
Norafiah bt Saini (Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri Melaka) bagi pihak responden.

Advocates:
Ebrina bt Zubir (Maniam Nair & Co) bagi pihak pemohon.
Norafiah bt Saini (Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri Melaka) bagi pihak responden.

Mohd Radzi Abdul Hamid H:

ALASAN PENGHAKIMAN

A. PENGENALAN

[1]Ini adalah keputusan Mahkamah terhadap satu permohonari semakan kehakiman oleh Pemohon di dalam kandungan 18 (‘Permohonan’) di mana Pemohon memohon relif berikut:-

(a)Melalui perintah certiorari mengenepikan keputusan Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam Kumpulan Sokongan (No. 1), Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan (lembaga Tatatertib’) bertarikh 15 November 2010 untuk membuang kerja Pemohon berkuatkuasa 1 Januari 2011 serta terhadap keputusan muktamad oleh Lembaga Rayuan Tatatertib Perkhidmatan Awam, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, Malaysia (‘Lembaga Rayuan’) pada 6.1.2020 yang mengekaikan keputusan hukuman buang kerja terhadap Pemohon; dan

(b)melalui perintah mandamus untuk mengembalikan Pemohon semula ke jawatan terakhirnya tanpa kehilangan kekanan pangkat, kenaikan gaji, gaji, emolumen dan Iain-lain manfaat serta faedah termasuk faedah persaraan.

B. LATAR BELAKANG FAKTA

[2]Pada masa yang releven, Pemohon memegang jawatan Pembantu Tadbir (Undang-Undang) Gred L17 di Mahkamah Majistret Alor Gajah, Melaka. Pemohon telah dilantik dalam perkhidmatan awam bermula 18 Julai 1979.

[3]Melalui Surat Tunjuk Sebab bertarikh 21 April 2010 dari Pejabat Pengerusi Lembaga Tatatertib, Pemohon telah dimakiumkan bahawa terdapat aduan pelanggaran kesalahan tatatertib terhadap Pemohon kerana tidak hadir kerja untuk tempoh 73 hari tanpa cuti atau tanpa kebenaran atau tanpa sebab yang munsabah. Perbuatan ketidakhadiran bertugas itu telah melanggar tatakelakuan di bawah Peraturan 4(2)(g), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan & Tatatertib) 1993 (‘Peraturan-Peraturan’) dan membolehkan hukuman buang kerja atau turun pangkat di bawah Peraturan 37, Peraturan Peraturan dijatuhkan terhadapnya Pemohon.

[4]Susulan daripada surat itu, Pemohon telah memasukkan satu representasi secara bertulis pada 11 Mei 2020 (‘Representasi’) untuk membebaskan dirinya daripada pertuduhan. Dalam Representasi itu, Pemohon telah menyatakan bahawa, antara lainya:-

(i)beliau menghadap penyakit medis kencing manis dan juga penyakit bukan medis;

(ii)keadaan kesihatannya memberi kesan kepada kesihatan mental dan emosinya;

(iii)beliau telah mendapatkan rawatan dari hospital kerajaan dan klinik swasta;

(iv)keluarga beliau ada menyerahkan dokumen cuti sakit kepada Pejabat Mahkamah Alor Gajah;

(v)pegawai Mahkamah Alor Gajah mempunyai pengetahuan tentang keadaan kesihatannya;

(vi)beliau telah memohon untuk cuti sakit tanpa gaji tetapi permohonannya telah ditolak;

(vii)beliau tidak menerima apa-apa surat teguran dari Ketua Jabatannya;

(viii)beliau telah berkhidmat selama 31 tahun dan pernah dipiiih sebagai ‘Pekerja Terbaik’;

(ix)beliau tidak pernah terlibat tindakan tatatertib bahkan pernah menerima anugerah pingat PBM dan PJK; dan

(x)beliau mempunyai tanggungan isteri dan 4 orang anak yang masih belajar.

[5]Melalui surat bertarikh 14 Disember 2010, Lembaga Tatatertib telah memutuskan bahawa Pemohon didapati bersalah dan dikenakan hukuman buang kerja berkuatkuasa pada 1 Januari 2011 mengikut Peraturan 38(g) Peraturan-Peraturan setelah menimbang pertuduhan dan Representasi Pemohon.

[6]Berikutan dari keputusan itu, Pemohon telah merayu kepada Lembaga Rayuan Tatatertib Perkhidmatan Awam, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, Malaysia (‘Lembaga Rayuan’) yang kemudiannya pada 14 Januari 2020 menolak rayuan Pemohon dan mengekalkan keputusan Lembaga Tatatertib. Pada ketika itu, Pemohon telahpun melepasi umur bersara wajib pada 56 tahun.

C. ALASAN PERMOHONAN

[7]Alasan-alasan Pemohon untuk semakan kehakiman telah dinyatakan di dalam Affidavit Sokongan di Kandungan 2. Secara ringkasnya alasan-alasan itu adalah, antaranya:-

(a)berlaku ketidakadilan terhadap Pemohon dalam keseluruhan perjalanan presiding tatatertib mengambil kira fakta:-

(i)kesihatan Pemohon yang berleretan;

(ii)ketiadaaan siasatan yang memadai dalam menentusahkan keadaan kesihatan Pemohon;

(iii)laporan ketidakhadiran terhadap Pemohon tidak dibuat lebih awal apabila terdapat ketidakhadiran 7

Click Here to Read the rest of this document
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
SupremeToday Portrait Ad
supreme today icon
logo-black

An indispensable Tool for Legal Professionals, Endorsed by Various High Court and Judicial Officers

Please visit our Training & Support
Center or Contact Us for assistance

qr

Scan Me!

India’s Legal research and Law Firm App, Download now!

For Daily Legal Updates, Join us on :

whatsapp-icon Back to top