MAHKAMAH TINGGI (KUALA LUMPUR)
ROZ MAWAR ROZAIN PK
RAYUAN JENAYAH NO WA-42H-8-10 TAHUN 2021
20 June 2022
Fatin Hanum Abdul Hadi (Timbalan Pendakwa Raya) bagi pihak perayu.
Azi 'Azlin Zulkifli (Azi Azlin) bagi pihak responden.
ALASAN PENGHAKIMAN
[1]Ini adalah rayuan Pendakwa Raya terhadap hukuman yang dijatuhkan oleh Hakim Mahkamah Sesyen yang dikatakan tidak memadai, iaitu:
(i)untuk kesalahan di bawah s31(1)(a)Akta Kanak-Kanak 2001
(ii)untuk kesalahan di bawah s6(1)Akta Taman Asuhan Kanak-Kanak 1984
[2]Responden telah disabitkan dengan kedua-dua kesalahan tersebut apabila mengaku bersalah setelah 3 orang saksi Pendakwaan memberi keterangan. Fakta Kes telah pun dikemukakan (P8 dan P9 Rekod Rayuan Jilid 3). Secara ringkas:
(a)Kanak-kanak Muhammad Afiq Khairul Nizam (180825-160203) berumur 1 tahun 2 bulan telah mati akibat asphyxia di bawah jagaan dan seliaan Responden;
(b)Ini berlaku akibat lehernya tersangkut pada hujung kain buaian di antara jam 7.20pg dan 10.10pg pada 14.10.2019 di rumah Responden;
(c)Setelah mangsa kanak-kanak diserahkan oleh ibunya kepada Responden jam 7.20pg, Responden telah meletakkan mangsa kanak-kanak ke dalam buaian dan tiada di dalam bilik kejadian itu kerana telah memandikan kanak-kanak asuhan lain. Responden masa itu telah menjaga/menerima upahan untuk asuhan 6 orang kanak-kanak termasuk mangsa. Di samping itu pada masa yang sama, Responden juga terpaksa menjaga suaminya yang sudah tidak dapat berjalan dan hanya terbaring di atas katil akibat penyakit darah kencing manis yang kritikal (fakta yang dimaklumkan semasa mitigasi);
(d)Pada jam 9.30pg Responden ada mendengar mangsa kanak-kanak memanggil “Mama” beberapa kali tetapi tidak pergi menjenguk atau memastikan mangsa kanak-kanak dalam keadaan baik/selamat;
(e)Setengah jam berlalu dan hanya pada jam 10pg Responden masuk ke tempat mangsa kanak-kanak dan mendapatinya berada di dalam keadaan tidak sedar dan lehernya tersangkut pada kain buaian;
(f)Responden dikatakan cuba member! bantuan pernafasan dan selepas itu membawanya ke Bahagian Kecemasan Hospital Putrajaya;
(g)Mangsa kanak-kanak berkeadaan pucat dan tidak bernyawa semasa rawatan kecemasan diberikan. Mangsa kanak-kanak berada di unit kawalan rapi untuk satu malam dan dibantu dengan mesin untuk bernafas. Keesokkan hari pada jam 10.40pg mangsa kanak-kanak meninggal dunia;
(h)Responden yang menerima upahan untuk mengasuh 6 orang kanak-kanak di rumahnya tidak berdaftar di bawah peruntukan ATAKK.
Alasan Rayuan
[3]Untuk menyokong rayuan bahawa hukuman yang dijatuhkan oleh Hakim Mahkamah Sesyen tidak setimpal dan satu hukuman penjara perlu dijatuhkan terhadap Responden sebagai hukuman yang memadai, Perayu berhujah mengenai:
(a)Kegagalan mempertimbangkan kesalahan Responden melibatkan kecuaian sehingga menyebabkan kematian terhadap mangsa kanak-kanak;
(b)Kegagalan mengutamakan faktor kepentingan awam yang melibatkan kematian kanak-kanak berumur 1 tahun 2 bulan semasa dalam jagaan, asuhan dan pemeliharaan Responden;
(c)Kegagalan mengambil kira trend hukuman di mana hams mengambil kira mangsa telah meninggal dunia akibat kecuaian Responden;
(d)Kegagalan mengambilkira trauma dan kehilangan kepada ibubapa dan keluarga mangsa kanak-kanak.
[4]Responden pula menjawab bahawa hukuman adalah mencukupi kerana:
(a)Tindakan Responden adalah tidak lengah dan cuba memberi bantuan secepat mungkin setelah mendapati mangsa kanak kanak tidak sedar, tidak bernafas kerana lehernya tersangkut dengan buaian kain;
(b)Tiada keterangan menunjukkan bahawa buaian tersebut tidak sesuai untuk mangsa kanak-kanak ataupun kanak-kanak yang lain;
(c)Tempoh masa mangsa kanak-kanak ditinggalkan oleh Responden dikatakan tidak lama iaitu masa setengan jam adalah tempoh munasabah; dan
(d)Peribadi Responden - umur dan keperluannya menjaga suami yang sakit dan anak-anak. Juga dihujahkan Responden tidak memiliki kepakaran di dalam bidang asuhan dan oleh yang demikian mahkamah sepatutnya menjatuhkan hukuman mengikut tahap profesionalisme seseorang.
Bantahan Responden
[5]Responden membantah terhadap hujahan Perayu berkenaan dengan rayuan terhadap hukuman bagi kesalahan kedua di bawah s6(1)ATAKKs307(6)Kanun Tatacara Jenayah
“Every petition of appeal shali state shortly the s
Login now and unlock free premium legal research
Login to SupremeToday AI and access free legal analysis, AI highlights, and smart tools.
Login
now!
India’s Legal research and Law Firm App, Download now!
Copyright © 2023 Vikas Info Solution Pvt Ltd. All Rights Reserved.