2025 MarsdenLR 4179
MAHKAMAH TINGGI (JOHOR BAHRU)
ARUN NOVAL DASS TP
KEBANKRAPAN NO JA-29NCC-577-06 TAHUN 2024
10 January 2025
Wong Weng Yew (Sucha Singh & Partners) bagi pihak pemiutang penghakiman.
Kanimoli Sivadurai (The Chambers of Waran) bagi pihak penghutang penghakiman.
Wong Weng Yew (Sucha Singh & Partners) bagi pihak pemiutang penghakiman.
Kanimoli Sivadurai (The Chambers of Waran) bagi pihak penghutang penghakiman.
Arun Noval Dass TP:
ALASAN PENGHAKIMAN
Pengenalan
[1]Pemiutang Penghakiman (selepas ini dirujuk sebagai “JC”) telah memberi kemudahan terma kepada D & Yee Trading Sdn Bhd (selepas ini dirujuk sebagai “Penghutang Prinsipal”) bagi jumlah RM500,000.00. Penghutang Penghakiman (selepas ini dirujuk sebagai “JD”) telah menjamin pinjaman tersebut melalui Surat Jaminan bertarikh 9.5.2019.
[2]JC telah memulakan tindakan terhadap Penghutang Prinsipal dan JD atas kemungkiran pembayaran semula dan pada 28.4.2023 JC memasukkan Penghakiman terhadap Penghutang Prinsipal dan JD. Seterusnya Penghutang Prinsipal telah digulungkan pada 29.2.2024 dan JC telah memfailkan bukti hutang terhadap Penghutang Prinsipal pada 3.4.2024.
[3]JC seterusnya memfailkan Notis Kebankrapan terhadap JD pada 26.6.2024. Setelah itu, JC telah memfailkan Saman Dalam Kamar (Lampiran 5) bagi memohon kebenaran Mahkamah bagi meneruskan tindakan kebankrapan terhadap JD menurut seksyen 5(3)(b)Akta Insolvensi 1967selepas ini dirujuk sebagai “Akta Tersebut”) pada 23.7.2024. JD membantah permohonan JC tersebut yang menjadi subjek pertikaian di Mahkamah.
Analisis dan keputusanIsu Pertama: Sama ada JC seharusnya mendapatkan kebenaran Mahkamah terlebih dahulu sebelum memulakan tindakan kebankrapan terhadap JD
[4]JD berhujah bahawa seksyen 5(3)(b)seksyen 5(3)
[5]Dalam hal ini, Mahkamah merujuk kepada seksyen 5(3)
“(3) A petitioning creditor shall not be entitled to commence any bankruptcy action-
(a)against a social guarantor; and
(b)against a guarantor other than a social guarantor unless the petitioning creditor has obtained leave from the court.”
[6]Akta Tersebut juga mentaksirkan “social guarantor” dalam seksyen 2
““social guarantor” means a person who provides, not for the purpose of making profit, the following guarantees:
(a)a guarantee for a loan, scholarship or grant for educational or research purposes;
(b)a guarantee for a hire-purchase transaction of a vehicle for personal or non-business use; and
(c)a guarantee for a housing loan transaction solely for personal dwelling”
[7]Penelitian Mahkamah kepada pliding yang dilampirkan dalam Permintaan untuk Mengeluarkan Notis Kebankrapan (Lampiran 1) dengan jelas menunjukkan bahawa JD adalah seorang penjamin bukan sosial.
[8]Mahkamah merujuk kepada hansard Parlimen berkenaan pindaan kepada Akta Tersebut pada 29.3.2017 di mana Menteri dalam membentangkan pindaan kepada Akta Tersebut telah menyatakan seperti berikut:-
“Kerajaan amat prihatin isu-isu kebankrapan terutama di mana mereka diisytiharkan bankrap disebabkan mereka menjadi penjamin kepada peminjam yang gagal menjelaskan pinjaman. Golongan ini tidak sepatutnya dipertanggungjawabkan sepenuhnya tanpa tindakan terhadap peminjam prinsipal terlebih dahulu untuk menjelaskan pinjaman yang diambil…
…Kerajaan telah mempertimbangkan lapan perubahan dasar untuk meminda Akta Kebankrapan 1967 seperti berikut:
(i) tindakan kebankrapan tidak boleh diambil terhadap penjamin sosial. Walau bagaimanapun penjamin bukan sosial boleh dibankrapkan setelah mahkamah berpuas hati dengan tindakan-tindakan yang dibuat oleh pihak pemiutang;…”
[9]Mahkamah juga merujuk kepada huraian kepada Rang Undang-undang untuk meminda Akta Kebankrapan 1967 (D.R. 21/2016) yang memperuntukkan seperti berikut:-
“11. Fasal 12 bertujuan untuk meminda seksyen 5Akta 360 untuk menaikkan nilai minimum hutang bagi pemfailan petisyen kebankrapan daripada tiga puluh ribu ringgit kepada lima puluh ribu ringgit. Fasal ini selanjutnya memperuntukkan bahawa pemiutang tidak boleh memulakan prosiding kebankrapan terhadap penjamin sosial. Berhubung dengan penjamin selain penjamin sosial, pemiutang tidak boleh MEMULAKAN prosiding kebankrapan melainkan jika pemiutang itu telah mendapat keizinan mahkamah.”
[10]Dalam menjelaskan kesan pindaan kepada seksyen 5Rusli Ab Ghani; Ex-Parte: CIMB Bank Berhad [2018] 1 LNS 1528; ; [2018] MLRHU 1180 memutuskan bahawa:-
“[11] Subsections 5(3), (4), (5), (6) and (7) are new provisions which were inserted vide Act A1534 and