2013 MarsdenLR 173
KAMARDIN HASHIM H
9 January 2013
Anselm Charles Fernandis (Hajratul A’in bt Jaafar bersamanya) (Timbalan Pendakwa Raya, Jabatan Peguam Negara) bagi pihak perayu.
Md Yunos Sharif (SI Rajah bersamanya) (Arman-Yunos), Sasila Basri (Sasila Basri & Co), Mohd Saifudin (Yagu bersamanya) (Saif Ariff & Rohaizat), Mazhar (Aziz Mohamad bersamanya) (Mazhar & Co), Mohamad Zaidan (MK Othman & Co), Nooron Aini Zakaria (Azaine & Fakhrul), Noralia (Azli, Halim & Associates) bagi pihak responden-responden.
Kamardin Hashim H:
LATAR BELAKANG
Responden, Raja Noor Asma bt Raja Harun telah dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di Kuala Lumpur dengan 50 pertuduhan kerana telah melakukan kesalahan di bawah s 4(1)(a)Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 (‘AMLATFA’)
Responden juga telah mengaku salah terhadap empat lagi pertuduhan iaitu di bawah ss 83(a) dan 16(1)(a)Akta Perindustrian Niaga Hadapan 1993ss 58206(a)Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007
[3]Berikutan dengan itu, satu notis pihak ketiga bertarikh 17 Februari 2011 telah diwartakan di bawah ss 5561AMLATFAdiwartakan adalah merupakan wang tunai bernilai melebihi RM8 juta.
[4]Pada 1 April 2011, seramai 700 orang pihak ketiga yang merupakan para pelabur dalam syarikat Fx Capital milik responden telah hadir ke mahkamah sesyen untuk menuntut harta-harta yang telah diwartakan. Sebahagian daripada para pelabur tersebut diwakili oleh peguambela manakala sebahagian lagi tidak diwakili oleh peguam. Memandangkan fakta-fakta di dalam kes ini adalah lebih kurang sama iaitu bahawa para pelabur tiada pengetahuan tentang lesen pelaburan yang perlu dimiliki oleh Fx Capital, pihak-pihak telah bersetuju bahawa seramai lapan orang pelabur akan memberikan keterangan mewakili seramai 700 orang pelabur yang membuat tuntutan terhadap harta-harta tersebut. Puan hakim mahkamah sesyen (‘Puan HMS’) telah memberikan persetujuan bahawa lapan saksi akan memberi keterangan kes bagi kesemua pihak ketiga dalam tuntutan mereka.
[5]Pada 13 April 2012, setelah mendengar keterangan daripada lapan saksi yang mewakili kesemua para pelabur, Puan HMS telah membuat keputusan bahawa para pelabur merupakan penuntut pihak ketiga yang suci hati dan telah memerintahkan kesemua harta-harta seperti yang diwartakan supaya dipulangkan kepada kesemua para pelabur.
[6]Pihak perayu di dalam prosiding di hadapan Puan HMS tidak mengemukakan sebarang keterangan bagi mematahkan keterangan (rebuttal evidence) yang telah diberikan oleh lapan saksi pihak yang menuntut.
[7]Tidak berpuas hati dengan keputusan oleh Puan HMS tersebut, perayu merayu ke mahkamah ini.
ISU-ISU
[8]Pihak-pihak bersetuju bahawa rayuan perayu dapat dilupuskan atas dua isu berikut:
(a)prosedur bagaimana prosiding di bawah s 61AMLATFA
(b)sama ada para pelabur merupakan penuntut pihak ketiga yang suci hati di dalam prosiding di hadapan Puan HMS.
Isu (a) mengenai prosedur
[9]TPR Tuan Anselm Fernandis berhujah dan semua peguambela terpelajar yang mewakili para pelabur yang menjadi pihak responden pihak ketiga dalam rayuan ini berhujah bahawa s 61AMLATFAmana-mana pihak dalam prosiding. Selain itu dihujahkan s 61
[10]Peguambela-peguambela dan Tuan TPR berhujah bahawa dalam prosiding di mahkamah sesyen, pihak-pihak telah bersetuju bahawa lapan saksi dipanggil untuk memberikan keterangan bagi mewakili kesemua pelabur yang menuntut terhadap harta-harta tersebut. Puan HMS telah juga memberikan persetujuan terhadap persefahaman yang dicapai oleh pihak-pihak tersebut. Berdasarkan persefahaman dan persetujuan tersebut tentang cara mana prosedur di bawah s 61AMLATFA
[11]Untuk kesenangan rujukan, diperturunkan di bawah ini peruntukan s 61AMLATFA
61. Bona fide third parties
(1)The provisions in this Part shall apply without prejudice to the rights of bona fide third parties.
(2)The court making the order of forfeiture under section 55 or the judge to whom an application is made under subsection 56(1) shall cause to be published a notice in the Gazette calling upon any third party who claims to have any interest in the property to attend before the court on the date specified in the notice to show cause as to why the property shall not be forfeited.
(3)A third party’s lack of good faith may be inferred, by the court or an enforcement agency, from the objective circumstances of the case.
(4)The court or enforcement agency shall return the property to the claimant when it is satisfied that -
(a)The claimant has a legitimate legal interest in the property;
(b)No participation