SupremeToday Landscape Ad
Back
Next
Judicial Analysis Court Copy Headnote Facts Arguments Court observation
Listen Article Pause Article
judgment-img

2023 MarsdenLR 2647




MAHKAMAH RAYUAN (PUTRAJAYA)
HADHARIAH SYED ISMAIL, COLLIN LAWRENCE SEQUERAH DAN AZMI ARIFFIN HHMR
RAYUAN JENAYAH NO C-07-103-08 TAHUN 2022
4 September 2023




Fatima Zulaikha Ahmad Bashir (Aref Firdaus bersamanya) (Faizal Rahman & Co) bagi pihak perayu.
Mohd Fuad bin Abdul Aziz (Timbalan Pendakwa Raya, Jabatan Peguam Negara) bagi pihak responden.

Advocates:
Fatima Zulaikha Ahmad Bashir (Aref Firdaus bersamanya) (Faizal Rahman & Co) bagi pihak perayu.
Mohd Fuad bin Abdul Aziz (Timbalan Pendakwa Raya, Jabatan Peguam Negara) bagi pihak responden.

Azmi Ariffin HMR:

Mukadimah

[1]Kandungan 18 Notis Usui Terpinda menurut Perintah bertarikh 27/2/2023 adalah merupakan suatu permohonan yang difailkan oleh Pemohon, memohon agar beliau diberikan kebenaran selaras dengan peruntukan dibawah seksyen 50 (2)Akta Mahkamah Kehakiman 1964

(i)Samada Pemohon telah terlebih dahulu ditangkap menurut peruntukan seksyen 15Kanun Tatacara Jenayah 1952seksyen 31(1A)Kanun Tatacara Jenayah 1952

(ii)Samada pengambilan specimen air kencing pemohon adalah tidak wajar dan tidak sah dan boleh digunapakai; dan

(iii)Samada dapatan oleh Majistret bahawa pengambilan satu

(i)(1) botol specimen air kencing adalah memadai mana proses saringan dan pengesahan (screening and confirmation) specimen air kencing telah dilakukan di dua tempat berbeza.

(ii)(2) Pemohon diberikan kebenaran untuk memfailkan Notis Rayuannya di dalam tempoh empat be/as (14) hari dari tarikh kebenaran merayu diberikan.

(iii)(3) Perintah dan / atau apa - apa relief selanjutnya yang dianggap patut dan sesuai oleh Mahkamah yang Mulia ini.

Fakta Kes Secara Ringkas

[4]Pada 30/3/2018, jam sekitar 4.00 petang, SP1 bersama - sarna tiga anggota Polis daripada Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik IPD Kuantan, telah membuat ujian saringan air kencing ke atas Pemohon di Balai Polis Jaya Gading, Kuantan Pahang.

[5]Pemohon telah mengambil satu botol air kencing yang disediakan dan beliau telah pergi ke tandas di Aras 1 dengan diiringi oleh SP4, Bagi menjalankan ujian pengesanan dadah SP1 telah memasukkan empat test strips iaitu Amphetamine, Methamphetamine, TH〇dan Morphine ke dalam air kencing Pemohon. Hasil ujian pengesanan adalah positif dadah jenis Methamphetamine.

[6]Pendakwaan terhadap Pemohon bermula di Mahkamah Majistret di Kuantan, Pahang di mana Pemohon telah dituduh di atas pertuduhan seperti berikut:

“Bahawa kamu pada 30hb Mac 2018, jam lebih kurang 4,00 petang, bertempat di tandas Aras 1, Balai Polis Jaya Gading, di dalam Daerah Kuantan, di dalam Negeri Pahang Darul Makmur, telah didapati memberikan diri sendiri dadah Methamphetamine yang mana dadah tersebut adalah dadah berbahaya 1952 (Pindaan 2002) (Akta 234) dan oleh itu kamu telah melakukan satu kesalahan di bawah seksyen 15 (1) (a)Akta Dadah Berbahaya 1952seksyen 38B Akta yang sama”.

[7]Pemohon telah mengaku tidak bersalah dan memohon dibicarakan terhadap pertuduhan tersebut.

[8]Saksi - saksi pihak pendakwaan yang dipanggil untuk memberikan keterangan adalah seperti berikut:

(a)SP1 - Insp. Mohd Radzman Bin Mohd. Rodzi;

(b)SP2 - Muhammad Nubli Bin Mohd Shuhaimi;

(c)SP3 一 L/ KpにMuhamad Faid Adam Bin Mazian;

(d)SP4 - Sarjan Azrnan Bin Awang;

(e)SP5 - Sarjan Ahmad Rizal Bin Ramdzan;

(f)SP6 - Insp, Nor Asyifa Binti Azmey

[9]Di akhir kes pendakwaan, Mahkamah Majistret mendapati pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan suatu kes prima facie ke atas Pemohon. Pemohon telah dipanggil untuk membela dirinya.

[10]Pemohon telah memilih untuk memberi keterangannya secara bersumpah di kandang saksi,

[11]Di akhir kes pembeiaan, Pemohon telah didapati bersalah dan telah dikenakan hukuman pemenjaraan selama tujuh (7) bulan dan tiga (3) tahun pengawasan polis dari tarikh 10/12/2021.

[12]Tidak berpuashati dengan keputusan tersebut, maka pada 10/12/2021, Pemohon telah menfailkan Notis Rayuan (Kandungan 87) di Mahkamah Tinggi Kuantan terhadap sabitan dan hukuman tersebut.

[13]Pada 23/8/2021, Mahkamah Tinggi telah mengekalkan sabitan dan hukuman terhadap Pemohon.

[14]Notis Usui (Kandungan 18) ini difailkan bagi memohon kebenaran merayu ke Mahkamah Rayuan ini.

[15]Begitulah fakta kes secara ringkasnya.

Peruntukan Undang-Undang Yang Berkaitan

(a)Seksyen 50(2)Akta Mahkamah Kehakiman 1964

(i) Jurisdiction to hear and determine criminal appeals

“50.(2) An appeal shall lie to the Court of Appeal, with the leave of the Court of Appeal, against any decision of the High Court in the exercise of its appellate or revisionary jurisdiction in respect of any criminal matter decided by a Magistrates’ Court but such appeal shall be confined to only question

Click Here to Read the rest of this document
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
SupremeToday Portrait Ad
supreme today icon
whatsapp-icon Back to top