2025 MarsdenLR 4569
MANIRA MOHD NOR PK
GUAMAN SIVIL NO JA-22NCvC-63-06 TAHUN 2024
1 December 2025
Denish (Vimal dan Suhitha bersamanya) (Leon & Partners, Klang) bagi pihak plaintif.
CK Yap (C K Yap & Partners) bagi pihak defendan-defendan.
Manira Mohd Nor PK:
ALASAN PENGHAKIMAN
(Permohonan Plaintif di Lampiran 4 - Relif Interim)
PENDAHULUAN DAN LATAR BELAKANG
[1]Plaintif (Bagus Holidays Sdn Bhd) ialah pemilik 77 petak komersial dalam projek “Sun City” Johor Bahru.
[2]Defendan Pertama (Cityvilla Construction Sdn Bhd) ialah pemaju projek, manakala Defendan 2-5 ialah pengarah syarikat.
[3]Projek ini terbengkalai selama 17 tahun dan tiada JMB ditubuhkan sejak 2016 walaupun diwajibkan di bawah s.17(1)(a)Strata Management Act 2013 (SMA)“Certificate of Proposed Strata Plan” dikeluarkan.
[4]Plaintif, menurut (antara lain) seksyen-seksyen 4505152 53 Akta Relief Spesifik 1950seksyen-seksyen 319321 Kanun Tanah NegaraKaedah-kaedah 29, 32 & 92(4) Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 , untuk relif-relif interim dan perintah-perintah selanjutnya yang berikut:
1.Satu Perintah mengisytiharkan bahawa Defendan Pertama (dan bahawa Defendan Kedua hingga Defendan Kelima, semasa tempoh-tempoh pegangan jawatan mereka masing-masing sebagai pengarah-pengarah Defendan Pertama) telah melanggar peruntukan-peruntukan “statutory” berikut:
(a) seksyen-seksyen 26, 32 & 57 Akta Perkhidmatan Bomba 1988; dan Bylaw 140 Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam 1984; dan
(b) seksyen-seksyen 34 & 35 Akta Pengurusan Strata
2.Satu Perintah bahawa semua Defendan hendaklah (sehingga Perintah selanjutnya) dengan segera berhenti, menahan diri, dan dilarang daripada melakukan apa-apa tindakan atau perkara (dan daripada melakukan apa-apa ketinggalan atau “omission’) yang boleh mengakibatkan sebarang pelanggaran berterusan atau pelanggaran lanjut mana-mana peruntukan statutori yang dinyatakan dalam perenggan (1) di atas.
3.Satu Perintah bahawa semua Defendan hendaklah (sehingga Perintah selanjutnya) dengan segera mengambil semua langkah yang perlu (yang di dalam kuasa atau kebolehan mereka masing-masing) untuk memulihkan dan mengekalkan status “quo” (berkaitan dengan perkara-perkara berikut) yang wujud sebelum pelanggaran peruntukan “statutory” oleh Defendan-Defendan yang dinyatakan dalam perenggan (1) di atas; dengan (antara lain) melaksanakan dan menyelesaikan tindakan-tindakan berikut dalam tempoh 3 hari dari tarikh Perintah ini, iaitu untuk:
(a)menanggalkan dan memindahkan (dismantle and remove) dengan sepenuhnya semua dinding adang (hoardings), “construction” “hoists”, “crane”, “forklifts”, mesin, peralatan, bahan binaan, sampah dan sebarang objek lain yang menghalang “Akses Blok B1” atau “Akses Bomba” di Sun City (dikenalpasti dan diwarnakan kuning dalam lukisan yang dilampirkan di sini sebagai “Appendix A”); dan selepas itu memastikan bahawa akses tersebut adalah bebas daripada halangan (termasuklah dan tidak terhad kepada akses untuk kereta bomba, akses ke pili bomba dan kekili hos kebakaran), dan juga dikekalkan dengan cukup bersih, selamat, dan boleh diakses sepenuhnya pada setiap masa;
(b)menyambung semula bekalan elektrik yang sesuai dan mencukupi, kepada dua lif di Blok B1 di Sun City ( dikenal pasti dalam lukisan yang dilampirkan disini sebagai “Appendix A”) supaya membolehkankedua-dua lif itu beroperasi dan berfungsi secara biasa dan selamat pada setiap masa;
(c)menyambung semula bekalan air yang biasa dengan sesuai, kepada mana-mana petak Plaintif di Sun City yang bekalan airnya telah diputuskan oleh Defendan Pertama; dan selepas itu memastikan semua 77 petak Plaintif akan terus kekal mempunyai bekalan air yang biasa pada setiap masa.
[4]Satu Perintah bahawa Pendaftar Hakmilik hendaklah dengan segera memasukkan satu Kaveat Pendaftar di atas tanah yang dipegang di bawah PN 9501 Lot 63471, Mukim Plentong, Daerah Johor Bahru (“Tanah tersebut”) menurut seksyen-seksyen 319 hingga 321 Kanun Tanah Negara (sehingga penentuan guaman ini atau sehingga Perintah lanjut), bagi mencegah penipuan atau urusniaga yang tak patut yang melibatkan Tanah tersebut atau yang mungkin menjejaskan mana-mana Petak di Sun City yang dimiliki oleh Plaintif atau pemunya-pemunya petak lain; dan Pendaftar Hakmilik hendaklah mengambil segala langkah lanjuta