SupremeToday Landscape Ad
Back
Next
Judicial Analysis Court Copy Headnote Facts Arguments Court observation
Listen Article Pause Article
judgment-img

2022 MarsdenLR 1441




MAHKAMAH TINGGI (KOTA BHARU)
MOHAMAD ABAZAFREE MOHD ABBAS PK
GUAMAN SIVIL NO DA-22NCvC-28-06 TAHUN 2018
14 February 2022



Nur Shafika bt Mustaffa (Shaharuddin Hidayu & Marwaliz) bagi pihak plaintif.
Wee Choo Keong (Wee Choo Keong) bagi pihak defendan.

Advocates:
Nur Shafika bt Mustaffa (Shaharuddin Hidayu & Marwaliz) bagi pihak plaintif.
Wee Choo Keong (Wee Choo Keong) bagi pihak defendan.

Mohamad Abazafree Mohd Abbas PK:

ALASAN PENGHAKIMAN

Pendahuluan

[1]Ini adalah merupakan satu permohonan taksiran ganti rugi yang difailkan oleh Defendan-defendan (Def) yang dituntut melalui satu Notis Janji Temu Pentaksiran Ganti Rugi (terpinda) sepertimana di Lampiran 117. Ia berdasarkan kepada satu Perintah Mahkamah Tinggi bertarikh 28/4/2021 yang telah membenarkan permohonan Def di bawah K.14A KKM 2012 untuk melupuskan Tuntutan Balas Def ke atas Plaintif-plaintif (Plf) mengenai perkara undang-undang.

[2]Taksiran ganti rugi ini adalah sepertimana yang diperuntukkan di bawah K. 37 k1(1) KKM 2012 seperti berikut:

“(1) Jika penghakiman diberikan untuk ganti rugi ditaksirkan dan tiada peruntukan dibuat dalam penghakiman itu tentang bagaimana ia hendak ditaksirkan, ganti rugi itu hendaklah, tertakluk kepada peruntukan Aturan ini, ditaksirkan oleh Pendaftar, dan pihak yang berhak mendapat faedah penghakiman itu hendaklah, dalam satu bulan dari tarikh penghakiman, memohon kepada Pendaftar minta arahan dan peruntukan Aturan 34A hendaklah, dengan ubah suaian yang perlu, terpakai.”

[3]Perintah Mahkamah Tinggi (“Perintah MT”) adalah sepertimana di Lampiran 106 yang telah memutuskan bahawa Plf telah melakukan tort penyalahgunaan proses Mahkamah dan taksiran ganti rugi dibenarkan berhubung tuntutan balas Def.

[4]Secara amnya, Plf adalah terikat untuk mematuhi Perintah MT tersebut selagi mana ianya tidak diketepikan. Di dalam kes The State Government of Johor Darul Ta’zim v Johor Coastal Development Sdn Bhd

“[16] It is established law that a person against whom an order of court has been issued is duty bound to obey that order until it is set aside. It has to be said that order of court cannot be disregarded with impunity. It is not open for the person to decide for himself whether the order was wrongly issued and therefore does not require obedience. His duty is one of obedience until such time as the order may be set aside or varied. Any person who fails to obey an order or court runs the risk of being held in contempt with all its attendance consequences...”

Prinsip Perundangan di bawah K.37 A.1 KKM

[5]Adalah menjadi satu prinsip yang mantap iaitu jika penghakiman diberikan untuk ganti rugi ditaksirkan dan tiada peruntukan dibuat dalam penghakiman itu tentang bagaimana ia hendak ditaksirkan, ganti rugi itu hendaklah, tertakluk kepada peruntukan Aturan ini, ditaksirkan dan peruntukan Aturan 34 hendaklah, dengan ubah suaian yang perlu, terpakai. (Rujuk; Nirwana Construction Sdn Bhd v. Pengarah Jabatan Kerja Raya Negeri Sembilan Darul Khusus & Anor AEON Co (M) Bhd v. Asia Plywood Company Sdn Bhd & Another Appeal

[6]Prinsip-prinsip am pentaksiran ganti rugi antara lain telah diputuskan di dalam kes-kes seperti berikut:

a.Pihak yang menuntut ganti rugi hendaklah membuktikan (i) kerugian yang dialami; dan (ii) kerugian tersebut disebabkan oleh pihak yang ganti rugi tersebut dituntut (lihat Taiping Poly (M) Sdn Bhd v. Wong Fook Toh & Ors Lim Tze Sian v. Coverright Surface Malaysia Sdn Bhd

b.Ganti rugi tersebut hendaklah suatu yang boleh dijangka dan hendaklah terhasil dari satu kemungkiran yang biasa dan berkemungkinan (lihat Bank Bumiputra Malaysia Bhd Kuala Terengganu v. Mae Perkayuan Sdn Bhd & Anor

c.Tujuan ganti rugi adalah bersifat memampas, iaitu untuk mengembalikan situasi pihak yang terkesan ke posisi sebelum (lihat Wembley Gypsum Products Sdn Bhd v. MST Industrial Systems Sdn Bhd Johandra Realty Sdn Bhd dan satu lagi lwn. Ketua Pengarah Jabatan Pengairan Dan Saliran Malaysia dan satu lagi

d.Apabila menilai ganti rugi, Mahkamah adalah berhak untuk menimbang perkara-perkara yang berada di dalam pengetahuan Mahkamah (lihat Nikmat Masyhur Sdn Bhd v. Kerajaan Negeri Johor Darul Ta’zim

e.Apabila liabiliti telah dibuktikan berdasarkan fakta serta keterangan semasa prosiding, pihak-pihak tidak sepatutnya dibenarkan untuk membuka kembali perkara-perkara berkaitan liabiliti semasa taksiran ganti rugi (lihat Shen & Sons Sdn Bhd v. Jutawarna Develo

Click Here to Read the rest of this document
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
SupremeToday Portrait Ad
supreme today icon
whatsapp-icon Back to top