2024 MarsdenLR 1882
MAHKAMAH TINGGI (JOHOR BAHRU)
ARUN NOVAL DASS M
PELAKSANAAN NOMBOR JA-37G-50-11 TAHUN 2023
11 March 2024
Sukhwinder Singh (Sukhwinder Singh N Mahinder Singh) bagi pihak pemiutang penghakiman.
T K Cheng (Cheng Lee & Goh) bagi pihak penghutang penghakiman.
Sukhwinder Singh (Sukhwinder Singh N Mahinder Singh) bagi pihak pemiutang penghakiman.
T K Cheng (Cheng Lee & Goh) bagi pihak penghutang penghakiman.
Arun Noval Dass M:
ALASAN PENGHAKIMAN
Pengenalan
[1]Petisyen Penggulungan Syarikat telah difailkan terhadap Penghutang Penghakiman (selepas ini dirujuk sebagai “JD”) pada 30.10.2013 dan JD seterusnya digulungkan pada 19.3.2014.
[2]Pada 25.11.2019, pelikuidasi JD membawa tindakan sivil JA-22NCC-71-11/2019 terhadap Pemiutang Penghakiman (selepas ini dirujuk sebagai “JC”). Atas permohonan JC, Mahkamah Tinggi Johor Bahru memerintahkan JD untuk membayar RM80,000.00 sebagai jaminan kos kepada JC.
[3]Selepas beberapa permohonan interlokutori dan rayuan kepada Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan di antara kedua-dua pihak, Mahkamah Persekutuan telah memerintahkan supaya kos dan alokatur sebanyak RM44,720.00 ditolak daripada jaminan kos RM80,000.00. Maka, setelah ditolak jumlah tersebut, terdapat baki jaminan kos sejumlah RM35,280.00.
[4]Pada 3.10.2023, JD telah memohon untuk menarik balik guaman sivil JA-22NCC-71-11/2019. Mahkamah Tinggi Johor Bahru telah memerintahkan supaya JD membayar JC kos sebanyak RM100,000.00 tertakluk kepada fi alokatur sebanyak RM4,000.00, dan RM10,000.00 sebagai kos perbelanjaan JC. Baki jaminan kos RM35,280.00 ditolak dari jumlah kos dan fi alokatur yang diperintahkan Mahkamah.
[5]JD seterusnya telah memfailkan Notis Usul menurut seksyen 68(1)(c) Akta Mahkamah Kehakiman 1964
[6]Memandangkan JD telah gagal memenuhi tuntutan JC, JC telah memulakan tindakan garnisi ini untuk menggarnis RM78,720.00 yang merupakan tuntutan JC terhadap JD. Mahkamah ini telah membenarkan perintah untuk garnisi menunjuk sebab menurut Aturan 49 Kaedah 1 Kaedah-kaedah Mahkamah 2012 (selepas ini dirujuk sebagai “KKM”).
[7]Selanjutnya, JD telah memfailkan permohonan (Lampiran 11) untuk mengetepikan Notis Permohonan bertarikh 27.11.2023 (Lampiran 1) dan Perintah Garnisi Menunjuk Sebab bertarikh 30.11.2023 (Lampiran 7) yang menjadi subjek pertikaian di hadapan Mahkamah.
Analisis dan keputusan MahkamahIsu pertama: Kegagalan JD untuk menamakan peruntukan undang-undang
[8]JC berhujah bahawa tindakan JD dalam tidak menamakan peruntukan undang-undang dalam membuat permohonan dalam lampiran 11 adalah fatal kepada permohonan JD.
[9]JC merujuk kepada nas Industry Property Management Sdn Bhd v Forebase Property Sdn Bhd & Anor
“[32] It is essential that the plaintiff refers to the correct provision in this application. Non-compliance renders this application defective and unsustainable, incurable and procedurally fatal. As aptly referred to by the defendants, in Zaini Che Awang & Ors v. Pegawai Penerima Syarikat Cosmopro Planners Sdn Bhd & Ors [2014] 1 LNS 1827; the High Court observed that one has to be specific and not generalise in stating under which order or rule one is making and not expect that “one size fits all” for any or every application one makes to the court. An application must accurately and specifically refer to the provisions or order on which the application is based.”
[10]Maka, JC berhujah bahawa atas alasan ini sendiri permohonan JD wajar ditolak. Berkenaan isu ini, Mahkamah merujuk kepada keputusan Mahkamah ini dalam kes Per: Chang Kian Chiang; Ex:Parte: EC Piles Sdn Bhd [2023] MLJU 842; [2023] 2 SMC 139; [2023] AMEJ 0992 di mana Mahkamah ini memutuskan bahawa:-
“[19] JC seterusnya menghujahkan bahawa JD telah gagal menunjukkan sebarang ketidakpatuhan kepada kaedah-kaedah insolvensi yang dilakukan JC semasa memperolehi petisyen pemiutang tersebut. JC mendakwa JD berhujah berkenaan s. 5(3) Akta tersebut tanpa membuat rujukan kepadanya dalam lamp. 18. Maka, JC memohon mahkamah membatalkan lamp. 18 kerana permohonan tersebut adalah defektif.
[20] JC merujuk kepada kes Cheow Chew Khoon v. Abdul Johari Abdul Rahman di mana Mahkamah Rayuan memutuskan bahawa:
In my judgment, this matter, which is a point of practice and procedure, is to be resolved by reference to the fundamental principle that a party must not take his opponent or the court by surprise. It is my opinion that an originating process requiring an intitulement must state, with