2023 MarsdenLR 3050
MAHKAMAH TINGGI (KUALA TERENGGANU)
HASSAN ABDUL GHANI H
GUAMAN SIVIL NO TA-22M-29-10 TAHUN 2023
1 September 2023
Ramesh Sathavisam (Ramesh Dipendra Jeremiah Law) bagi pihak plaintif.
Leong Xin Wen (Kee Sern, Siu & Huet) bagi pihak defendan pertama.
Yong Ke-Qin (Akram Hizri Azad & Azmir Chamber) bagi pihak defendan kedua.
Ramesh Sathavisam (Ramesh Dipendra Jeremiah Law) bagi pihak plaintif.
Leong Xin Wen (Kee Sern, Siu & Huet) bagi pihak defendan pertama.
Yong Ke-Qin (Akram Hizri Azad & Azmir Chamber) bagi pihak defendan kedua.
Hassan Abdul Ghani H:
PENGHAKIMAN
[1]Plaintif memfailkan permohonan dalam Lampiran 12 untuk memasukkan penghakiman terus terhadap Defendan Pertama sebagai peminjam dan Defendan Kedua dan Defendan Ketiga sebagai penjamin-penjamin secara bersama dan berasingan menurut Aturan 14 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 [KKM] dan memohon perintah-perintah berikut:
a)Defendan-Defendan secara bersama dan berasingan bertanggungan jumlah sebanyak RM12,143,108.74 setakat 31/8/2023.
b)Caj pembayaran lewat yang tidak boleh dikompaun seperti berikut:
i)Dari 1 September 2023 hingga 10 September 2023 pada kadar 1% setahun keatas ansuran dan bayaran tertunggak;
ii)Dari 11 September 2023 sehingga tamat tempoh pembiayaan/ tarikh matang atau sehingga tarikh penghakiman (yang mana lebih awal) pada kadar 1% setahun keatas baki jumlah tertunggak dan perlu dibayar atau dengan apa-apa kaedah lain yang diluluskan oleh Bank Negara Malaysia;
iii)Selepas tamat tempoh pembiayaan/tarikh matang atau selepas tarikh penghakiman (yang mana lebih awal) sehingga tarikh pembayaran penuh dan muktamad pada kadar semasa semalaman Pasaran wang antara Bank Islam Plaintif keatas baki jumlah tertunggak dan perlu dibayar atau dengan apa-apa kaedah lain yang diluluskan oleh Bank Negara Malaysia;
c)Kos atas dasar peguamcara dan anak guam.
[2]Kertas kuasa yang berkaitan ialah:
i.Writ Saman dan Pernyataan Tuntutan bertarikh 9/10/2023;
ii.Memorandum-Memorandum Kehadiran bertarikh 23/10/2023;
iii.Pernyataan Pembeiaan bertarikh 2/11/2023;
iv.Notis Permohonan Plaintif dibawah Aturan 14 bertarikh 22/11/2023;
v.Afidavit Sokongan Plaintif bertarikh pada 23/11/2023;
vi.Afidavit Jawapan Defendan-Defendan yang diikrarkan pada 18/12/2023;
vii.Afidavit Balasan Plaintif yang diikrarkan pada 2/1/2024 Fakta Kes
[3]Secara ringkas fakta kes seperti berikut. Plaintif dan Defendan Pertama telah memasuki 3 perjanjian pembiayaan yang distruktur mengikut prinsip Syariah Murabahah iaitu:
a)Pembiayaan Berjangka Komoditi Murabahah (Commodity Murabahah Term Financing-i) 1 dengan had RM1.5 juta [CMTF-M].
b)Pembiayaan Berjangka Komoditi Murabahah-i 2 dengan had RM4.5juta (CMTF-i 2)
c)Pembiayaan Berjangka Komoditi Murabahah-i3 dengan had RM1.0 juta.
[4]Pembiayaan-pembiayaan itu kemudian dijadualkan semula, disemak semula dan/atau diperbaharui tertakluk kepada terma-terma dan syarat-syarat.
[5]Untuk menjamin pembiayaan-pembiayaan tersebut, sekuriti-sekuriti berikut telah dilaksanakan iaitu tiga surat jaminan oleh penjamin-penjamin, satu surat set-off, satu memorandum deposit, satu gadaian dan satu debenture.
[6]Terma-terma dan syarat-syarat penting pembiayaan ialah:
i.Pelanggan hendaklah meminta bank membeli komoditi patuh Syariah dari pedagang komoditi dan pelanggan akujanji membeli komoditi dari bank;
ii.Bank akan membeli komoditi pada satu harga yang bersamaan jumlah pembiayaan;
iii.Bank akan menjual komoditi kepada pelanggan dan pelanggan akan membeli dan melaksanakan perjanjian penjualan asset pada harga jualan bank atas dasar pembayaran tertunda;
iv.Pelanggan sebagai pemilik komoditi akan melantik bank sebagai ejen untuk menjual komoditi kepada pedagang komoditi atau mana-mana pihak ketiga pada harga jualan bank;
v.Hasil-hasil penjualan komoditi akan dikreditkan ke akaun pelanggan yang ditetapkan bank untuk pengeluaran.
[7]Harga jualan bank ditentukan berdasarkan kadar keuntungan siling (CPR). Pelanggan perlu membuat pembayaran bulanan kepada bank berdasarkan kadar keuntungan efektif [EPRj.
[8]Surat-surat tawaran bertarikh 29/10/2018, 21/10/2019 dan 2/4/2020 telah menetapkan kadar-kadar terpakai dan terma-terma pembayaran awal pembiayaan-pembiayaan tersebut.
[9]Melalui dua surat bertarikh 14/7/2021 Plaintif membenarkan Pelanggan menangguhkan pembayaran ansuran-ansuran bulanan bagi setiap CMTF-i selama 6 bulan dari 1/7/2021 hingga 31/12/2021. Selepas 6 bulan Pelanggan hendaklah menyambung semula pembayaran mengikut syarat baru yang telah ditetapkan.
[10]Pada 13/9/2021 melalui surat Plaintif memaklumkan EPR untuk CMTF-i 2 disemak semula daripa