2025 MarsdenLR 4581
MOHAMAD HALDAR ABDUL AZIZ H
26 December 2025
(Arief & Iskandar) bagi pihak perayu-perayu.
(Arief & Iskandar) bagi pihak perayu-perayu.
(Lee & Poh Partnership) bagi pihak responden pertama.
(Mah Weng Kwai & Assoc) bgai pihak responden kedua dan ketiga.
Mohamad Haldar Abdul Aziz H:
ALASAN PENGHAKIMAN
Pendahuluan
Saman Pemula Plaintif (Lampiran - 1)
[1]Di dalam Lampiran - 1, Plaintif memohon kepada Mahkamah di bawah Seksyen 213Seksyen 346Akta Syarikat 2016
(i)Bahawa Defendan-Defendan, sama ada secara bersama dan / atau berasingan, membeli 1,237,500 saham (24.75%) Plaintif dalam Defendan Pertama dengan jumlah RM30,745,509.00;
(ii)Sebagai alternatif, Defendan-Defendan, sama ada secara bersama dan/atau berasingan, hendaklah membeli 1,237,500 saham Plaintif dalam Defendan Pertama pada harga yang nilainya akan ditaksir oleh seorang penilai forensik bebas yang dilantik oleh Mahkamah Yang Mulia ini dan kos pelantikan tersebut ditanggung oleh Defendan-Defendan;
(iii)Bahawa Defendan-Defendan hendaklah membayar faedah 5% setahun atas jumlah penghakiman sama ada berjumlah RM30,745,509.00 atau jumlah wang yang akan ditaksirkan oleh seorang penilai forensik bebas, dikira dari tarikh penghakiman sehingga penyelesaian penuh;
(iv)Kos guaman yang ditanggung akibat perbuatan penipuan Defendan-Defendan berjumlah RM200,000.00;
(v)Ganti Rugi Am:
(vi)Ganti Rugi Teruk;
(vii)Ganti Rugi Punitif dan Teladan;
(viii)Kos; dan
(ix)Relif-relif lain dan selanjutnya terhadap Defendan- Defendan yang dianggap sesuai dan wajar oleh Mahkamah Yang Mulia ini.
[2]Saman Pemula Plaintif di bawah Lampiran - 1 ini disokong oleh afidavit yang telah diikrarkan oleh Plaintif (Ng Kwong Weng @ David Ng) bertarikh pada 20.03.2025 di Lampiran - 2.
[3]Setelah Mahkamah ini mendengar, membaca, meneliti dan menilai afidavit-afidavit yang telah difailkan di dalam tindakan Saman Pemula ini (Lampiran - 1) berserta hujahan-hujahan bertulis yang telah difailkan oleh kesemua pihak iaitu Plaintif, Defendan Pertama, Defendan Kedua dan Defendan Ketiga kepada Mahkamah, maka pada 30.09.2025, Mahkamah ini memutuskan untuk menolak tindakan Saman Pemula Plaintif (Lampiran - 1) dengan kos sebanyak RM15,000.00 kepada Defendan Pertama dan sebanyak RM15,000.00 secara kolektif kepada Defendan Kedua dan Defendan Ketiga tertakluk kepada pembayaran fi alokatur.
[4]Plaintif merasa tidak berpuas hati dengan keputusan Mahkamah ini yang bertarikh 30.09.2025 tersebut, dan telah memfailkan Notis Rayuan ke Mahkamah Rayuan Malaysia bertarikh pada 28.10.2025 terhadap keseluruhan keputusan tersebut yang menolak Saman Pemula Plaintif (Lampiran - 1).
[5]Oleh itu, Notis Rayuan yang telah difailkan oleh Plaintif ini adalah terhadap keseluruhan keputusan yang telah diberikan oleh Mahkamah ini yang bertarikh pada 30.09.2025 tersebut.
Alasan dan Penemuan MahkamahKedudukan Undang-Undang.
[6]Menurut Seksyen 346Akta Syarikat 2016
Remedy in cases of an oppression
346. (1) Any member or debenture holder of a company may apply to the Court for an order under this section on the ground-
(a)that the affairs of the company are being conducted or the powers of the directors are being exercised in a manner oppressive to one or more of the members or debenture holders including himself or in disregard of his or their interests as members, shareholders or debenture holders of the company; or
(b)that some act of the company has been done or is threatened or that some resolution of the members, debenture holders or any class of them has been passed or is proposed which unfairly discriminates against or is otherwise prejudicial to one or more of the members or debenture holders, including himself.
(2) If on such application the Court is of the opinion that either of those grounds is established, the Court may make such order as the Court thinks fit with the view to bringing to an end or remedying the matters complained of, and without prejudice to the generality of subsection (1), the order may-
(a)direct or prohibit any act or cancel or vary any transaction or resolution;
(b)regulate the conduct of the affairs of the company in the future;
(c)provide for the purchase of the shares or debentures of the company by other members or debenture holders of the company or by the company itself:
(d)in the case of a purc