SupremeToday Landscape Ad
Back
Next
Judicial Analysis Court Copy Headnote Facts Arguments Court observation
Listen Article Pause Article
judgment-img

2025 MarsdenLR 1503




MAHKAMAH TINGGI (ALOR SETAR)
EVAWANI FARISYTA MOHAMMAD H
NOMBOR KES KA-45A-28-05 TAHUN 2019
9 December 2025



Mohamad Rizal bin Fadzil (Timbalan Pendakwa Raya) bagi pihak pendakwaan.
Akberdin bin Abdul Kader (Meor Hafiz bin Salehan bersamanya) (Akberdin & Co) bagi pihak tertuduh.

Advocates:
Mohamad Rizal bin Fadzil (Timbalan Pendakwa Raya) bagi pihak pendakwaan.
Akberdin bin Abdul Kader (Meor Hafiz bin Salehan bersamanya) (Akberdin & Co) bagi pihak tertuduh.

Evawani Farisyta Mohammad H:

ALASAN PENGHAKIMAN

PENDAHULUAN

[1]OKT dituduh melakukan dua kesalahan di bawah perenggan 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 [Akta 234] (“ADB 1952”) yang boleh dihukum di bawah subseksyen 39B(2)

[2]Pertuduhan-pertuduhan terhadap OKT adalah seperti yang berikut:

Pertuduhan Pertama:

“Bahawa kamu pada 23/07/2018, jam lebih kurang 05.30 pagi, di sebuah rumah beralamat No. 52, Kampung Nyior Chabang Atas, Mukim Bohor, di dalam daerah Langkawi, di dalam Negeri Kedah Darul Aman, telah didapati mengedar dadah berbahaya iaitu Heroin seberat 110.6 gram. Oleh yang demikian, kamu telah melakukan satu kesalahan di bawah seksyen 39B(1)(a)Akta Dadah Berbahaya 1952dan boleh dihukum di bawah seksyen 39B(2)Akta yang sama.”.

Pertuduhan Kedua:

“Bahawa kamu pada 23/07/2018, jam lebih kurang 05.30 pagi, di sebuah rumah beralamat No. 52, Kampung Nyior Chabang Atas, Mukim Bohor, di dalam daerah Langkawi, di dalam Negeri Kedah Darul Aman, telah didapati mengedar dadah berbahaya iaitu Monoacetylmorphines seberat 42.3 gram. Oleh yang demikian, kamu telah melakukan satu kesalahan di bawah seksyen 39B(1)(a)Akta Dadah Berbahaya 1952dan boleh dihukum di bawah seksyen 39B(2)Akta yang sama.”.

[3]Pada akhir kes Pendakwaan, Mahkamah ini mendapati bahawa pihak Pendakwaan telah berjaya membuktikan kes prima facie atas kedua-dua pertuduhan terhadap OKT dan telah memerintahkan OKT membela diri.

[4]OKT telah memilih memberi keterangan secara bersumpah sebagai SD1 dan turut mengemukakan dua orang saksi pembelaan iaitu SD2 dan SD3 (kedua-dua mereka adalah Peguambela dan Peguamcara), serta turut memanggil semula SP6 (pegawai serbuan) sebagai SD4, dan SP5 (Pegawai Penyiasat) sebagai SD5. Pada akhir kes Pembelaan, Mahkamah ini telah mendapati bahawa OKT telah gagal menimbulkan sebarang keraguan munasabah dan juga telah gagal mematahkan anggapan pengedaran di bawah perenggan 37(da)(i) dan (iii) ADB 1952 atas kedua-dua pertuduhan terhadapnya.

[5]Sehubungan itu, Mahkamah ini memutuskan bahawa pihak Pendakwaan telah berjaya membuktikan keseluruhan kes terhadap OKT melampaui keraguan yang munasabah dan telah mensabitkan OKT atas kedua-dua pertuduhan terhadapnya serta menjatuhkan hukuman hukuman penjara seumur hidup (30 tahun) bermula daripada tarikh ditangkap dan 12 sebatan, bagi setiap pertuduhan.

[6]OKT tidak berpuas hati dengan keseluruhan keputusan Mahkamah ini dan mengemukakan rayuan ke Mahkamah Rayuan bagi kedua-dua pertuduhan yang telah disabitkan ke atasnya.

NARATIF KES PENDAKWAAN

[7]Pada 23.7.2018, lebih kurang pukul 4 pagi, Pengadu (SP6) telah menerima satu maklumat aktiviti pengedaran dadah di sebuah rumah beralamat No. 52, Kampung Nyior Chabang Atas, Mukim Bohor, Langkawi, Kedah (lokasi kejadian).

[8]Setelah memberikan taklimat kepada anggota serbuan, SP6 bersama anggota serbuan telah pergi ke lokasi kejadian dan sampai di sana lebih kurang pukul 5 pagi. Sampai di kawasan lokasi kejadian, SP6 telah mengarahkan kenderaan yang membawa anggota serbuan untuk memberhentikan kenderaan di simpang masuk ke rumah tersebut. Jarak dari simpang masuk dengan rumah tersebut adalah lebih kurang 20 meter. Seterusnya SP6 dan anggota serbuan telah bergerak dengan berjalan kaki dan dari jarak lebih kurang 10 meter, SP6 dan anggota serbuan telah menjalankan pemerhatian ke atas rumah lokasi kejadian. SP6 dan anggota serbuan telah membuat pemerhatian selama lebih kurang 15 minit dan SP6 mendapati tiada sebarang pergerakan keluar masuk ke rumah lokasi kejadian. Keadaan luar rumah tersebut diterangi cahaya lampu manakala di bahagian dalam rumah pula kelihatan gelap. Hanya sebuah bilik sahaja yang kelihatan terang dengan cahaya lampu.

[9]SP6 bersama seorang anggota serbuan telah pergi ke arah tingkap bilik tersebut dari luar rumah dan semasa di tingkap bilik tersebut, SP6 mendapati langsir tingkap tidak ditutup dan telah membuat pemantauan. Hasil pemerhatian pada bilik tersebut, SP6 dapat melihat satu sabjek lelaki (OKT) yang sedang memegang beg galas dan sabjek tersebut telah

Click Here to Read the rest of this document
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
SupremeToday Portrait Ad
supreme today icon
whatsapp-icon Back to top