2025 MarsdenLR 4547
MAHKAMAH TINGGI (KUANTAN)
MOHD RADZI HARUN H
RAYUAN JENAYAH NO CA-42JSKH-9-07 TAHUN 2024
26 December 2025
(Timbalan Pendakwa Raya, Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri Pahang) bagi pihak pendakwaan.
(Sharif Ridzuan & Co) bagi pihak responden.
(Timbalan Pendakwa Raya, Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri Pahang) bagi pihak pendakwaan.
(Sharif Ridzuan & Co) bagi pihak responden.
Mohd Radzi Harun H:
ALASAN PENGHAKIMANLATAR BELAKANG
[1]Rayuan di hadapan Mahkamah ini adalah oleh Pendakwa Raya terhadap keputusan Hakim Mahkamah Sesyen (“HMS”) mengenai hukuman sahaja.
[2]Responden telah dituduh bagi kesalahan di bawah s. 14(a)Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017
(i)penjara selama enam (6) tahun dan satu (1) sebatan rotan. Hukuman rotan tetap dijatuhkan walaupun Responden sudah berusia melebihi 50 tahun kerana ia dibenarkan oleh peruntukan seksyen 25Akta 792
(ii)menghadiri kaunseling pemulihan semasa tempoh pemenjaraan Responden menurut s. 26
(iii)Responden diletakkan di bawah pengawasan polis selama 2 tahun selepas selesai menjalani hukuman penjara di bawah peruntukan seksyen 27
[3]Pendakwa Raya tidak berpuashati dengan hukuman yang dijatuhkan oleh HMS dan merayu terhadap semua hukuman itu.
[4]Selepas mendengar rayuan ini, Mahkamah ini memutuskan untuk menolak rayuan Pendakwa Raya dan mengekalkan semua hukuman yang diputuskan oleh HMS.
[5]Pendakwa Raya sekarang merayu terhadap keputusan Mahkamah ini.
[6]Responden juga telah merayu terhadap sabitan dan hukuman yang diputuskan oleh HMS melalui Rayuan Jenayah No. CA-42JSKS-10-07/2024. Rayuan ini telah didengar bersekali dengan rayuan oleh Pendakwa Raya. Selaras dengan keputusan Mahkamah ini terhadap rayuan Pendakwa Raya, Mahkamah ini telah menolak rayuan Responden. Responden tidak merayu terhadap keputusan Mahkamah ini.
FAKTA KES
[7]Responden telah dituduh melakukan kesalahan melakukan amang seksual fizikal terhadap mangsa (SP3), seorang kanak-kanak perempuan yang berusia 11 tahun 7 bulan pada masa kejadian, dengan cara meraba payu dara sebelah kiri kanak-kanak tersebut. Pertuduhan pindaan yang dikemukakan oleh Pendakwa Raya adalah seperti berikut:
Bahawa kamu pada 25 Februari 2023 jam lebih kurang 9 malam, bertempat di kedai runcit di dalam kawasan rumah alamat No. 347, Felda Chini 3, di dalam daerah Pekan, di negeri Pahang Darul Makmur, bagi maksud seksual telah melakukan amang seksual fizikal terhadap kanak-kanak iaitu XXX (Kad Pengenalan: XXXXX-XX-XXXX) yang berumur 11 tahun 7 bulan, dengan cara meraba payu dara sebelah kiri kanak-kanak itu. Dengan itu kamu telah melakukan suatu kesalahan yang boleh dihukum di bawah seksyen 14(a)Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017
[8]Fakta kes seperti digarapkan dengan jelas dalam Alasan Penghakiman HMS yang diperturunkan semula di sini adalah secara ringkasnya seperti berikut:
(i)Pada malam kejadian, bapa mangsa (SP1) telah membawa mangsa bersama ibu mangsa (SP2) dan adik perempuan mangsa (SP4) pergi menziarah Responden di rumah tempat kejadian yang didiami Responden.
(ii)Menurut SP1, Responden adalah kenalan lama kepada keluarga beliau dan beliau selalu pergi menziarah Responden sebelum itu.
(iii)Apabila tiba di rumah berkenaan, SP1 bersama keluarga beliau telah berbual bersama Responden dan isteri Responden di kawasan beranda rumah tersebut.
(iv)Responden telah kemudiannya mengajak mangsa dan SP4 pergi ke kedai runcit yang terletak di kawasan rumah tersebut untuk mengambil jajan.
(v)Menurut mangsa Mahkamah ini dapati HMS telah menggunapakai prinsip undang-undang yang betul semasa menerima keterangan mangsa (SP3) yang berusia 12 tahun pada masa beliau memberi keterangan, sebagaimana dinyatakan di perenggan 4-6,11 AP.
(vi)Menurut mangsa, apabila beliau bersama Responden dan SP4 masuk ke dalam kedai runcit tersebut, beliau mendapati kedai itu berada dalam keadaan gelap. Apabila mangsa bertanya kepada Responden mengapa tidak membuka lampu, Responden telah menyatakan kedai itu tiada lampu.
(vii)Gambar ekshibit P1E dan P1F menunjukkan keadaan dalam kedai runcit tersebut.
(viii)Semasa mangsa berada berdekatan rak yang berwarna merah dalam gambar ekshibit P1E, Responden telah memberi jajan kepada beliau. Kemudian Responden telah pergi ke arah peti sejuk yang berada dalam kedai itu sebelum memegang bahu sebelah kiri mangsa dan menarik mangsa ke arah beliau dan seterusnya Responden telah memeluk mangsa. Pad