SupremeToday Landscape Ad
Back
Next
Judicial Analysis Court Copy Headnote Facts Arguments Court observation
Listen Article Pause Article
judgment-img

2023 MarsdenLR 2670




MAHKAMAH TINGGI (TEMERLOH)
ROSLAN MAT NOR H
SAMAN PEMULA NO CB-24NCVC-105-09 TAHUN 2022
13 September 2023



Ahmad Zahid bin Abu Hashim (Rozilan & Aribah Ahmad) bagi pihak plaintif.
Nurul Syuhada Abdullah (Rama-Rozi & Assoc) bagi pihak defendan pertama hingga ketujuh.
Munirah Samsuddin (Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri Pahang) bagi pihak defendan kelapan.

Advocates:
Ahmad Zahid bin Abu Hashim (Rozilan & Aribah Ahmad) bagi pihak plaintif.
Nurul Syuhada Abdullah (Rama-Rozi & Assoc) bagi pihak defendan pertama hingga ketujuh.
Munirah Samsuddin (Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri Pahang) bagi pihak defendan kelapan.

Roslan Mat Nor H:

ALASAN PENGHAKIMAN Pendahuluan

[1]Ini adalah permohonan Plaintif untuk pegangan bersama hartanah GM 11278, Lot 5948, Mukim Triang, Daerah Bera, Negeri Pahang dipecahkan bahagiannya seperti pelan cadangan iaitu:

(i)Petak (1) untuk Sarina binti Jabil.

(ii)Petak (2) untuk Borhan bin Abdul Wahab, Idris bin Wahab, Jaba bin Wahab, Rohana bin Wahab, Sari’ah binti Abdul Wahab, Selamah binti Abdul Wahab dan Yang binti Wahab.

[2]Plaintif adalah pemilik berdaftar 1/2 bahagian hartanah tersebut. Plaintif telah memiliki 1/2 bahagian hartanah tersebut setelah membeli 1/2 bahagian dari Salmah binti Abdul Jabar pada 29.01.2016.

[3]Plaintif mengemukakan permohonan untuk memecah bahagian hartanah tersebut di Pejabat Pentadbir Tanah Bera pada 21.10.2017 melalui Borang 9B Kanun Tanah Negara (KTN) di bawah seksyen 142 KTN. Namun ia gagal. Ini adalah disebabkan pemilik bersama yang lain iaitu Defendan Pertama hingga Defendan Ketujuh enggan menandatangani Borang 9B tersebut.

[4]Penelitian kepada Rekod Ketuanpuanyaan mendapati Sarinah binti Jabil memiliki 1/2 bahagian, Borhan bin Abdul Wahab 1/14 bahagian, Idris bin Wahab 1/14 bahagian, Jaba bin Wahab 1/14 bahagian, Rohana binti Wahab 1/14 bahagian, Sari’ah binti Abdul Wahab 1/14 bahagian, Selamah binti Abdul Wahab 1/14 bahagian dan Yang binti Wahab 1/14 bahagian. Ini terdapat dalam affidavit sokogan di eksibit “SJ-1”.

[5]Defendan Pertama hingga Defendan Ketujuh tidak bersetuju dengan pecah bahagian tersebut disebabkan Defendan Pertama perlu merobohkan sebahagian besar rumah-rumah yang telah dibina atas hartanah tersebut. Rumah tersebut telah dibina semenjak 1980 oleh pemilik asal tanah ini, Allahyarham Abdul Wahab bin Samad sebelum memindahkan tanah tersebut kepada Salmah binti Abdul Jabar yang menjualkan 1/2 bahagian kepada Plaintif pada 29.01.2016. Borang 14A bertarikh 29.01.2016 di dalam eksibit bertanda “2” di dalam Affidavit Defendan Ketujuh Yang binti Abdul Wahab.

[6]Defendan Pertama dan Defendan Kedua menyatakan bahawa semasa Plaintif membeli tanah tersebut pada 29.01.2016, Plaintif sudah mempunyai pengetahuan berkenaan rumah-rumah yang dibina di atas tanah tersebut dan perlu membuat keputusan berhati-hati sebelum membelinya berdasarkan kepada maksim caveat emptor.

[7]Pada perenggan 13 Affidavit Jawapan Yang binti Abdul Wahab, telah dinyatakan ada cadangan daripada Pejabat Tanah Bera melalui surat bertarikh 13.06.2022 yang dikatakan oleh Defendan-Defendan adalah munasabah disebabkan tiada rumah perlu dirobohkan. Malahan Defendan Pertama hingga Defendan Ketujuh tidak mengesahkan tiada persetujuan pihak-pihak dengan cadangan tersebut.

[8]Cadangan Plaintif untuk penamatan hakmilik bersama dengan pelan di “SJ-5” juga tidak dapat dipersetujui oleh Defendan Pertama hingga Defendan Ketujuh. Defendan Kelapan tidak mempunyai bantahan berkenan permohonan ini asalkan ianya mematuhi Kanun Tanah Negara.

Analisa

[9]Adalah menjadi prinsip undang-undang yang jelas berkenaan hak pemilik bersama untuk membuat permohonan penamatan pemilikan bersama di bawah seksyen 145 Kanun Tanah Negara (KTN). Mahkamah Rayuan dalam kes Ong Chin Hai & Anor v. Ong Hoo See & Ors seksyen 145 KTN seperti berikut:

“[13] First and foremost, s. 145 of NLC reads:

Section 145. Power of Court to facilitate termination of co-proprietorship.

(1)Where, in the case of any land vested in co- proprietors:

(a)any of the co-proprietors will neither join in, nor consent to the making of, an application for partition under this Chapter, or

(b)by reason of the operation of paragraph (f) of sub-section (1) of section 136 (as applied by section 141 ), partition of the land between all of the co-proprietors is incapable of being approved under this Chapter,

the Court, subject to and in accordance with the provisions of any law for the time being in force relating to civil procedure, may, on the application of any of the co-proprietors, make such order as it may think just for the purpose of enabling the co-proprietorship to be terminated.

(2) Without p

Click Here to Read the rest of this document
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
SupremeToday Portrait Ad
supreme today icon
whatsapp-icon Back to top