SupremeToday Landscape Ad
Back
Next
Judicial Analysis Court Copy Headnote Facts Arguments Court observation
Listen Article Pause Article
judgment-img

2025 MarsdenLR 2373




MAHKAMAH TINGGI (SHAH ALAM)
ROZI BAINON PK
RAYUAN SIVIL NO BA-12ANCvC-14-04 TAHUN 2025
8 December 2025



Muhammad Abbad bin Abdul Wahid (Tahrina Batrisyia bt Mohd Tahir bersamanya) (Fadhli Sutris & Assoc) bagi pihak perayu (defendan).
Lim Kim Lai (Othman Hashim & Co) bagi pihak responden (plaintif).

Advocates:
Muhammad Abbad bin Abdul Wahid (Tahrina Batrisyia bt Mohd Tahir bersamanya) (Fadhli Sutris & Assoc) bagi pihak perayu (defendan).
Lim Kim Lai (Othman Hashim & Co) bagi pihak responden (plaintif).

Rozi Bainon PK:

ALASAN PENGHAKIMAN Pengenalan

[1]Ini ialah kes rayuan dari Mahkamah Sesyen Petaling Jaya oleh Symphonet Sdn Bhd (defendan) yang tidak berpuas hati dengan keputusan Mahkamah Sesyen yang diperintahkan di Mahkamah Sesyen di Petaling Jaya pada 13-3-2025.

Mahkamah Sesyen telah membenarkan penghakiman terus vide Notis Permohonan (Kandungan 8) bertarikh 18-12-2024 yang difailkan oleh plaintif dengan kos sebanyak RM3,000.00.

Rayuan ini telah didengar di Mahkamah Tinggi ini.

[2]Pada 29-9-2025, pada peringkat rayuan, Mahkamah Tinggi ini memutuskan untuk menolak rayuan oleh perayu/defendan dan mengekalkan keputusan Mahkamah Sesyen serta kos rayuan sebanyak RM2,500.00 (tertakluk kepada fi alokatur).

Mahkamah Tinggi mendapati tiada kekhilafan dari segi fakta dan undang-undang mengenai keputusan Mahkamah Sesyen tersebut.

[3]Secara ringkasnya, Mahkamah Tinggi mendapati bahawa pembekalan dan perlaksanaan perkhidmatan “Etherenet/Metro-E Services” kepada defendan oleh plaintif menghendaki defendan untuk melunaskan obligasinya. Perlanggaran dan kemungkiran defendan untuk memastikan pembayaran berterusan bagi perkhidmatan tersebut melayakkan Plaintif memperoleh penghakiman terus. Tiada keperluan untuk tuntutan dibicarakan.

Tidak ada keperluan untuk Mahkamah ini mencampur tangan dan mengakaskan keputusan yang dibuat oleh Hakim Mahkamah Sesyen.

[4]Symphonet Sdn Bhd (defendan) merayu keputusan Mahkamah Tinggi ini ke Mahkamah Rayuan.

Fakta kes secara ringkas

[5]Fiberail Sdn Bhd (plaintif) memfailkan tindakan undang-undang terhadap Symphonet Sdn Bhd (defendan) untuk menuntut jumlah tertunggak sebanyak RM407,322.81.

Plaintif, sebuah syarikat pembekal perkhidmatan rangkaian telekomunikasi, menandatangani Master Service Agreement bertarikh 1- 2-2017 dengan defendan. Plaintif bersetuju untuk membekalkan perkhidmatan “Etherenet/Metro-E Services” tertakluk kepada terma dan syarat dalam Perjanjian.

[6]Plaintif memplidkan bahawa defendan memungkiri Perjanjian tersebut apabila defendan gagal, enggan dan/atau abai untuk memastikan pembayaran berterusan bagi Perkhidmatan tersebut.

Melalui surat defendan bertarikh 15-11-2022, defendan mencadangkan pembayaran secara bulanan sebanyak RM35,000.00 mulai bulan Disember 2022 hingga Disember 2023. Namun, defendan gagal mematuhi cadangan pembayaran itu.

Berdasarkan rekod plaintif, defendan masih berhutang bagi pembayaran Perkhidmatan tersebut sebanyak RM407,322.81 setakat 31- 10-2023.

[7]Pembelaan yang mengandungi 7 perenggan memplidkan penafian defendan mengenai tunggakan bayaran tersebut dan defendan menyatakan bahawa −

plaintif telah menginvoiskan Perkhidmatan melebihi daripada Perkhidmatan yang diberikan kepada defendan. Maka, defendan mempertikaikan jumlah yang dituntut.

plaintif telah memungkiri Perjanjian tersebut dengan menggantung Perkhidmatan dengan cara tidak selari dengan Perjanjian.

[8]Dalam jawapan kepada pembelaan, plaintif memplidkan bahawa notis penggantungan bertarikh 23-8-2023 telah dikeluarkan kepada defendan. Ini kerana defendan gagal membuat bayaran penuh selepas 30 hari dari tarikh akhir pembayaran. Plaintif memplidkan bahawa hakikatnya masih terdapat baki tertunggak oleh defendan untuk membayar Perkhidmatan tersebut yang merupkan cadangan pembayaran secara bulanan oleh defendan sendiri.

Permohonan oleh plaintif bagi penghakiman terus

[9]Plaintif memohon suatu penghakiman terus dimasukkan terhadap defendan untuk menuntut jumlah RM407,322.61; faedah bayaran lewat ke atas jumlah RM407,322.61 pada kadar 12% setahun dikira dari tarikh 10-9-2024 sehingga tarikh penyelesaian sepenuhnya; faedah pada kadar 5% setahun ke atas jumlah RM407,322.61 dikira dari tarikh penghakiman muktamad sehingga tarikh penyelesaian sepenuhnya; kos tindakan.

[10]Permohonan interlokutori ini telah didengar dan diteliti oleh Puan Hakim Mahkamah Sesyen yang bijaksana (“Pn HMS yang bijaksana”) berdasarkan semua afidavit, pliding, hujahan bertulis dan lisan dan nas undang-undang yang disertakan.

Pn HMS yang bijaksana membenarkan tuntutan

Click Here to Read the rest of this document
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
SupremeToday Portrait Ad
supreme today icon
whatsapp-icon Back to top