2023 MarsdenLR 653
MAHKAMAH RAYUAN (PUTRAJAYA)
VAZEER ALAM MYDIN MEERA, AZMAN ABDULLAH DAN AZMI ARIFFIN HHMR
RAYUAN JENAYAH NO W-05(M)-381-10 TAHUN 2021, W-05(M)-390-10 TAHUN 2021 DAN W-05(M)-391-10 TAHUN 2021
16 November 2023
Gurubachan Singh Johal (Firma Nashir Johal & Co) bagi pihak perayu pertama.
(Firma Amerbon) bagi pihak perayu kedua.
(Firma Rajpal, Firah & Vishnu) bagi pihak perayu ketiga.
Mohd Fuad bin Abdul Aziz(Mohd Fairuz bin Johari bersamanya)(Timbalan Pendakwa Raya,Jabatan Peguam Negara) bagi pihak responden.
Gurubachan Singh Johal (Firma Nashir Johal & Co) bagi pihak perayu pertama.
(Firma Amerbon) bagi pihak perayu kedua.
(Firma Rajpal, Firah & Vishnu) bagi pihak perayu ketiga.
Mohd Fuad bin Abdul Aziz(Mohd Fairuz bin Johari bersamanya)(Timbalan Pendakwa Raya,Jabatan Peguam Negara) bagi pihak responden.
Azmi Ariffin HMR:
PENGHAKIMAN Pertuduhan Bagi Kes No: WA-45B-32-10/2018
[1]Pertuduhan terhadap Perayu Pertama/Tertuduh Kedua (Davendran a/l Bala Supramaniam) dan Perayu Ketiga/Tertuduh Pertama (Neelamegan a/l Kumar) adalah seperti berikut:
“Bahawa kamu bersama-sama dengan seorang lagi yang masih bebas pada 18/4/2018, jam 8 malam bertempat di aras bawah Blok L Jalan Rejang Desa Rejang, Perumahaan Awam Rakyat Wangsa Maju, Dalam Daerah Wangsa Maju, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, bagi mencapai niat bersama kamu telah melakukan bunuh dengan menyebabkan kematian V Sakhtivadivelan a/l Vasuthevas (No. K.P: 650114-10-7027) dan dengan itu kamu telah melakukan satu kesalahan yang boleh dihukum dibawah seksyen 302Kanun Keseksaandan di baca bersama seksyen 34 Kanun yang sama.”
Pertuduhan Bagi Kes No: WA-45B-34-10/2018
[2]Pertuduhan terhadap Perayu Kedua/Tertuduh Ketiga (Hurisudhan a/l Peramal) seperti berikut:
“Bahawa kamu bersama-sama dengan dua orang yang telah dituduh pada 18/04/2018, jam 8.00 malam bertempat di aras bawah Blok L Jalan Rejang Desa Rejang, Perumahaan Awam Rakyat Wangsa Maju Dalam Daerah Wangsa Maju, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, bagi mencapai niat bersama kamu telah melakukan bunuh dengan menyebabkan kematian V Sakhtivadivelan a/l Vasuthevas (No. K.P: 650114-10-7027) dan dengan itu kamu telah melakukan satu kesalahan yang boleh dihukum dibawah seksyen 302Kanun Keseksaandan di baca bersama seksyen 34 Kanun yang sama.”
[3]Kedua - dua pertuduhan ini telah didengar dan dibicarakan di dalam satu perbicaraan kerana ianya melibatkan keterangan dan saksi - saksi yang sama.
[4]Untuk mengelakkan sebarang kekeliruan, panggilan terhadap ketiga - tiga perayu ini adalah sepertimana berikut:
(a)Neelamegan a/l Kumar sebagai Tertuduh Pertama/Perayu Ketiga;
(b)Davendran a/l Bala Supramaniam sebagai Tertuduh Kedua/Perayu Pertama; dan
(c)Hurisudhan a/l Peramal sebagai Tertuduh Ketiga/Perayu Kedua.
Fakta Kes PendakwaanKeterangan SP3 (Rukumani a/p Turesamy)
[5]SP3 adalah ibu kepada simati.
[6]SP3 tinggal bersama anaknya (simati), menantunya (SP4) dan cucunya (Darshen) di alamat Desa Rejang Setapak, Blok E, Tingkat 15, Pintu 1, Wangsa Maju Kuala Lumpur.
[7]Pada jam 6.30 petang 18/4/2018, SP3 telah dimaklumkan oleh SP4 dan cucunya bahawa simati telah diheret keluar dari lif.
[8]SP3, SP4 dan cucunya bergegas turut ke tingkat bawah flat Blok L untuk mencari simati. Ketika itu jam lebih kurang 7.00 malam. Simati ditemui pada jam lebih kurang 7.30 malam. SP3 nampak simati sedang terbaring di atas lantai.
[9]Pada hari kejadian, beliau ada melihat ketiga - tiga Tertuduh memukul simati dengan kayu, batu dan besi. Tertuduh Ketiga memukul simati dengan kayu. Tertuduh Kedua pula memijak simati di bahagian bawah dan juga di bahagian leher simati. Tertuduh Pertama juga memukul simati. Selepas memukul simati, Tertuduh Pertama bersandar ke dinding dan berkata “biarlah dia dah pergi”. Selepas itu mereka telah membunuh simati.
[10]Semasa pemeriksaan semula, SP3 menyatakan bahawa beliau nampak Tertuduh Kedua memijak simati dan mengheret simati. Namun, SP3 tidak nampak Tertuduh Pertama dan Tertuduh Ketiga memukul simati. SP3 hanya nampak Tertuduh Pertama dan Ketiga masing-masing memegang kayu di tangan mereka.
[11]Semasa sambungan pemeriksaan balas pada 5/1/2020 (sila lihat kandungan 8 RR Jilid 2 (2)), SP3 mengatakan semasa beliau turun ke bawah mencari simati, SP3 telah melihat kereta polis di flat tersebut.
[12]SP3 mengakui bahawa beliau telah mengikut kereta polis tersebut ke tempat di mana insiden tersebut berlaku.
[13]Semasa SP3 sampai di tempat simati, di kawasan insiden itu terdapat tiga (3) orang disitu.
[14]SP3 mengakui bahawa beliau telah dimaklumkan selepas insiden tersebut berlaku bahawa simati telah dipukul oleh ketiga-tiga Tertuduh.
[15]Apabila SP3 sampai ke kawasan insiden tersebut, pihak polis belum berada di tempat kejadian tersebut.
[16]SP3 mengesahkan bahawa beliau berada di tempat kejadian di antara jam 6.30 hingga 7.30 petang.
Keterangan SP4 (K. Santi a/p Kan