SupremeToday Landscape Ad
Back
Next
Judicial Analysis Court Copy Headnote Facts Arguments Court observation
Listen Article Pause Article
judgment-img

2025 MarsdenLR 1539




MAHKAMAH TINGGI (IPOH)
ABDUL WAHAB MOHAMED H
PERBICARAAN JENAYAH NO AA-45A-15-05 TAHUN 2022
22 December 2025



Yassinisa Begam bt Seeni Mohideen (Timbalan Pendakwa Raya) bagi pihak pendakwaan.
Vijayandran a/l K Thanigasalam (T Vijay & Co) bagi pihak tertuduh.

Advocates:
Yassinisa Begam bt Seeni Mohideen (Timbalan Pendakwa Raya) bagi pihak pendakwaan.
Vijayandran a/l K Thanigasalam (T Vijay & Co) bagi pihak tertuduh.

Abdul Wahab Mohamed H:

ALASAN PENGHAKIM0041 NPENGENALAN

[1]Magendran a/l Chandrasegaran (No. K/P: xxx) (selepas ini dikenali sebagai OKT) dalam kes ini menghadapi satu pertuduhan mengedar dadah berbahaya di bawah seksyen 39B(1)(a)Akta Dadah Berbahaya 1952

“Bahawa kamu pada 5 Mei 2021, jam lebih kurang 3.15 petang di rumah beralamat 5331B, Jalan Kampar Kwong Yik Est, 318000 Tanjung Tualang di dalam Daerah Batu Gajah, Negeri Perak Darul Ridzuan kerana mengedar dadah berbahaya iaitu sejumlah berat 22.8 gram campuran Heroin dan Monoacetylmorphines (16.8 gram Heroin dan 6.00 gram Monoacetylmorphines) dan dengan itu kamu telah melakukan satu kesalahan di bawah seksyen 39B(1)(a)Akta Dadah Berbahaya 1952seksyen 39B (2)Akta yang sama.”

FAKTA KES

[2]Pada 05/05/2021, jam lebih kurang 1100 pagi, SP4 sebagai Ketua Operasi bersama pasukan telah tahan OKT di Jalan Pasir Belakang Taman Halaman Indah, Tg. Tualang 31800 Tg Tualang, Perak. Semasa proses tangkapan, SP4 telah dibantu oleh Konst 211830 Mohd Nur Mustaqim bin Zainol. Setelah SP4 memperkenalkan diri sebagai polis dan menunjukkan kad kuasa, OKT dikatakan dalam keadaan takut dan terkejut dan cuba untuk melarikan diri semasa tangkapan dilakukan.

[3]Seterusnya SP4 telah membuat pemeriksaan fizikal terhadap OKT dan telah merampas 1 beg pinggang warna hitam jenama BS yang dipakai dipinggang OKT

[4]SP4 telah membuat pemeriksaan di dalam beg pinggang tersebut dan SP4 telah menjumpai 1 peket plastik lutsinar besar di dalamnya terdapat 31 peket-peket kecil berisi bahan disyaki dadah jenis heroin (A/B: 40.52 gram), dan 1 peket plastik lutsinar besar didalamnya terdapat 7 peket-peket kecil berisi bahan disyaki dadah jenis methamphetamine (A/B: 6.76 gram) turut dijumpai dalam beg tersebut 1 kad pengenalan atas nama OKT

[5]Kemudiannya, OKT dan rampasan dibawa balik ke pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah (BSJN), Ibu Pejabat Polis Daerah(IPD) Batu Gajah untuk tindakan selanjutnya.

[6]SP4 turut merampas 2 set anak kunci berserta kunci motosikal [ekshibitP14(1 dan 2)].

[7]Pada 05.05.2021, jam lebih kurang 2.41 petang, SP4 telah membuat laporan polis berkaitan Tg. Tualang/479/21 berhubung tangkapan OKT [ekshibit P11].

[8]SP4 telah membuat serahan kepada Pegawai Penyiasat kes (SP6) kesemua barang-barang kes yang dirampas termasuklah ekshibit P14(1 dan 2) kepada Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah (KBSJND) iaitu SP5 bagi tujuan pemeriksaan lanjut atas maklumat yang telah diperolehi di pejabat. Borang Serah Terima Barang Kes [ekshibit P13] iaitu serangkai kunci mengandungi 2 anak kunci bertulis “I.Z” antara SP4 dan SP5

[9]Berkaitan laporan polis Tg Tualang: 479/2021 [ekshibit P11]. pada 05/05/2021 jam lebih kurang 3.15 petang, SP5 mengetuai sepasukan anggota polis dari BSJND IPD Batu Gajah, Perak telah membuat serbuan di rumah yang beralamat 5331B, Jalan Kampar Kwong Yik Est 31800 Tanjung Tualang, Perak (‘rumah tersebut’) dengan dipandu arah oleh OKT.

[10]Sampai di hadapan rumah tersebut, SP5 dapati pintu grill dikunci dengan kunci mangga bertulis I.Z [ekshibit P5F]. Dengan menggunakan anak kunci bertulisan I.Z [ekshibit P14(1 dan 2)] yang dirampas oleh SP4 dan telah diserahkan kepada SP5, SP5 telah membuka kunci mangga tersebut. Setelah pintu berjaya dibuka, SP5 telah masuk ke dalam rumah bersama pasukan serbuan.

[11]Pemeriksaan yang dijalankan di dalam rumah tersebut dengan disaksikan OKT dan telah menjumpai 1 beg sandang berwarna biru jenama FILA [ekshibit PSA] di dalamnya terdapat 5 peket plastik lutsinar besar tiap satu berisi bahan disyaki dadah jenis Heroin (A/B: 850.00 gram) [ekshibit P6A(1 hingga 5)] dari atas meja kecil di ruang tamu rumah tersebut. Turut dijumpai dari dalam beg tersebut satu sijil pemilikan kenderaan atas penama: Magendran a/l Chandrasegaran [ekshibit P5A(1)] dan (1) dompet jenama FILA [ekshibit P5A(2)] di dalamnya terdapat: -

(a)(1) lesen memandu atas nama: Magendran a/l Chandrasegaran, No. Kpt: xxx[ekshibit P5A(3)].

(b)(1) kad bertulis site access pass atas nama: Mag

Click Here to Read the rest of this document
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
SupremeToday Portrait Ad
supreme today icon
whatsapp-icon Back to top