SupremeToday Landscape Ad
Back
Next
Judicial Analysis Court Copy Headnote Facts Arguments Court observation
Listen Article Pause Article
judgment-img

2023 MarsdenLR 1154

INDUSTRIAL COURT MALAYSIA
Tan Teik Sheen – Appellant
Versus
Alfa Cen Sdn. Bhd. – Respondent
1/1-1188/23



MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA NO. KES : 1/1-1188/23 DI ANTARA TAN TEIK SHEEN DENGAN ALFA CEN SDN. BHD.

NO. AWARD : 2371 TAHUN 2023 DI HADAPAN:

YA DATO’ WAN JEFFRY BIN KASSIM – YANG DIPERTUA ENCIK MUHAMMAD NIZAM BIN MD HADZIR – PANEL PEKERJA ENCIK AZZUDDIN BUXTON BIN ABDULLAH – PANEL MAJIKAN TEMPAT : Mahkamah Perusahaan Malaysia, Kuala Lumpur.

PEMFAILAN BORANG S : 22.06.2023.

TARIKH SEBUTAN : 26.07.2023, 24.08.2023, 07.09.2023, 10.10.2023, 02.11.2023.

TARIKH BICARA : 08.11.2023.

PERWAKILAN : Puan Simranjeet Kaur Sandhu Tetuan Ras & Co.

Peguam pihak Pengadu Responden – tidak hadir.

AWARD [1] Ini adalah permohonan untuk satu perintah ketidakpatuhan di bawah seksyen 56(1) Akta Perhubungan Perusahaan 1967 dalam Borang S yang difailkan pada 22.06.2023 di bawah Kaedah 24A Kaedah-Kaedah Mahkamah Perusahaan 1967 berkenaan No. Kes: 7/4-2402/2019 No. Award: 1443 Tahun 2021) yang diperturunkan pada 04.10.2021 di antara Tan Teik Sheen dengan Early Infinity Holdings Sdn.

Bhd. (Substituted with Alpha Cen Sdn Bhd).

[2] Sebelum Mahkamah mendengar permohonan ketidakpatuhan oleh Pengadu tersebut, peguam Pengadu telah membuat permohonan agar nama syarikat Responden dibuat pembetulan selaras dengan carian yang dibuat di SSM dimana nama sebenar syarikat Responden adalah “ALFA CEN SDN. BHD.” dan bukan “ALPHA CEN SDN. BHD.” seperti dalam borang S.

[3] Permohonan peguam Pengadu untuk menukar nama syarikat Responden daripada “ALPHA CEN SDN. BHD.” kepada “ALFA CEN SDN. BHD.” adalah dibenarkan.

[4] Satu aduan telah difailkan oleh Pengadu terhadap peruntukan di dalam Award berkenaan tidak dipatuhi oleh pihak syarikat Responden di mana Mahkamah telah mengarahkan syarikat Responden untuk membayar kepada Pengadu jumlah sebanyak RM63,600.00 setelah tolakan statutori dibuat (jika ada) dan pengembalikan kerja Pengadu dalam tempoh 30 hari dari tarikh Award tersebut.

[5] Pengadu memaklumkan kepada Mahkamah bahawa pihak syarikat Responden telah gagal mematuhi Award tersebut dan tiada pembayaran dilakukan sehingga hari ini. Pengadu memohon agar pihak syarikat Responden mematuhi Award tersebut.

[6] Mahkamah mendapati bahawa pihak syarikat Responden telah gagal membayar kepada Pengadu sebanyak RM63,600.00 yang jelas merupakan satu ketidakpatuhan ke atas Award No. 1443 Tahun 2021 bertarikh 04.10.2021. Oleh yang demikian, Mahkamah dengan ini membuat perintah di bawah Seksyen 56(2)(a)(i) Akta Perhubungan Perusahaan 1967 mengarahkan syarikat Responden mematuhi Award tersebut dan membayar kepada Pengadu jumlah sebanyak RM63,600.00 dengan kadar serta merta melalui peguam Pengadu Tetuan Ras & Co.

DITURUNKAN DAN BERTARIKH 14 DISEMBER 2023 -t.t-

( WAN JEFFRY BIN KASSIM )

YANG DIPERTUA MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA

Click Here to Read the rest of this document
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
SupremeToday Portrait Ad
supreme today icon
whatsapp-icon Back to top