2023 MarsdenLR 1131
INDUSTRIAL COURT MALAYSIA
Atiqah Farhana Binti Khazin – Appellant
Versus
Helios Photovoltaic Sdn. Bhd. – Respondent
1/1-1140/23
MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA NO. KES : 1/1-1140/23 DI ANTARA ATIQAH FARHANA BINTI KHAZIN DENGAN HELIOS PHOTOVOLTAIC SDN. BHD.
NO. AWARD : 2292 TAHUN 2023 DI HADAPAN:
YA DATO’ WAN JEFFRY BIN KASSIM – YANG DIPERTUA ENCIK MUHAMMAD NIZAM BIN MD HADZIR – PANEL PEKERJA ENCIK AZZUDDIN BUXTON BIN ABDULLAH – PANEL MAJIKAN TEMPAT : Mahkamah Perusahaan Malaysia, Kuala Lumpur.
PEMFAILAN BORANG S : 19.06.2023.
TARIKH SEBUTAN : 25.07.2023, 06.09.2023, 10.10.2023, 01.11.2023.
TARIKH BICARA : 08.11.2023.
PERWAKILAN : Puan Atiqah Farhana binti Khazin Pengadu Responden – tidak hadir.
AWARD [1] Ini adalah permohonan untuk satu perintah ketidakpatuhan di bawah seksyen 56(1) Akta Perhubungan Perusahaan 1967 dalam Borang S yang difailkan pada 19.06.2023 di bawah Kaedah 24A Kaedah-Kaedah Mahkamah Perusahaan 1967 berkenaan No. Kes: 22(11)/4-762/22 (No. Award: 426 Tahun 2023) yang diperturunkan pada 01.03.2023 di antara Atiqah Farhana binti Khazin dengan Helios Photovoltaic Sdn.
Bhd.
[2] Satu aduan telah difailkan oleh Pengadu terhadap peruntukan di dalam Award Persetujuan berkenaan tidak dipatuhi oleh pihak Responden di mana Mahkamah telah mengarahkan Responden untuk membayar kepada Pengadu jumlah sebanyak RM39,486.48 dalam
3 ansuran bulanan, iaitu:-
[3] Pengadu memaklumkan kepada Mahkamah bahawa pihak Responden telah gagal mematuhi Award Persetujuan tersebut dan
2 ansuran tidak dibayar sehingga hari ini. Pengadu memohon agar pihak Responden mematuhi Award Persetujuan tersebut.
[4] Mahkamah mendapati bahawa Responden gagal membayar Pengadu baki sebanyak RM26,384.32 yang jelas satu ketidakpatuhan ke atas Award Persetujuan yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak. Oleh itu Mahkamah dengan ini membuat perintah di bawah Seksyen 56(2)(a)(i) Akta Perhubungan Perusahaan 1967 mengarahkan Responden mematuhi terma dalam Award No. 426 Tahun 2023 bertarikh 01.03.2023 untuk Responden membayar kepada Pengadu baki wang Award Persetujuan tersebut sebanyak RM26,384.32 dengan serta-merta.
DITURUNKAN DAN BERTARIKH 29 NOVEMBER 2023 -t.t-
( WAN JEFFRY BIN KASSIM )
YANG DIPERTUA MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA