SupremeToday Landscape Ad
Back
Next
Judicial Analysis Court Copy Headnote Facts Arguments Court observation
Listen Article Pause Article
judgment-img

2023 MarsdenLR 1996

INDUSTRIAL COURT MALAYSIA
Mohd Khairul Syazwi Bin Maliha @ Abd Aziz – Appellant
Versus
YR Capital Sdn Bhd – Respondent
19/4-1008/22



DI DALAM MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA NO. KES 19/4-1008/22 DI ANTARA MOHD KHAIRUL SYAZWI BIN MALIHA DAN YR CAPITAL SDN BHD NO. AWARD : 2369 TAHUN 2023 Di hadapan : Y.A. PUAN ZALINA BINTI AWANG @ MAMAT Pengerusi Tempat : Mahkamah Perusahaan Malaysia, Kuala Lumpur Tarikh Rujukan : 07.06.2022 Tarikh Sebutan : 05.07.2022, 12.09.2022, 23.02.2022, 20.09.2022, Tarikh Bicara : 03.10.2023 Peguamcara/ : Pihak Yang Menuntut Perwakilan Hadir sendiri Pihak Syarikat Tidak Hadir Rujukan :

Ini adalah suatu rujukan pada 07.06.2022 yang dibuat di bawah seksyen

20(3) Akta Perhubungan Perusahaan 1967 (Akta 177) oleh Ketua Pengarah Perhubungan Perusahaan Malaysia yang dirujuk daripada pembuangan kerja MOHD KHAIRUL SYAZWI BIN MALIHA @ ABD AZIZ (selepas ini disebut sebagai “Pihak Yang Menuntut”) oleh YR CAPITAL SDN BHD (selepas ini disebut sebagai “Pihak Syarikat”) pada 10.12.2021 AWARD Latar Belakang Prosedural [1] Di dalam pematuhan amalan mantap Mahkamah yang mulia ini, secara umumnya dikenali sebagai Pengurusan Kes Pra-Perbicaraan, Mahkamah ini telah menetapkan tarikh e-sebutan bagi kes ini pada 05.07.2022, 12.09.2022, 23.02.2023, 20.09.2023.

[2] Semasa pengurusan kes secara fizikal pada 20.09.2023 dalam kehadiran Pihak Yang menuntut, manakala Pihak Syarikat tidak hadir, Mahkamah Yang Mulia ini telah memaklumkan tentang tarikh pengendalian kes yang telah ditetapkan iaitu pada 20.09.2023. Pihak Syarikat dan Pihak Yang Menuntut telah dimaklumkan tarikh pengendalian kes pada 20.09.2023 melalui email yang bertarikh pada 14.09.2023. Walaubagaimanapun, Pihak Syarikat telah gagal hadir semasa pengendalian kes tersebut pada

20.09.2023 dan 03.10.2023.

[3] Atas sebab yang tidak pernah dimaklumkan kepada Mahkamah, Pihak Syarikat telah gagal hadir mahupun menghantar sebarang perwakilan ke Mahkamah yang mulia ini pada hari perbicaraan yang telah ditetapkan pada 03.10.2023.

[4] Dengan latar belakang prosiding di atas, perbicaraan bagi kes ini telah di jalankan secara ex-parte pada 03.10.2023 di dalam ketidakhadiran wakil Pihak Syarikat. Manakala Pihak Yang Menuntut telah hadir untuk perbicaraan dan beliau telah mewakili diri sendiri di dalam perbicaraan tersebut.

[5] Adalah penting untuk dinyatakan bahawa Pihak Syarikat telah gagal memfailkan Pernyataan Jawapan kepada Pernyataan Kes yang telah difailkan oleh Pihak Yang Menuntut.

INTENTIONALLY LEFT BLANK FAKTA RINGKAS DAN KES PIHAK YANG MENUNTUT

1. Pada 27.05.2014, Pihak Yang Menuntut telah ditawarkan bekerja di syarikat YR Retail Sdn Bhd sebagai akaun eksekutif dengan gaji sebanyak RM3,500.00 sebulan. Pada 03.11.2014, jawatan Pihak Yang Menuntut telah disahkan jawatan oleh Pihak Syarikat. Pada 01.01.2020 Pihak Yang Menuntut telah ditukarkan ke syarikat di dalam kumpulan yang sama iaitu YR Capital Sdn Bhd.

2. Sewaktu di dalam tempoh pekerjaan, Pihak Yang Menuntut telah berkhidmat dengan baik tanpa mendapat apa-apa tindakan disiplin dan tatatertib daripada Pihak Syarikat. Di sepanjang tempoh pekerjaan tersebut, Pihak Syarikat banyak kali telah membuat bayaran gaji melepasi tarikh yang dinyatakan di dalam perjanjian pekerjaan iaitu sebelum 07 haribulan bulan berikutnya.

3. Pihak Yang Menuntut dan pekerja-pekerja yang lain telah diperdayakan oleh Pihak Syarikat dengan mengarahkan mereka menutup kafeteria yang di Setapak Central Kuala Lumpur dengan menyatakan akan membuka kafeteria baru di lot Star Boulevard Kuala Lumpur. Apabila Pihak Yang Menuntut dan pekerja-pekerja yang lain selesai melakukan proses pemulangan kafeteria kepada pemilik iaitu Setapak Central, Pihak Syarikat secara tiba-tiba telah berdiam diri dan tidak membalas pertanyaan Pihak Yang Menuntut dan pekerja-pekerja lain berkenaan dengan Pihak Syarikat halatuju syarikat, pembayaran gaji tertunggak, caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) tertunggak, bayaran Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) tertunggak dan bayaran tuntutan pekerja tertunggak.

4. Pada 30.11.2021, Pihak Yang Menuntut telah menghantar email kepada wakil Pihak Syarikat laitu Encik Riyas d

Click Here to Read the rest of this document
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
SupremeToday Portrait Ad
supreme today icon
whatsapp-icon Back to top