SupremeToday Landscape Ad
Back
Next
Judicial Analysis Court Copy Headnote Facts Arguments Court observation
Listen Article Pause Article
judgment-img

2023 MarsdenLR 3017

INDUSTRIAL COURT MALAYSIA
Muhammad Hairol Faizol Bin Mat Zalan – Appellant
Versus
YR Capital Sdn Bhd – Respondent
19/4-1009/22



IN THE INDUSTRIAL COURT OF MALAYSIA CASE NO: 19/4-1009/22 BETWEEN MUHAMMAD HAIROL FAIZOL BIN MAT ZALAN AND YR CAPITAL SDN BHD NO. AWARD : 2373 TAHUN 2023 Di hadapan : Y.A. PUAN ZALINA BINTI AWANG @ MAMAT Pengerusi Tempat : Mahkamah Perusahaan Malaysia, Kuala Lumpur Tarikh Rujukan : 07.06.2022 Tarikh Sebutan : 06.07.2022, 12.09.2022, 23.02.2023, 20.09.2023.

Tarikh Bicara : 03.10.2023 Peguamcara/ : Pihak Yang Menuntut Perwakilan Hadir sendiri Pihak Syarikat Tidak Hadir Rujukan :

Ini adalah suatu rujukan pada 07.06.2022 yang dibuat di bawah seksyen

20(3) Akta Perhubungan Perusahaan 1967 (Akta 177) oleh Ketua Pengarah Perhubungan Perusahaan Malaysia yang dirujuk daripada pembuangan kerja MUHAMMAD HAIROL FAIZOL BIN MAT ZALAN (selepas ini disebut sebagai “Pihak Yang Menuntut”) oleh YR CAPITAL SDN BHD (selepas ini disebut sebagai “Pihak Syarikat”) pada 10.12.2021 AWARD Latar Belakang Prosedural [1] Di dalam pematuhan amalan mantap Mahkamah yang mulia ini, secara umumnya dikenali sebagai Pengurusan Kes Pra-Perbicaraan, Mahkamah ini telah menetapkan tarikh e-sebutan bagi kes ini pada 06.07.2022, 12.09.2022, 23.02.2023, 20.09.2023.

[2] Semasa pengurusan kes secara fizikal pada 20.09.2023 dalam kehadiran Pihak Yang menuntut, manakala Pihak Syarikat tidak hadir, Mahkamah Yang Mulia ini telah memaklumkan tentang tarikh pengurusan kes yang telah ditetapkan iaitu pada 20.09.2023. Pihak Syarikat dan Pihak Yang Menuntut telah dimaklumkan tarikh pengurusan kes pada 20.09.2023 melalui email yang bertarikh pada 14.09.2023. Pihak Syarikat telah gagal hadir semasa perbicaraan pada tarikh 03.10.2023.

[3] Atas sebab yang tidak pernah dimaklumkan kepada Mahkamah, Pihak Syarikat telah gagal hadir mahupun menghantar sebarang perwakilan ke Mahkamah Yang Mulia ini pada hari perbicaraan yang telah ditetapkan pada 03.10.2023.

[4] Dengan latar belakang prosiding di atas, perbicaraan bagi kes ini telah di jalankan secara ex-parte pada 03.10.2023 di dalam ketidakhadiran wakil Pihak Syarikat. Manakala Pihak Yang Menuntut telah hadir untuk perbicaraan dan beliau telah mewakili diri sendiri di dalam perbicaraan tersebut.

[5] Adalah penting untuk dinyatakan bahawa Pihak Syarikat telah gagal memfailkan Pernyataan Jawapan kepada Pernyataan Kes yang telah difailkan oleh Pihak Yang Menuntut.

INTENTIONALLY LEFT BLANK FAKTA RINGKAS DAN KES PIHAK YANG MENUNTUT

1. Pada tarikh 13.08.2019, Pihak Yang Menuntut telah menandatangani surat tawaran kerja di Syarikat YR Retail Sdn. Bhd. Jawatan yang di tawarkan pada Pihak Yang Menuntut ialah sebagai 'Purchasing and Warehouse Executive' dengan gaji sebanyak RM2300.00 sebulan.

2. Pada tarikh 01.12.2019, Pihak Yang Menuntut telah menerima surat 'Confirmation Letter' daripada syarikat Bahagian Sumber Manusia yang menyatakan jawatan yang dipegang oleh Pihak Yang Menuntut telah tetap dan Pihak Yang Menuntut telah menerima kenaikan gaji sebanyak RM2400.00 sebulan. Pihak Yang Menuntut telah menandatangani surat ini pada tarikh 12.12.2019.

3. Pada tarikh 24.12.2019, Pihak Yang Menuntut diberi surat perpindahan Syarikat yang menyatakan Company transfer from YR Retail Sdn. Bhd. to YR Capital Sdn. Bhd. Di dalam surat ini, Pihak Yang Menuntut akan di pindahkan ke syarikat YR Capital Sdn Bhd secara rasmi pada tarikh 01.01.2020. Di dalam surat ini juga menyatakan segala syarat & terma pekerjaan tidak berubah dan sama seperti Surat Tawaran Kerja terdahulu. Selain itu, di dalam surat ini jawatan Pihak Yang Menuntut telah ditukarkan sebagai 'Purchasing and Admin Executive'. Pihak Yang Menuntut telah menandatangani surat ini pada tarikh 07.01.2020.

4. Pihak Yang Menuntut menyatakan bahawa Pihak Yang Menuntut dan semua pekerja yang lain telah diperdaya oleh pihak majikan dengan mengarahkan mereka menutup kafeteria di Setapak Central Kuala Lumpur dengan menjanjikan akan membuka kafeteria baru di lot Star Boulevard Kuala Lumpur. Apabila Pihak Yang Menuntut dan pekerja lain selesai melakukan proses pemulangan kafeteria kepada pemilik iaitu Setapak Central, Pihak S

Click Here to Read the rest of this document
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
SupremeToday Portrait Ad
supreme today icon
whatsapp-icon Back to top