SupremeToday Landscape Ad
Back
Next
Judicial Analysis Court Copy Headnote Facts Arguments Court observation
Listen Article Pause Article
judgment-img

2023 MarsdenLR 715

INDUSTRIAL COURT MALAYSIA
Juzaimah Binti Mat Zain – Appellant
Versus
Perniagaan A-Motor Bermutu Sdn. Bhd. – Respondent
14/4-156/22



DALAM MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA Antara JUZAIMAH BINTI MAT ZAIN Dan PERNIAGAAN A-MOTOR BERMUTU SDN. BHD.

NO. AWARD : 2355 TAHUN 2023 Dihadapan : Y.A. Puan Eswary Maree - Pengerusi Tempat : Mahkamah Perusahaan Malaysia, Kuala Lumpur Tarikh Rujukan : 13.01.2022 Tarikh Sebutan : 16.02.2022; 21.02.2022; 10.05.2022; 13.07.2022;

23.08.2022 & 15.09.2023 Tarikh Perbicaraan : 04.11.2022 & 03.07.2023 Perwakilan : Puan Che Muji Che Noh (Peguamcara Pihak Yang Menuntut)

Tetuan Che Muji Che Noh & Co.

Encik Vignesh Raju &

Puan Bargavi Pappu (Peguamcara Pihak Syarikat)

Tetuan Bargavi P & Co RUJUKAN Rujukan ini dibuat oleh Ketua Pengarah Perhubungan Perusahaan pada 13.01.2022 dibawah Seksyen 20(3) Akta Perhubungan Perusahaan 1967. Ianya berpunca daripada pembuangan kerja Juzaimah Binti Mat Zain (“Pihak Yang Menuntut”) oleh Perniagaan A-Motor Bermutu Sdn. Bhd. (“Pihak Syarikat”

pada 30.06.2021.

AWARD KERTAS-KERTAS KAUSA YANG TELAH DIFAILKAN [1] Berikut adalah kertas-kertas kausa yang telah difailkan oleh kedua-dua pihak di hadapan Mahkamah Yang Mulia ini:-

(i) Pernyataan Kes bertarikh 12.04.2022;

(ii) Pernyataan Balas Syarikat bertarikh 01.06.2022;

(iii) Rejoinder bertarikh 28.06.2022;

(iv) Ikatan Dokumen Pihak Yang Menuntut yang ditanda sebagai CLB-1;

(v) Ikatan Dokumen Tambahan Pihak Yang Menuntut yang ditanda sebagai CLB-2;

(vi) Ikatan Dokumen Syarikat yang ditanda sebagai COB-1;

(vii) Ikatan Dokumen Tambahan Syarikat yang ditanda sebagai COB-2;

(viii) Penyata Saksi Pihak Yang Menuntut, Juzaimah binti Mat Zain yang ditanda sebagai CLWS-1;

(ix) Penyata Saksi Pihak Syarikat, Bhaskaran a/l Pappu yang ditanda sebagai COWS-1;

(x) Penyata Saksi Pihak Syarikat, Alice a/p Retnam yang ditanda sebagai COWS-2;

(xi) Penyata Saksi Pihak Syarikat, Kamini a/p Kanagalingam yang ditanda sebagai COWS-3;

(xii) Hujahan Bertulis Pihak Yang Mununtut bertarikh 21.08.2023;

(xiii) Hujahan Bertulis Pihak Syarikat bertarikh 21.08.2023;

(xiv) Hujahan Balas Pihak Yang Mununtut bertarikh 12.09.2023; dan (xv) Hujahan Balas Pihak Syarikat bertarikh 11.09.2023 KES PIHAK SYARIKAT [2] Pihak Yang Menuntut (PYM) mula bekerja dengan Pihak Syarikat sebagai Kerani pada 04.02.2019 dengan gaji permulaan sebanyak RM1,200.00 sebulan. Tiada sebarang surat perlantikan diberikan kepada PYM pada ketika itu.

[3] Selepas disahkan ke jawatan tetap, PYM telah diberikan kenaikan gaji sebanyak RM100.00 pada Januari 2020 dan menerima elaun kedatangan sebanyak RM100.00. [4] Skop kerja PYM antaranya ialah untuk mengutip bayaran ansuran bulanan dari pelanggan Pihak Syarikat dengan cara memberi peringatan (reminder) kepada pelanggan-pelanggan melalui panggilan telefon dan pesanan melalui applikasi WhatsApp kepada pelanggan-pelanggan.

[5] Pada 30.06.2021 PYM tetah gagal untuk hadir ke tempat kerja tanpa sebarang sebab.

[6] Perbuatan ini berlanjutan sehingga 08.07.2021 dimana Pihak Syarikat telah mengeluarkan surat untuk memaklumkan penamatan pekerjaan PYM.

[7] PYM mendakwa bahawa beliau telah diberhentikan kerja secara konstruktif atas dakwaan siri tindakan Pihak Syarikat yang cuba memberikan tekanan kepada PYM berhenti kerja.

KES PYM [8] Tarikh akhir PYM bekerja dengan Syarikat adalah pada 30.06.2021 dan gaji terakhir PYM adalah RM1,300.00. Selain gaji, PYM juga menerima imbuhan-imbuhan seperti elaun kedatangan sebanyak RM100.00 dan bonus tahunan. PYM juga menerima komisen atas jumlah kutipan bayaran ansuran bulanan hutang motor sebanyak 3% (rujuk “salary advice” yang disediakan oleh Pihak Syarikat di muka surat 1 hingga 12 dalam CLB-1). Sejak bulan Jun 2021, Pihak Syarikat tidak lagi membayar komisen dan elaun kehadiran kepada PYM (rujuk “salary advice” untuk bulan Jun

2021).

[9] Tiada kontrak pekerjaan secara bertulis antara PYM dan Pihak Syarikat sehingga “Letter of Appointment” (Kontrak Perkhidmatan) bertarikh 18.06.2021 walaupun PYM telah mula berkhidmat dengan Pihak Syarikat pada 04.02.2019.

[10] PYM tidak mempunyai sebarang masalah disiplin. PYM adalah seorang pekerja yang cekap, berdedikasi, bertanggungjawab dan amanah

Click Here to Read the rest of this document
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
SupremeToday Portrait Ad
supreme today icon
whatsapp-icon Back to top