SupremeToday Landscape Ad
Back
Next
Judicial Analysis Court Copy Headnote Facts Arguments Court observation
Listen Article Pause Article
judgment-img

2023 MarsdenLR 794

INDUSTRIAL COURT MALAYSIA
Ponusamy A/L Podian – Appellant
Versus
Rimbaran Sdn. Bhd. – Respondent
21/4-1280/22



DI DALAM MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA NO. KES: 21/4-1280/22 ANTARA PONUSAMY A/L PODIAN DAN RIMBARAN SDN. BHD.

NO. AWARD: 2306 TAHUN 2023 Di Hadapan : SYED NOH BIN SAID NAZIR @ SYED NADZIR Pengerusi Tempat : Mahkamah Perusahaan Malaysia, Kuala Lumpur Tarikh Rujukan : 08.08.2022.

Tarikh Sebutan : 07.09.2022; 26.10.2022; 25.11.2022; 10.07.203 &

28.08.2023.

Tarikh Bicara : 08.08.2023.

Perwakilan : Pihak Yang Menuntut hadir dan mewakili diri sendiri Pihak Syarikat tidak hadir RUJUKAN :

Ini adalah suatu rujukan pada 08.08.2022 yang dibuat oleh Ketua Pengarah Perhubungan Perusahaan Malaysia di bawah seksyen 20(3) Akta Perhubungan Perusahaan 1967 yang timbul dari pembuangan kerja Ponusamy A/L Podian (selepas ini disebut sebagai “Pihak Yang Menuntut”) oleh Rimbaran Sdn Bhd (selepas ini disebut sebagai “Pihak Syarikat”) pada 31.03.2021.

AWARD EX-PARTE Latar Belakang Prosedural [1] Atas penerimaan Rujukan Ke Mahkamah Perusahaan dari Ketua Pengarah Perhubungan Perusahaan bertarikh 08.08.2022, Mahkamah ini telah menetapkan kes ini untuk sebutan dalam talian (e-sebutan) pada 07.09.2022 di hadapan Penolong Pendaftar, Mahkamah 21 (PP) bagi kehadiran pihak- pihak yang bertikai. Notis makluman tentang pautan dan tarikh sebutan telah disampaikan kepada kedua-dua pihak melalui e-mail bertarikh 15.08.2022 dan surat AR Berdaftar kedua-duanya bertarikh 11.08.2022. Pada e-sebutan pertama pada 07.09.2022, Pihak Yang Menuntut (PYM) telah hadir diatas talian, namun pihak Syarikat telah gagal hadir.

[2] Pada e-sebutan pertama tersebut PP telah mengarahkan kedua-dua pihak untuk memfailkan Pliding, Penyata Saksi dan Ikatan Dokumen yang berkenaan dan telah menetapkan garis masa bagi pemfailan dokumen tersebut. Tarikh perbicaraan juga telah ditetapkan pada 07.08.2023 dan 08.08.2023 jam 9.00 pagi. Melalui email bertarikh 08.09.2022 kedua-dua pihak telah dimaklumkan untuk menghadiri e-sebutan ke-2 iaitu pada 26.10.2022. Adalah penting dinyatakan bahawa email kepada Syarikat adalah teratur (tidak ditendang semula), maka adalah wajar anggapan dibuat bahawa pihak Syarikat telah menerima semua email dari Mahkamah.

[3] Manakala Borang G bertarikh 08.09.2022 yang memaklumkan tarikh bicara pada 07.08.2023 dan 08.08.2023 telah dihantar secara email pada 08.09.2022 dan AR Berdaftar kepada pihak Syarikat pada 08.09.2022. Namun begitu serahan ini telah dikembalikan oleh Pejabat Pos oleh kerana Syarikat telah berpindah. Tiada makluman secara rasmi dari pihak Syarikat kepada Mahkamah tentang sebarang pertukaran alamat perniagaan atau untuk serahan dokumen. Dengan demikian, percubaan serahan yang munasabah telah dilakukan untuk memaklumkan tarikh bicara bagi kes ini kepada pihak Syarikat. Apabila kes dipanggil untuk perbicaraan pada 08.08.2023, pihak Syarikat tidak hadir. Ini memberi indikasi bahawa pihak Syarikat tidak berminat untuk menjelaskan atau mencabar kes yang telah difailkan oleh pekerjanya berhubung tuntutan yang timbul dari dakwaan penamatan pekerjaan oleh syarikat.

[4] Adalah penting untuk dinyatakan juga bahawa pihak Syarikat telah gagal memfailkan Pernyataan Jawapan kepada Pernyataan Kes yang telah difailkan oleh PYM; apatah lagi memfailkan sebarang Ikatan Dokumen atau Penyata Saksi. Dengan latar belakang yang sedemikian, perbicaraan bagi kes ini telah di jalankan secara Ex-Parte pada 08.08.2023 di dalam ketidakhadiran wakil pihak Syarikat. Manakala PYM telah hadir untuk perbicaraan dan beliau telah mewakili diri sendiri di dalam perbicaraan tersebut. PYM telah menutup kes pada hari yang sama.

Fakta Ringkas Dan Kes Pihak Yang Menuntut [5] Melalui Pernyataan Kes bertarikh 14.08.2023 yang telah difailkan pada

08.09.2023, PYM telah memplidkan bahawa melalui Employment Letter bertarikh 18.12.2020 beliau telah memulakan tugas dengan Syarikat sebagai Project Manager cum Safety and Health Officer bermula 21.12.2020 setelah melalui proses temuduga dengan Pengarah Eksekutif iaitu Encik Sri Ganesh dan ditandatangani oleh Pengarah syarikat iaitu Encik Shafi Amirul bin Saifel- Amer.

Click Here to Read the rest of this document
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
SupremeToday Portrait Ad
supreme today icon
whatsapp-icon Back to top