2023 MarsdenLR 1982
INDUSTRIAL COURT MALAYSIA
Sheikh Jefrizal Bin Jamaluddin – Appellant
Versus
Velocity Technology Sdn Bhd – Respondent
19/4-642/22
DI DALAM MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA NO. KES 19/4-642/22 DI ANTARA SHEIKH JEFRIZAL BIN JAMALUDDIN DAN VELOCITY TECHNOLOGY SDN BHD NO. AWARD : 2267 TAHUN 2023 Di hadapan : Y.A. PUAN ZALINA BINTI AWANG @ MAMAT Pengerusi Tempat : Mahkamah Perusahaan Malaysia, Kuala Lumpur Tarikh Rujukan : 02.03.2022 Tarikh Sebutan : 12.04.2022, 08.08.2022, 30.05.2023, 23.06.2023, 20.07.2023.
Tarikh Bicara : 09.08.2023.
Peguamcara/ : Pihak yang menuntut Perwakilan Hadir sendiri Pihak syarikat Tidak Hadir Rujukan :
Ini adalah suatu rujukan pada 02.03.2022 yang dibuat di bawah seksyen
20(3) Akta Perhubungan Perusahaan 1967 (Akta 177) oleh Ketua Pengarah Perhubungan Perusahaan Malaysia yang timbul dari pembuangan kerja SHEIKH JEFRIZAL BIN JAMALUDDIN (selepas ini disebut sebagai “Pihak Yang Menuntut”) oleh VELOCITY TECHNOLOGY SDN BHD (selepas ini disebut sebagai “Pihak Syarikat”) pada 25.08. 2021 AWARD Latar Belakang Prosedural [1] Di dalam pematuhan amalan mantap Mahkamah yang secara umumnya dikenali sebagai Pengurusan Kes Pra-Perbicaraan, Mahkamah ini telah menetapkan tarikh e-sebutan bagi kes ini pada 12.04.2022, 08.08.2022, 10.01.2022, 30.05.2023, 23.06.2023 dan 20.07.2023.
[2] Semasa pengurusan kes secara fizikal pada 20.07.2023 dalam kehadiran Pihak Syarikat tidak hadir, Pihak Yang Menuntut, manakala, Mahkamah Yang Mulia ini telah memaklumkan tentang tarikh bicara yang telah ditetapkan iaitu pada 09.08.2023. Pihak Syarikat dan Pihak Yang Menuntut telah dimaklumkan tarikh bicara pada 09.08.2023 melalui email yang bertarikh pada 20.07.2023. Walaubagaimanapun, Pihak Syarikat telah gagal hadir semasa perbicaraan pada tarikh 09.08.2020.
[3] Oleh yang demikian adalah jelas bahawa Pihak Syarikat telah dimaklumkan secara sewajarnya akan penetapan tarikh bicara bagi kes ini. Atas sebab yang tidak pernah dimaklumkan kepada Mahkamah, Pihak Syarikat telah gagal hadir mahupun menghantar sebarang perwakilan ke Mahkamah Yang Mulia ini pada hari perbicaraan yang telah ditetapkan pada 09.08.2023.
[4] Dengan latar belakang prosiding di atas, perbicaraan bagi kes ini telah di jalankan secara ex-parte pada 09.08.2023 di dalam ketidakhadiran wakil Pihak Syarikat. Manakala Pihak Yang Menuntut telah hadir untuk perbicaraan dan beliau telah mewakili diri sendiri di dalam perbicaraan tersebut.
[5] Adalah penting untuk dinyatakan bahawa Pihak Syarikat telah gagal memfailkan Pernyataan Jawapan kepada Pernyataan Kes yang telah difailkan oleh Pihak Yang Menuntut. Di dalam kes ini pekerjaan Pihak Yang Menuntut telah ditamatkan tanpa sebab dan alasan yang adil dan tanpa sebarang notis.
FAKTA RINGKAS DAN KES PIHAK YANG MENUNTUT [6] Kes ini dihadapan Mahkamah yang mulia ini adalah berkenaan satu pemecatan kerja secara konstruktif (Constructive Dismissal) yang dibuat pada 25.08.2021. Pihak Yang Menuntut telah dibayar gaji bulanan dan juga tidak dibayar gaji bulanan sepenuhnya dalam tempoh perkhidmatan dari 01.04.2021 sehingga 25.08.2021 semasa bertugas sebagai Ketua Pegawai Strategik (Chief Strategic Officer di Vtech) iaitu selama 4 bulan dan 24 hari.
[7] Pihak Yang menuntut telah diambil berkerja oleh Pihak Syarikat iaitu Vtech pada 01.04.2021 sebagai Ketua Pegawai Strategik (Chief Strategic Officer) dengan gaji bulanan sebanyak RM10.000.00.
[8] Pihak Yang Menuntut telah dibayar gaji hanya RM10,000.00 pada
30.04.2021 untuk gaji bulan pertama Pihak Yang Menuntut dengan Pihak Syarikat seperti mana yang dinyatakan di dalam surat tawaran kerja.
[9] Pihak Yang Menuntut tidak menerima sebarang pembayaran gaji sepanjang bekerja pada bulan Mei 2021. Apabila Pihak Yang Menuntut bertanya berkenaan gaji yang tidak dibayar, Encik Zainul Alam Bin Abdul Kadir, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Vtech menyatakan bahawa pembayaran akan dibuat apabila kutipan wang daripada pelanggan diterima. Inilah kali kedua beliau berjanji untuk melangsaikan pembayaran gaji tertunggak.
Selepas itu pada mesyuarat 08.06.2021 Encik Zainul Alam Bin Abdul Kadir, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Vtech telah mengisytiharkan bahawa pern