SupremeToday Landscape Ad
Back
Next
Headnote Court Copy Facts Arguments Court observation Judicial Analysis Case Map Category Hierarchy Table of Content
Listen Article Pause Article
judgment-img

2014 MarsdenLR 2792

INDUSTRIAL COURT MALAYSIA
Kamaruddin Bin Mat Jap – Appellant
Versus
Kiswire Sdn. Bhd – Respondent
20/4-582/12



MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA KES NO: 20/4-582/12 DI ANTARA ENCIK KAMARUDDIN BIN MAT JAP DAN KISWIRE SDN. BHD.

AWARD NO: 951 TAHUN 2014 Di Hadapan : Y. A. TUAN HAJI SAPINI BIN MAT SAMAN - PENGERUSI Tempat : Mahkamah Perusahaan Malaysia Cawangan Johor Tarikh Rujukan : 05.03.2012.

Tarikh Sebutan : 12.06.2012; 17.07.2012; 04.09.2012;

16.10.2012; 04.12.2012; 15.01.2013;

10.04.2013.

Tarikh Perbicaraan : 22.04.2013; 02.07.2013.

Perwakilan : Pihak Menuntut hadir Encik A. Sivananthan daripada Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia mewakili Pihak Menuntut Puan Prema a/p Kesavan daripada Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia mewakili Pihak Responden Rujukan Ini adalah suatu rujukan yang dibuat di bawah Seksyen 20(3), Akta Perhubungan Perusahaan 1967 yang timbul dari pembuangan kerja Encik Kamarudin bin Mat Jap (selepas ini disebut sebagai “Pihak Menuntut”) oleh Kiswire Sdn. Bhd. (selepas ini disebut sebagai “Pihak Responden”) pada 23.11.2009. Kes ini telah dirujuk oleh Y. B. Menteri Sumber Manusia pada

05.03.2012 dan diterima oleh Mahkamah Perusahaan ini pada 24.04.2012.

AWARD Fakta Kes

1. Pihak Menuntut mulai bekerja dengan Pihak Responden pada 16.01.1995 sebagai Operator Mesin. Jawatan terakhir beliau adalah Pembantu Stor dan dibayar gaji terakhir sebanyak RM950.00 sebulan. Pihak Menuntut telah disahkan di dalam jawatan. Pihak Menuntut telah dituduh oleh Pihak Responden di atas kesalahan salah laku meminta wang dari pemandu lori yang membuat kerja-kerja penghantaran serta timbang kepada syarikat Responden. Pihak Responden telah mengeluarkan satu notis tunjuk sebab kepada Pihak Menuntut. Satu siasatan dalaman telah diadakan dan Pihak Menuntut telah didapati bersalah dan Pihak Responden telah menamatkan perkhidmatan Pihak Menuntut pada 23.11.2009.

Pihak Menuntut tidak berpuas hati dan merujuk kes ini di Mahkamah atas penamatan tidak adil dan tanpa alasan.

Kes Pihak Responden

2. Pihak Responden telah mengemukakan seramai 2 orang saksi iaitu:-

COW1 - Abdul Aziz bin Suradi - Pengerusi Panel Pengurus Kanan Bahagian Selenggara COW2 - Zainuddin bin Abdul Hamid Pengurus Besar

3. COW1 di dalam keterangan di Mahkamah menyatakan beliau ialah Pengerusi Panel Siasatan dan bersidang bersama Encik Noor Azhar dan Encik Mohd Qalid Fadzil. Pada 19.11.2009, COW1 telah menjalankan siasatan dalaman terhadap Pihak Menuntut. Di akhir siasatan dalaman, Pihak Panel sebulat suara mendapati Pihak Menuntut bersalah dan mengesyorkan Pihak Menuntut ditamatkan perkhidmatan. Sewaktu COW1 disoal balas beliau bersetuju jawatan Pengerusi tidak dinyatakan dalam nota perbicaraan seperti di muka surat 9 hingga 11 COB. COW1 juga bersetuju tandatangan Pihak Menuntut tidak terdapat di dalam nota siasatan dalaman. COW1 juga setuju pertuduhan di muka surat 3 dan muka surat 9 di COB di para akhir tidak sama dan terdapat kesalahan tidak dinyatakan di dalam pertuduhan di muka surat 3 di COB. COW1 juga menyatakan saksi-saksi yang membuat dakwaan seperti di muka surat 7 dan 8 di COB tidak dipanggil sewaktu siasatan dalaman diadakan.

4. COW2 sewaktu memberi keterangan di Mahkamah menjelaskan tentang bidang tugas Pihak Menuntut dan COW2 telah mengeluarkan notis tunjuk sebab kepada Pihak Menuntut pada 16.09.2009 seperti berikut:-

Beliau juga telah mengeluarkan notis perbicaraan dalaman kepada Pihak Menuntut seperti di COB muka surat 3. COW2 menyatakan notis tunjuk sebab dikeluarkan kepada Pihak Menuntut kerana beliau telah menerima aduan mengenai seorang pekerja syarikat bernama Kamaruddin bin Mat Jap yang meminta bayaran dariapda pemandu lori setiap kali pemandu lori menggunakan mesin timbang di Kiswire dengan bayaran yang tertentu. COW2 menyatakan Pihak Responden tidak dapat menerima penjelasan Pihak Menuntut seperti di muka surat 6 COB dan telah mengarahkan satu siasatan dalaman diadakan terhadap Pihak Menuntut. COW2 tidak tahu sama ada pemandu-pemandu lori yang membuat aduan secara bersurat di muka surat 7 dan 8 di COB dipanggil sewaktu siasatan dalaman diadakan.

Kes Pihak Menuntut

5. Pihak Menuntut sewa

1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
SupremeToday Portrait Ad
supreme today icon
whatsapp-icon Back to top