2014 MarsdenLR 787
INDUSTRIAL COURT MALAYSIA
Encik Che Abdul Nasir Bin Che Mustaffa – Appellant
Versus
Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad – Respondent
25/4-234/11
MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA NO. KES : 25/4-234/11 ANTARA ENCIK CHE ABDUL NASIR BIN CHE MUSTAFFA DAN BANK KERJASAMA RAKYAT MALAYSIA BERHAD NO. AWARD : 869 OF 2014 DI HADAPAN : YA DATO' JALALDIN BIN HJ. HUSSAIN –
PENGERUSI TEMPAT : Mahkamah Perusahaan, Kuala Lumpur.
TARIKH RUJUKAN : 22 Oktober 2010.
TARIKH SEBUTAN : 5 April 2011, 22 Jun 2011, 17 Ogos 2011, 13 September 2011 dan 11 November
2011.
TARIKH PERBICARAAN : 31 Januari 2012, 11 Julai 2012, 12 Julai
2012, 28 September 2012, 11 Oktober 2012, 16 Oktober 2012, 11 Mac 2013, 12 Mac 2013 dan 13 Mac 2013.
TARIKH HUJAHAN DITERIMA : Oleh Syarikat – 11 September 2013.
Oleh Yang Menuntut – 15 Januari 2014. Hujahan Balas Syarikat – 22 April 2014.
PERWAKILAN : Mejar (B) Ibrahim bin Hashim dari Tetuan Ibrahim Hashim & Co., peguam yang mewakili Yang Menuntut.
Encik Abdullah bin Abdul Karim dari Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia, mewakili Syarikat.
RUJUKAN:
Ini adalah satu rujukan oleh YB Menteri Sumber Manusia di bawah Seksyen 20(3) Akta Perhubungan Perusahaan 1967 (Akta 177) pada 22 Oktober 2010 yang timbul dari pemecatan kerja Che Abdul Nasir bin Che Mustaffa (“Yang Menuntut”) pada 4 Mei 2010 oleh Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad (“Syarikat”).
AWARD Fakta Kes:
Yang Menuntut (YM) berkhidmat dengan Syarikat mulai 2 Februari 1994 sebagai Pegawai Pengurusan Gred VII.
Pada 18 Julai 2006, YM telah dilantik sebagai Pengurus Jabatan dan ditempatkan di Rakyat Management Services Sdn. Bhd. (RMS) iaitu anak syarikat kepada Syarikat separa pinjaman (secondment) sebagai Pengurus Besar RMS. Menurut arahan pertukaran, perkhidmatan YM adalah tertakluk kepada perkhidmatan Syarikat dan YM diberi elaun kereta/minyak sebanyak RM950.00 sebulan. Pembayaran elaun ini dibuat melalui slip bayaran gaji dari Syarikat.
YM telah menyandang jawatan Pengurus Besar RMS (anak syarikat Syarikat) sehinggalah YM dipecat dari jawatan dari Syarikat pada 4 Mei 2010 kerana salah laku.
Pertuduhan salah laku yang dikenakan ke atas YM adalah seperti yang terdapat dalam COB-1 muka surat 71 sehingga 77. Siasatan Dalaman (SD) ke atas YM telah diadakan pada 24 Februari 2010 dan 5 April 2010. YM didapati bersalah oleh Panel SD bagi Pertuduhan 1, 2 dan 3(c) seperti berikut:-
(1) di antara tempoh Ogos 2007 hingga Februari 2009, YM dilaporkan tidak beretika dalam menjaga kepentingan syarikat RMS kerana mendapatkan imbuhan berganda bagi bayaran elaun kereta/minyak dari RMS berjumlah RM17,450.00 (tidak termasuk bayaran sumbangan KWSP) sedangkan tuan sendiri sedia maklum bahawa dalam tempoh yang sama pihak Syarikat telah membayar elaun kereta/minyak berjumlah RM18,050.00 kepada tuan seperti yang tercatat dalam penyata gaji bulanan tuan. Bayaran-bayaran elaun kereta/minyak tersebut adalah seperti jadual di bawah;
(2) pada di antara tempoh bulan Ogos 2007 hingga bulan Februari 2009, tuan gagal mengamalkan urus tadbir korporat (corporate governance) yang baik kerana telah mengarahkan secara lisan kepada Encik Ismat Nazarul Mat Isa, Pegawai Akaun RMS untuk membayar elaun kereta/minyak tuan seperti di jadual tanpa terlebih dahulu merujuk atau mendapatkan kelulusan dari Ketua Langsung tuan iaitu Ketua Pegawai Eksekutif Rakyat Holdings Sdn. Bhd. bagi tujuan semakan dan kawalan (check and balance).
(3(c)) Pada di antara tempoh bulan September 2007 hingga bulan Februari
2009, tuan telah meminta warga kerja bawahan, iaitu Encik Samsol Anuar bin Ahmad, Pengurus RMS yang tiada kuasa melulus tuntutan untuk meluluskan bayaran bil telefon dan tuntutan perjalanan tuan seperti di jadual di bawah.
Sementara YM didapati tidak bersalah bagi lima kesalahan selainnya. Keputusan SD adalah seperti muka surat 122 COB-1.
YM seterusnya telah dibuang kerja mulai 4 Mei 2010 melalui notis bertarikh 3 Mei
2010.
YM telah membuat rayuan terhadap keputusan SD seperti di muka surat 124 COB- 1. Jawatakuasa Khas yang mengkaji rayuan YM telah menolak rayuan YM dan mengekalkan hukuman buang kerja melalui COB-1 muka surat 125 bertarikh 7 Jun 2010. Jawatankuasa Khas telah mengekalkan hukuman b