SupremeToday Landscape Ad
Back
Next
Judicial Analysis Court Copy Headnote Facts Arguments Court observation
Listen Article Pause Article
judgment-img

2026 MarsdenLR 1019




MAHKAMAH TINGGI (TEMERLOH)
ROSLAN MAT NOR H
PERBICARAAN JENAYAH NO CB-45B-1-03 TAHUN 2021
10 February 2026



Intan Nor Hilwani bt Mat Rifin (Timbalan Pendakwa Raya) bagi pihak pendakwaan.
Richard Bong (Ivan Bong bersamanya) (Bong & Co) bagi pihak tertuduh.

Advocates:
Intan Nor Hilwani bt Mat Rifin (Timbalan Pendakwa Raya) bagi pihak pendakwaan.
Richard Bong (Ivan Bong bersamanya) (Bong & Co) bagi pihak tertuduh.

Roslan Mat Nor H:

ALASAN PENGHAKIMAN Pendahuluan

[1]Orang Kena Tuduh (OKT) dikemukakan dengan pertuduhan di bawah seksyen 302Kanun Keseksaan

“Bahawa kamu pada 06.03.2020 jam lebih kurang 0800hrs bertempat di hadapan rumah beralamat No. T 54, Kampung Cina Sempalit di dalam Daerah Raub, di dalam Negeri Pahang Darul Makmur telah melakukan bunuh dengan menyebabkan kematian ke atas Yap Chin Nam, No. KPT: xxx, dan oleh yang demikian kamu telah melakukan suatu kesalahan yang boleh dihukum di bawah seksyen 302Kanun Keseksaan.”

[2]Pendakwa Raya telah mengemukakan 15 orang saksi sebelum menutup kes pendakwaan. SP1 dalam keterangannya menyatakan bahawa pada 06.03.2020 lebih kurang jam 8.00 pagi seorang lelaki cina telah masuk ke Pejabat Kaunter Pertanyaan Balai Polis Raub dan duduk di kerusi. Lelaki cina itu menyatakan bahawa “Saya sudah tikam orang kat Kampung Cina Sempalit”. SP1 menyatakan lelaki itu kelihatan gelisah, gelabah dan mencurigakan. Lelaki cina itu menurut SP1 telah memberitahunya bahawa dia telah menikam seorang lelaki cina dengan menggunakan sebilah pisau. Lelaki cina itu telah dicamkan di Mahkamah sebagai OKT oleh SP1. Kejadian tersebut telah dirakamkan oleh SP1 melalui laporan polis Raub Rpt. 911/20 (P4).

[3]Pendakwa Raya juga telah mengemukakan Dr. Sri Marni Zainal Abidin, Pakar Patalogi Forensik (SP12) yang telah menyediakan laporan post mortem yang telah dikemukakan sebagai P22. Dalam laporan tersebut dinyatakan bahawa sebab kematian adalah “stab wound of the torso”. Dalam keterangannya, SP12 menyatakan bahawa luka tikaman pada badan simati adalah konsisten dengan luka yang disebabkan oleh objek tajam.

[4]Seterusnya terdapat saksi awam yang dikatakan melihat kejadian tersebut iaitu SP6 dan SP7 yang mana keterangan mereka mengesahkan ada melihat pisau telah dicampak oleh OKT sejurus selepas kejadian itu berlaku. Mahkamah juga mendapati terdapat keterangan-keterangan berkenaan dengan laporan DNA yang dikemukakan sebagai P26.

[5]Apa yang lebih menarik dalam kes ini ialah pihak pendakwaan telah mengemukakan satu laporan psikatri (P21) daripada Dr. Johari bin Khamis, Pakar Perunding Psikiatri Forensik Hospital Permai Johor Bahru (SP11). Laporan tersebut telah dibuat ekoran daripada perintah Mahkamah Majistret Raub di bawah seksyen 24(5)Kanun Prosedur Jenayah (KPJ)

“21. Hasil daripada pemerhatian rapi 24 jam, meneliti sejarah penama dan pemeriksaan mental berkala yang dilakukan ke atas beliau sepanjang berada di hospital ini, saya berpendapat bahawa:

a)Penama didapati menghidapi penyakit Skizofrenia (Schizophrenia). lanya merupakan sejenis penyakit mental yang dicirikan dengan gejala psikosis seperti halusinasi dan delusi serta perubahan tingkah laku serta kemerosotan fungsi psikososial.

b)Penama juga mempunyai masalah penyalahgunaan dadah (Polysubstance Use Disorder). Pengambilan dadah terlarang yang berulang dan berterusan bukan sahaja boleh menyebabkan gejala intoksikasi dan kebergantungan tetapi juga menyebabkan kecelaruan mental serta menjejaskan fungsi psikososial.

c)Ketika kejadian seperti yang didakwa, penama adalah berada dalam keadaan fikiran yang siuman dan berupaya untuk mengetahui keadaan perbuatan atau apa yang dilakukannya adalah salah atau bersalahan di sisi undang-undang.

d)Penama adalah layak untuk dibicarakan dan layak untuk memberi pengakuan di mahkamah bagi tujuan pembelaan diri pada tarikh laporan ini dibuat.”

[6]Pendakwa Raya juga telah mengemukakan saksi-saksi awam, anggota polis dan pegawai polis yang menjalankan siasatan kes ini dan melakukan tangkapan terhadap OKT serta mengendalikan eksibit-eksibit yang berkaitan dengan kes ini.

[7]Isu dalam kes ini adalah:

(a)Adakah Pendakwa Raya telah menunjukkan satu kes prima facie di peringkat pendakwaan terhadap OKT;

(b)Adakah Pendakwa Raya berjaya membuktikan kesalahan yang dipertuduhkan terhadap OKT melampaui keraguan munasabah; dan

(c)Adakah pembelaan di bawah seksyen 84Kanun Keseksaan

Isu (a)

[8]Seksyen 300Kanun Keseksaan

“300 Murder

Except in the cases hereinafter excepte

Click Here to Read the rest of this document
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
SupremeToday Portrait Ad
supreme today icon
whatsapp-icon Back to top