SupremeToday Landscape Ad
Back
Next
Judicial Analysis Court Copy Headnote Facts Arguments Court observation
Listen Article Pause Article
judgment-img

2025 MarsdenLR 2996




MAHKAMAH TINGGI (GEORGETOWN)
ROFIAH MOHAMAD H
NO KES PA-45A-12-04 TAHUN 2021
17 December 2025



(Timbalan Pendakwa Raya, Pejabat Penasihat Undang-Undang Pulau Pinang) bagi pihak pendakwaan.
(Naran Singh & Co) bagi pihak tertuduh.

Advocates:
(Timbalan Pendakwa Raya, Pejabat Penasihat Undang-Undang Pulau Pinang) bagi pihak pendakwaan.
(Naran Singh & Co) bagi pihak tertuduh.

Rofiah Mohamad H:

ALASAN PENGHAKIMAN A. LATAR BELAKANG

[1]Di Mahkamah ini, orang kena tuduh (OKT) telah didapati bersalah dan disabitkan atas kesalahan mengedar dadah berbahaya jenis cannabis seberat 19656.3 gram iaitu satu kesalahan di bawah Seksyen 39B (1) (a)Akta Dadah Berbahaya 1952seksyen 39B (2)

“Bahawa kamu pada 14.2,2020 jam lebih kurang 7.10 pagi bertempat di alamat SBLH 35(U1), Jalan Ayer Itam, di dalam Daerah Timur Laut dalam Negeri Pulau Pinang telah mengedar dadah berbahaya jenis Cannabis seberat 19656.3 gram, dengan itu, kamu telah melakukan suatu kesalahan di bawah seksyen 39B (1) (a)Akta Dadah Berbahaya 1952seksyen 39B (2)

[2]Atas sabitan tersebut, OKT telah dijatuhkan hukuman 30 tahun penjara bermula dari tarikh tangkap (14/2/2020). Selaras dengan peruntukan Seksyen 289 (c)Kanun Tatacara Jenayah (KTJ)seksyen 39B (2)DDA

[3]Susulan rayuan OKT kepada Mahkamah Rayuan terhadap sabitan dan juga hukuman tersebut, berikut adalah alasan penghakiman Mahkamah ini di dalam mensabitkan dan menjatuhkan hukuman yang sedemikian ke OKT.

B. PROSIDING DI MAHKAMAHKes Pendakwaan

[4]Melalui keterangan 3 orang saksi yang dipanggil, kes pendakwaan adalah diringkaskan seperti berikut:

4.1 Bertindak atas maklumat dari tangkapan lain di Kajang, Selangor, pada 14 Februari 2020 jam lebih kurang 7.10 pagi Inspektor Mohd Rashshidy Bin AB Rahman @ AB Rahim (SP1/pengadu) telah mengetuai sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik IPK Selangor membuat serbuan ke atas sebuah rumah di alamat SBLH 35 (U1), Jalan Ayer Itam, di dalam Daerah Timur Laut dalam Negeri Pulau Pinang. Setiba di alamat tersebut, SP1 mendapati rumah berkenaan dalam keadaan berkunci dari dalam^Selepas 30 saat SP1 mengetuk pintu hadapan rumah tersebut sambil memperkenalkan diri ‘polis’, pintu tersebut telah dibuka oleh OKT. Sekali lagi SP1 memperkenalkan diri dan pasukannya sebagai ‘polis’ kepada OKT. SP1 meminta butiran pengenalan diri OKT. OKT yang dalam keadaan terkejut telah memberikan butiran dirinya kepada SP1.

4.2 SP1 membuat pemeriksaan fizikal ke atas OKT namun tidak menjumpai apa-apa barang salah. Seterusnya, SP1 telah membacakan kata-kata amaran di bawah Seksyen 37B (1) (b)ADB 1952

4.3 Dengan disaksikan OKT, SP1 telah membuat pemeriksaan dengan membuka ruangan khas tersebut. Hasil pemeriksaan, SP1 mendapati di dalam ruangan khas itu terdapat 20 balutan plastik yang di dalamnya berisi ketulan mampat dedaun kering disyaki dadah jenis ganja. 4 daripada 20 balutan plastik tersebut bersalotape warna kuning.

4.4 SP1 juga membuat pemeriksaan di atas meja bersebelahan dengan katil tersebut dan menjumpai satu bil air atas nama OKT, 1 anak kunci, 1 telefon bimbit jenama I Phone 11 Pro dan 1 telefon bimbit jenama Nokia. Kesemua barang-barang kes telah dirampas oleh SP1 dan tangkapan dibuat terhadap OKT sebagaimana repot Dato’ Keramat 933/20 (P3). SP1 turut merampas 1 helai baju kemeja jenama Luigi Batani dan 1 seluar pendek paras lutut warna coklat yang berada di dalam almari di rumah tersebut.

4.5 Seterusnya OKT dan barang kes telah diserahkan oleh SP1 kepada Pegawai Penyiasat, Insp. Mohd Yusoff Bin Ramli (SP3).

4.6 SP3 kemudiannya telah membungkus barang kes yang disyaki dadah untuk dihantar ke Jabatan Kimia Malaysia Cawangan Negeri Pulau Pinang dengan meletakkan barang kes tersebut di dalam satu kotak barang kes yang SP3 tandakan dengan huruf “YR”. Kotak “YR” ini mengandungi:

i)empat (4) bungkusan plastik yang dilekat dengan pita pelekat/salotape kuning yang masing-masing mengandungi satu bongkah bahan tumbuhan kering mampat yang SP3 tandakan sebagai ‘YR1-YR4’.

ii)enam belas (16) bungkusan plastik yang masing-masing mengandungi satu bongkah bahan tumbuhan kering mampat yang SP3 tandakan sebagai ‘YR5-YR20’.

Kesemua barang kes di dalam kotak bertanda ‘YR’ ini telah diserahkan oleh SP3 kepada ahli kimia Puan Siti Aishah Binti Che Ani (SP2).

4.7 SP2 mengesahkan hasil analisisnya ke atas kesemua barang-barang kes tersebut mendapati barang kes tersebut adalah dadah jenis cannabis sepe

Click Here to Read the rest of this document
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
SupremeToday Portrait Ad
supreme today icon
whatsapp-icon Back to top