SupremeToday Landscape Ad
Back
Next
Judicial Analysis Court Copy Headnote Facts Arguments Court observation
Listen Article Pause Article
judgment-img

2026 MarsdenLR 2394




MAHKAMAH TINGGI (KUALA LUMPUR)
ROSLAN MAT NOR H
WRIT SAMAN NO WA-22NCvC-211-03 TAHUN 2025
6 March 2026



Cecilia Tan Shee Shia (Fatin Izyan bt Muhamad Fadzil bersamanya) (Soh Hayati & Co) bagi pihak plaintif.
Victor Pang Chee Siong (Jane Tang Han Thian bersamanya) (Justin Voon Chooi & Wing) bagi pihak defendan-defendan.

Advocates:
Cecilia Tan Shee Shia (Fatin Izyan bt Muhamad Fadzil bersamanya) (Soh Hayati & Co) bagi pihak plaintif.
Victor Pang Chee Siong (Jane Tang Han Thian bersamanya) (Justin Voon Chooi & Wing) bagi pihak defendan-defendan.

Roslan Mat Nor H:

ALASAN PENGHAKIMAN Latar belakang

[1]Bagi mendapatkan gambaran yang jelas berkenaan presiding pentaksiran ganti rugi ini adalah wajar diperturunkan susur galur perjalanan kes ini. Ia bagi mengelakkan kekeliruan yang mungkin akan timbul berkenaan bagaimana pentaksiran ganti rugi ini.

[2]Pada 23.06.2025, Mahkamah telah memerintahkan perintah ex-parte bertarikh 17.04.2025 diketepikan ganti rugi ditafsirkan oleh Mahkamah.

[3]Pada 21.07.2025, perintah Mahkamah membenarkan permohonan penarikan balik tindakan ini. Tindakan ini dibatalkan dengan kebebasan memfailkan semula.

[4]Pada 14.08.2025, satu Notis Temu Janji Pentaksiran Ganti Rugi telah difailkan catatan dimaklum semasa pendengaran kes di hadapan Timbalan Pendaftar telah dinyatakan bahawa Yang Arif Hakim telah memberi arahan-arahan pemfailan afidavit dan hujahan pada 12.07.2025.

[5]Oleh itu, pihak-pihak telah memfailkan afidavit masing-masing bagi tujuan pentaksiran ganti rugi ini.

[6]Pada awalnya tindakan Plaintif terhadap Defendan Pertama dan Kedua ialah bagi satu injuksi interim untuk tiada apa-apa pembayaran dibuat oleh satu syarikat iaitu PMX Malaysia Sdn Bhd Plaintif juga memohon antara lain ganti rugi punitif, ganti rugi teladan dari Defendan Pertama. Pada masa yang sama dipohon 80% saham dalam syarikat Defendan Kedua dipindah daripada nama Defendan Pertama ke Shine Technology Pte. Ltd. Defendan Kedua juga dihalang untuk menjalankan apa-apa kerja menurutsurat award bertarikh 18.12.2024. Plaintif juga memohon 80% saham dalam syarikat Defendan Kedua atas nama Defendan Pertama adalah tidak sah.

[7]Pada 17.04.2025 Mahkamah telah memberikan perintah injuksi secara ex-parte untuk menghalang Defendan Kedua menjalankan apa-apa kerja yang dianugerahkan kepada Defendan Kedua melibatkan pembinaan pusat data baharu seperti yang dinyatakan dalam perintah tersebut.

[8]Pada 23.04.2025, Mahkamah Tinggi Malaya di Kuala Lumpur telah menggantung perintah interim bertarikh 17.04.2025 sehingga pendengaran Kertas Mahkamah 20 iaitu permohonan Defendan-Defendan untuk mengenepikan perintah injuksi interim yang dibuat secara ex-parte pada 17.04.2025.

[9]Pada 08.05.2025 penggantungan perintah interim telah dilanjutkan oleh Mahkamah, pelupusan Lampiran 7 (injuksi interim) ialah pada 23.06.2025. Mahkamah Tinggi Malaya di Kuala Lumpur menolak permohonan injuksi interim di Kertas Mahkamah 7. Ia juga diikuti dengan perintah Mahkamah yang mengenepikan perintah ex-parte bertarikh 17.04.2025. Ganti rugi Defendan-Defendan ditakrifkan oleh Mahkamah kos RM20,000.00 telah diperintahkan untuk dibayar kepada Defendan-Defendan oleh Plaintif.

[10]Pada 03.06.2025 juga Mahkamah telah menolak Lampiran 56 iaitu permohonan Plaintif untuk memfailkan Afidavit Tambahan bagi menyokong Kertas Mahkamah 7 dan penggantungan keputusan Kertas Mahkamah 7 dan Kertas Mahkamah 20 serta pengemukaan perintah termeterai perintah Mahkamah Tinggi Singapura MO NC10A 232/2025.

[11]Pada 11.07.2025 Defendan-Defendan memohon taksiran ganti rugi berdasarkan perintah Mahkamah pada 23.06.2025. Pada 17.07.2025, Plaintif memohon menarik balik Writ Saman terpinda dengan kebebasan memfailkan semula. Plaintif juga memohon penggantungan pendengaran taksiran ganti rugi pada 21.07.2025. Mahkamah Tinggi Malaya di Kuala Lumpur telah membenarkan penarikan balik tindakan ini dan kebebasan untuk memfailkan semua.

[12]Defendan-Defendan telah mengemukakan rayuan ke Mahkamah Rayuan terhadap keputusan pada 21.07.2025 di atas.

[13]Pada 14.08.2025, notis temujanji pentaksiran ganti rugi difailkan melalui Kertas Mahkamah 107. Defendan Pertama telah memfailkan afidavit bagi tujuan taksiran ganti rugi itu. Plaintif juga turut memfailkan afidavit jawapan Plaintif telah memohon untuk menggunakan afidavit yang dikatakan cacat. Ia telah dibenarkan oleh Mahkamah pada 27.10.2025.

[14]Pelupusan taksiran ganti rugi telah diputuskan pada 29.01.2026.

AnalisaPerintah untuk taksiran ganti rugi

[15]Berdasarkan kepada catatan rentetan kes ini, adalah jelas bahawa tafsiran ganti

Click Here to Read the rest of this document
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
SupremeToday Portrait Ad
supreme today icon
whatsapp-icon Back to top