2026 MarsdenLR 112
MAHKAMAH TINGGI (KUALA LUMPUR)
ROSLAN MAT NOR H
GUAMAN NO WA-22NCVC-421-07 TAHUN 2025
15 January 2026
Victoria Loi Tien Fen (Kienan Yeo bersamanya) (Shook Lin & Bok) bagi pihak plaintif-plaintif.
Tasha Lim Yi Chien (Tze Thung Chin bersamanya) (Gan Partnership) bagi pihak defendan pertama.
RK Sharma (Diana Sharma bersamanya) (Rajesh, Chew & Ho) bagi pihak defendan kedua.
Victoria Loi Tien Fen (Kienan Yeo bersamanya) (Shook Lin & Bok) bagi pihak plaintif-plaintif.
Tasha Lim Yi Chien (Tze Thung Chin bersamanya) (Gan Partnership) bagi pihak defendan pertama.
RK Sharma (Diana Sharma bersamanya) (Rajesh, Chew & Ho) bagi pihak defendan kedua.
Roslan Mat Nor H:
ALASAN PENGHAKIMAN
(Lampiran 9)
[1]Plaintif-Plaintif melalui Kertas Mahkamah 9 telah memohon untuk meminda Writ Saman bertarikh 17.07.2025.
[2]Plaintif-Plaintif di dalam afidavit sokongan Izhar bin Ismail menyatakan permohonan ini dibuat bagi membolehkan Defendan Kedua dinamakan dengan mematuhi seksyen 9(c)Akta Pertubuhan 1966
[3]Plaintif-Plaintif juga menyatakan bahawa maklumat telah diperolehi dari Pendaftar Pertubuhan berkenaan kedudukan Defendan Kedua. Oleh itu, permohonan ini diperlukan bagi menunjukkan kedudukan Defendan Kedua.
[4]Sementara itu Defendan Kedua melalui afidavit yang dideposkan oleh Dr. Haji Ann Wan Seng mengatakan bahawa ketidakpatuhan seksyen 9(c)Akta Pertubuhan 1966bona fide dan memprejudiskan Defendan Kedua.
Analisa
[5]Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 (KKM 2012) memperuntukkan bahawa pihak-pihak boleh mengemukakan permohonan untuk pindaan di bawah Aturan 20KKM 2012
[6]Pada masa yang sama pindaan boleh dibuat bagi membolehkan kertas-kertas kausa dijadikan teratur mengikut undang-undang. Ini bagi mengelakkan sebarang keputusan atau perintah yang diberikan tidak akan menjadi tidak sah disebabkan ketidakpatuhan tersebut.
[7]Namun begitu tindakan pindaan kepada Writ dan pliding pada hemat Mahkamah bukannya jalan keluar kepada kelalaian serta kurang ketelitian di dalam penyediaan penyata tuntutan dan penyata pembelaan. Oleh itu, Mahkamah Persekutuan dalam kes Yamaha Motor Co Ltd v Yamaha Malaysia Sdn Bhd & Ors
[8]Mahkamah ini berpendapat setelah Mahkamah menolak permohonan pembatalan tindakan yang difailkan oleh Defendan di Kertas Mahkamah 6, Mahkamah bagi membolehkan tindakan ini teratur dan mematuhi seksyen 9(c)Akta Pertubuhan 1966
[9]Penelitian kepada pindaan yang dipohon untuk memasukkan Haji Ann Wan Seng (didakwa sebagai Setiausaha, Setiausaha Agung dan/atau Pemegang Jawatan Jam’iyah Dakwatil Islamiyah Selangor dan Wilayah Persekutuan (Persekutuan Seruan Islam Selangor dan Wilayah Persekutuan) No. Pendaftaran: PPM-004-14-12061950). Pada hemat Mahkamah, ia dilakukan secara bona fide bagi mematuhi seksyen 9(c)Akta Pertubuhan 1966Shahidan Shafie v Atlan Holdings Bhd & Anor & Other Appeals
[10]Oleh itu, permohonan ini dibenarkan dibenarkan dengan kos.