SupremeToday Landscape Ad
Back
Next
Judicial Analysis Court Copy Headnote Facts Arguments Court observation
Listen Article Pause Article
judgment-img

2026 MarsdenLR 175

MAHKAMAH TINGGI MALAYA SEREMBAN
USHA RANI MAHALINGAM & YANG LAIN LWN. KETUA PENGARAH PENDAFTARAN NEGARA MALAYSIA & YANG LAIN
[Saman Pemula No: NA-24NCvC-612-11/2024]



Petitioner Advocates:Ganesalingam Vijayaratnam,Joseph Yong Szee Szen ,Respondent Advocate: Amalina Zainal Mokhtar

PENGHAKIMAN

Wan Fadhilah Nor Wan Idris H:

Pengenalan

[1] Ini adalah permohonan Saman Pemula yangg difailkan oleh Plaintif-Plaintif yangg antara lainnya memohon suatu deklarasi bahawa mereka adalah warganegara Malaysia menurut peruntukan undang-undang menurut Perkara 14(1)(b) Perlembagaan Persekutuan dibaca bersama Bahagian II, Jadual Kedua Perlembagaan Persekutuan.

[2] Setelah Mahkamah ini meneliti keseluruhan dokumen, afidavit, eksibit serta hujahan kedua-dua pihak-pihak, Mahkamah mendapati bahawa Plaintif-Plaintif telah gagal membuktikan tuntutan mereka pada tahap imbangan kebarangkalian dan seterusnya telah menolak permohonan plaintif-plaintif.

Latar Belakang Kes

Kes Plaintif-Plaintif

[3] Plaintif pertama (P1) adalah ibu kepada Plaintif kedua - kelima (P2-P5), manakala, Plaintif kedua (P2) adalah ibu kepada Plaintif keenam hingga kelapan (P6 - P8). Untuk P2 - P5, mereka telah dilahirkan di Malaysia oleh ibu yangg tidak bernegara (stateless person), manakala bapa mereka iaitu Selvarajan a/l Nadason (KP - 700729-02-5171) adalah merupakan warganegara Malaysia.

[4] Isu yangg timbul adalah apabila kedua-dua ibu dan bapa P2 - P5 tidak mendaftarkan perkahwinan mereka dan hanya mengikat pertalian mereka sebagai suami isteri melalui upacara adat perkahwinan Hindu pada 4 November 1996. Akibatnya, keempat-empat anak perkahwinan ini hanya diberikan dengan Sijil Kelahiran Bukan Warganegara oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). Mendiang bapa mereka telah melakukan pelbagai usaha untuk memohon taraf kewarganegaraan kepada P2 - P5 tetapi menemui kegagalan. P2 pernah diberikan dengan taraf kewarganegaraan tetapi kemudiannya ditarik balik oleh JPN.

[5] P1 - P5 sendiri melakukan pelbagai usaha untuk mendapatkan taraf kewarganegaraan termasuk membuat permohonan kewarganegaraan melalui Kempen Mega Mydaftar pada tahun 2017, tetapi mereka tidak menerima sebarang jawapan atau balasan daripada pihak JPN.

[6] P6 - P8 adalah anak kepada P2. P2 telah mendirikan rumah tangga dengan seorang warganegara Malaysia Bernama Raguvaran a/l Gangaya (No. KP: 980703-14-5895). Bagaimanapun, perkahwinan mereka tidak dapat didaftarkan atas alasan P2 tidak memiliki taraf kewarganegaraan dan merupakan stateless person. Atas alasan tersebut juga, P6 - P8 gagal untuk mendapat taraf kewarganegaraan.

[7] Untuk menyokong permohonan mereka, Plaintif-Plaintif menyatakan bahawa ibu kepada P1 adalah merupakan permanent resident, (rujuk eksibit P-12 afidavit sokongan lam p 2), manakala kakak kepada P1 iaitu Mageswari a/p Mahalingam adalah merupakan warganegara Malaysia, (rujuk P-13 afidavit sokongan lamp 2).

[8] Untuk mengukuhkan tuntutan mereka, Plaintif-Plaintif juga telah mengemukakan keputusan DNA kepunyaan anak kepada Mageswari bernama Nathan a/l Faramasiban yangg juga didakwa merupakan anak saudara lelaki kepada P1. Keputusan DNA tersebut dilampirkan di eksibit P-14 afidavit sokongan lamp 2. Berdasarkan Laporan DNA berkenaan, terdapat kebarangkalian yangg tinggi iaitu 97.1% bahawa P1 adalah saudara biologi (biological relative) kepada Nathan.

[9] Berdasarkan perkara-perkara di atas, Plaintif-Plaintif mengemukakan permohonan ini berdasarkan prinsip jus sanguinis (right of blood) dan juga jus soli (right of soil). Keterangan-keterangan yangg dikemukakan menunjukkan bahawa Plaintif-Plaintif dilahirkan di negara ini dan adalah merupakan warganegara menurut kuat kuasa undang-undang (by operation of law).

Kes Defendan-Defendan

[10] P1 gagal mengemukakan keterangan yangg menunjukkan bahawa dia memenuhi kelayakan untuk mendapatkan kewarganegaraan melalui kuat kuasa undang-undang berdasarkan Perkara 14(1)(b) Perlembagaan Persekutuan dibaca bersama s 1(a) Bahagian II, Jadual Kedua Perlembagaan Persekutuan. Berdasarkan peruntukan tersebut, kelayakan untuk mendapatkan kewarganegaraan melalui kuat kuasa undang-undang adalah berdasarkan perkara-perkara di bawah:

a) Tiap-tiap orang yangg lahir pada atau selepas Hari Malaysia;

b) Tiap-tiap orang yangg lahir di Persekutuan;

c) Pada masa kelahiran, sekuran


Click Here to Read the rest of this document
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
SupremeToday Portrait Ad
supreme today icon
whatsapp-icon Back to top