SupremeToday Landscape Ad
Back
Next
Judicial Analysis Court Copy Headnote Facts Arguments Court observation
Listen Article Pause Article
judgment-img

2026 MarsdenLR 609

MAHKAMAH TINGGI MALAYA KUALA LUMPUR
ROSLAN MAT NOR, J
PERBADANAN PENGURUSAN SHAFTSBURY PUTRAJAYA – Appellant
Versus
MOHD IZANI GHANI & YANG LAIN – Respondent
[Guaman Sivil No: WA-22NCvC-425-07/2025]



Petitioner Advocates:Lai Chee Hoe,Deyvinah Ganesalingam,Jonathan Tan Qi Boon,Yee Joe En ,Respondent Advocate: Muhamad Hafizan Shafuan Kamarulzaman

An application to strike out a claim based on res judicata will be dismissed if the identity of issues and subject matter between prior proceedings and the current claim remains unclear and requires evidentiary exploration during a trial rather than summary disposition.

Headnote:(A) Rules of Court 2012 - Order 18 Rule 19 - Application to strike out - Principles for striking out under O 18 r 19 are well established, requiring a high threshold of clarity and obviousness. (Para 8)

(B) Strata Management Act 2013 - Section 102 - Section 105 - Jurisdiction of the Tribunal for Homebuyer Claims and Strata Management - Determination of disputes regarding maintenance charges. (Paras 25-27)

(C) Civil Procedure - Doctrine of Res Judicata - Principles encompassing cause of action estoppel and issue estoppel - Necessity of finality in litigation - Requirements for application include judicial decision, finality on merits, and identity of parties and subject matter. (Paras 10-22)

Facts of the case:
The defendants applied to strike out the plaintiff's claim, contending that the issues were already adjudicated by a specialized tribunal, thus attracting the doctrines of res judicata and estoppel. The defendants argued that the plaintiff's previous claims regarding service charges and management fees before the tribunal had been rejected, and therefore, the current court action was an abuse of process and outside the court's jurisdiction.

Findings of Court:
The court determined that the application to strike out failed because the evidence presented did not clearly establish that the subject matter and the issues in the current litigation were identical to those decided by the tribunal. The court emphasized that the determination of whether res judicata or estoppel applies requires trial evidence rather than summary determination in strike-out proceedings.

Issues: Whether the plaintiff's claim is barred by the doctrine of res judicata or estoppel due to prior tribunal awards and whether the claim is clearly unsustainable such that it warrants summary dismissal under Order 18 Rule 19.

Ratio Decidendi: A claim should not be struck out under the court's discretionary power unless it is plain and obvious that it is unsustainable. Where complex issues of fact regarding the application of res judicata, identity of parties, and subject matter exist, these must be resolved through a full trial rather than an interlocutory application. The court must ensure justice is served, and preventing a party from litigating due to res judicata requires meeting the strict burden of proof laid out in established legal authorities.

Result: Application to strike out the plaintiff's claim dismissed with costs.

Table of Content
1. summary of parties' dispute and prior tribunal proceedings. (Para 1 , 2 , 3 , 4 , 5 , 6 , 7)
2. principles of res judicata and its applicability in litigation. (Para 8 , 9 , 10 , 11 , 12 , 13 , 14 , 15 , 16 , 17 , 18 , 19 , 20 , 21 , 22)
3. court's discretion to dismiss based on res judicata. (Para 23 , 24 , 25 , 26 , 27 , 28 , 29)

PENGHAKIMAN

Roslan Mat Nor H:

(Kandungan 11)

[1] Ini adalah permohonan Defendan Pertama, Kedua, Ketiga, Keempat dan Kelima untuk membatalkan tuntutan plaintif. Ia dikemukakan melalui Kertas Mahkamah 11.

[2] Asas kepada permohonan ini adalah tindakan Plaintif terhadap Defendan Kedua dan Keenam telah terhalang oleh doktrin undang-undang res judicata dan juga doktrin estoppel, ia adalah disebabkan telah terdapat satu award dari Tribunal Perumahan dan Pengurusan Strata, ia juga disebabkan Plaintif telah gagal mendapatkan remedi daripada Defendan-Defendan di bawah s 33 Akta Pengurusan Strata 2013 (APS 2013). Ia adalah di luar bidang kuasa Mahkamah.

[3] Defendan-Defendan juga menyatakan tuntutan Plaintif terhadap Defendan-Defendan adalah tidak sah. Ini adalah disebabkan kadar caj-caj tersebut ditetapkan di dalam Mesyuarat Agung Pertama Perbadanan Pengurusan. Ia tidak terakru dan tidak mempunyai kuatkuasa ke belakang.

[4] Permohonan Defendan-Defendan disokong oleh afidavit sokongan yang dideposkan oleh Defendan Keenam di Kertas Mahkamah 18.

[5] Penelitian kepada afidavit-afidavit yang difailkan di dalam kes ini adalah didapati Defendan-Defendan adalah pemilik petak-petak di kawasan pembangunan yang dikenali sebagai Shaftsbury Putrajaya. Plaintif adalah merupakan pihak yang bertanggungjawab untuk menyelenggarakan kawasan pembangunan tersebut.

[6] Mahkamah ini telah dikemukakan tindakan di Tribunal Perumahan dan Pengurusan Strata oleh Plaintif terhadap Defendan Kedua di mana tuntutan Plaintif ditolak dengan kos RM250.00 di ekshibit K1-1 halaman 69. Tuntutan Plaintif terhadap Defendan Ketiga juga ditolak (lihat halaman 82) ekshibit K1-1. Sementara tuntutan Plaintif terhadap Defendan Keempat juga ditolak (lihat halaman 99) ekshibit yang sama.

[7] Sementara itu bagi Defendan Keenam telah ditolak tindakan Plaintif atas alasan pihak yang menuntut tidak boleh mengenakan caj.

Analisa

[8] Adalah menjadi prinsip undang-undang yang jelas Mahkamah boleh membatalkan suatu tindakan di bawah A 18 k 19 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 (KKM 2012). Ujian bagi menggunakan budi bicara untuk pembatalan telah dinyatakan oleh Mahkamah Agung dalam kes Bandar Builder Sdn Bhd & Ors v. United Malayan Banking Corporation Bhd [1993] 1 MLRA 611; [1993] 3 MLJ 36; [1993] 4 CLJ 7; [1993] 2 AMR 1969. Ia tidak perlu dipanjangkan lagi perbincangan di sini disebabkan ia telah menjadi sebahagian daripada undang-undang yang mantap.

[9] Defendan-Defendan juga menyatakan bahawa Plaintif tidak mempunyai asas untuk meneruskan tindakan ini disebabkan terhalang ekoran daripada doktrin res judicata. Ia disebabkan telah terdapat keputusan tribunal perumahan dan pengurusan strata terhadap Plaintif berdasarkan tindakan Defendan-Defendan. Adakah disebabkan terdapatnya award yang diberikan oleh tribunal tersebut maka doktrin res judicata terpakai dalam kes ini? Ia membawa maksud bolehkah ia menjadi asas kepada permohonan Defendan-Defendan untuk membatalkan tindakan ini.

[10] Bagi menjawab persoalan tersebut wajar sekiranya Mahkamah merujuk kepada doktrin res judicata itu sendiri bagi memahami pemakaiannya di dalam kes ini. Penelitian kepada sejarah res judicata adalah didapati ia berasal dari Undang-undang Roman (Roman Law), ia telah diterima sebagai sebahagian undang-undang lazim di Inggeris. Ini dapat dilihat dalam kes yang dianggap sebagai terawal dalam pemakaian maksim res judicata iaitu Duchess of Kingston's Case [1775-1802] All ER Rep 623, 1 Leach 146 di mana De Grey CJ menyatakan seperti berikut:

"What has been said at the Bar is certainly true as a general principle, that a transaction between two parties, in judicial proceedings, ought not to be bindi


Click Here to Read the rest of this document
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
SupremeToday Portrait Ad
supreme today icon
whatsapp-icon Back to top