2026 MarsdenLR 797
MAHKAMAH TINGGI MALAYA TEMERLOH
ROSLAN MAT NOR, J
PENDAKWA RAYA – Appellant
Versus
ZAINAL ABIDIN ALIAS & SATU LAGI – Respondent
[Perbicaraan Jenayah No: CB-45A-25-12/2022 CB-45-23-12/2022 & CB-45-22-12/2022]
PENGHAKIMAN
Pendahuluan
[1] Orang Kena Tuduh Pertama (OKT1) dan Orang Kena Tuduh Kedua (OKT2) dikemukakan dengan pertuduhan-pertuduhan seperti yang berikut:
(a) Kes No. CB-45A-25-12/2022
"Bahawa kamu bersama-sama pada 21 Mei 2022 jam lebih kurang 6.10 Petang, bertempat di Lot 5718, Jalan Sum Sum Hilir, Kampung Sum Sum Hilir, Janda Baik, Bukit Tinggi, 28750 di dalam Daerah Bentong, dalam Negeri Pahang, telah didapati mengedar dadah berbahaya jenis Cannabis seberat 989.6 gram, oleh yang demikian kamu telah melakukan suatu kesalahan di bawah s 39B(1)(a) Akta Dadah berbahaya 1952 yang boleh di hukum di bawah s 39B(2) Akta yang sama dan dibaca bersama s 34 Kanun Keseksaan."
(b) Kes No. CB-45-23-12/2022
"Bahawa kamu bersama-sama, pada 21 Mei 2022 jam lebih kurang 6.10 petang, bertempat di Lot 5718, Jalan Sum Sum Hilir, Kampung Sum Sum Hilir, Janda Baik, Bukit Tinggi, 28750 di dalam Daerah Bentong, dalam Negeri Pahang, dalam mencapai niat bersama, telah didapati dalam milikan kamu Delta-9-Tetrahydrocannabinol seberat 58 mililiter, dan dengan itu kamu telah melakukan suatu kesalahan di bawah s 9(1)(b) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah s 9(2) Akta yang sama dan dibaca bersama s 34 Kanun Keseksaan."
(c) Kes No. CB-45-22-12/2022
"Bahawa kamu bersama-sama, pada 21 Mei 2022 jam lebih kurang 6.10 petang bertempat di Lot 5718, Jalan Sum Sum Hilir, Kampung Sum Sum Hilir, Janda Baik, Bukit Tinggi, 28750 di dalam Daerah Bentong, dalam Negeri Pahang, dalam mencapai niat bersama, kamu telah didapati memiliki dan menanam tumbuhan jenis Cannabis sejumlah 102 batang pokok Cannabis, dan dengan itu kamu telah melakukan suatu kesalahan di bawah s 6B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum di bawah s 6B(3) Akta yang sama dan dibaca bersama s 34 Kanun Keseksaan."
OKT1 Dan OKT2 Mempunyai Pertalian Darah Iaitu OKT1 Adalah Bapa Kepada OKT2.
[2] Berdasarkan kepada pertuduhan-pertuduhan tersebut dapat difahami bahawa pertuduhan-pertuduhan meliputi kesalahan menanam 102 batang pokok ganja di bawah s 6B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952, kesalahan pengedaran dadah jenis cannabis berat 989.6 gram di bawah s 39B ADB 1952 dan memiliki Delta-9-Tetrahydrocannabinol seberat 58 mililiter.
[3] Mahkamah ini wajar mempertimbangkan keterangan-keterangan yang dikemukakan bagi memutuskan sama ada di akhir kes pendakwaan, Pendakwa Raya telah menunjukkan satu kes prima facie. Mahkamah ini akan meneliti keterangan-keterangan tersebut berpandukan kepada pertuduhan-pertuduhan itu satu persatu bagi mengelakkan kekeliruan.
[4] Pendakwa Raya adalah bertanggungjawab untuk menunjukkan terdapat kes prima facie di akhir kes pendakwaan bagi ketiga-tiga pertuduhan terhadap OKT1 dan OKT2. Ini dinyatakan dalam kes Abdullah Atan v. PP & Other Appeals; [2020] 6 MLJ 727; [2020] 9 CLJ 151 seperti yang berikut:
"[42] The purpose of s 180(4) CPC was thus not to exclude the use of presumptions, inferences, or anything other than direct evidence, to establish a prima facie case. On the contrary:
(i) the Privy Council in Haw Tua Tau itself expressly envisaged that inferences may be drawn from the primary facts adduced, and the court must presume such inferences to be true at the close of the prosecution's case; and
(ii) statutory presumptions have often been invoked by the prosecution in order to establish a prima facie case of drug trafficking in previous cases. No concern was raised in Parliament as to the use of presumptions when considering amendments to s 180 of the CPC (see Mohamad Radhi Yaakob v. PP; [1991] 3 MLJ 169; [1991] 1 CLJ (Rep) 311; and Tan Boon Kean v. PP; [1995] 3 MLJ 514; [1995] 4 CLJ 456; [1995] 3 AMR 3007).
[43] Section 180(4) of the CPC must be read in light of its context and legislative purpose. By so doing, the phrase "credible evidence proving each ingredient of the offence" in s 180(4) means that the prosecution may prove each ingredient of the offence either:
(i) by adducing credible direct evidence of that ingredient;
(ii) by drawing inference