SupremeToday Landscape Ad
Back
Next
Judicial Analysis Court Copy Headnote Facts Arguments Court observation
Listen Article Pause Article
judgment-img

2026 MarsdenLR 2263

MAHKAMAH TINGGI MALAYA KUALA LUMPUR
ROSLAN MAT NOR, J
SOON POH LEAN & SATU LAGI LWN. SHERMAN LAU MUN TAT & YANG LAIN
[Saman Pemula No: WA-24NCvC-1091-03/2023]



Petitioner Advocates:Martin Khoo ,Respondent Advocate: Arthur Wang Ming Way,Vicky Ong Xiao Qiu

PENGHAKIMAN

Roslan Mat Nor H:

[1] Ini adalah permohonan Plaintif-Plaintif supaya Defendan Pertama sebagai wasi dan pemegang Amanah Harta Pusaka Mabel Lau Kit Cheng dikehendaki mendedahkan kepada Plaintif-Plaintif semua akaun-akaun bank mendiang Mabel di Malaysia dan di luar negara. Plaintif-Plaintif juga memohon sama hak atau ekuiti mendiang Mabel yang mewarisi harta pusaka bapanya iaitu mendiang Lau Peng Kheng dizahirkan.

[2] Plaintif-Plaintif juga memohon agar Defendan Pertama sebagai anak kepada mendiang Lau Peng Kheng mendedahkan apa-apa surat pentadbiran, probet atau sijil faraid berkenaan harta si mati mendiang Lau Peng Kheng. la adalah berkaitan dengan harta pusaka mendiang Lau Peng Kheng di Malaysia.

Latar Belakanq Pihak-Pihak

[3] Plaintif Pertama adalah suami kepada mendiang Mabel. Mereka berkahwin pada 28 Jun 2003. Plaintif Kedua adalah anak kepada Plaintif Pertama dan mendiang Mabel. Dia dilahirkan pada 28 Jun 2010.

[4] Defendan Pertama adalah wasi dan pemegang amanah estet mendiang Mabel Lau Kit Cheng iaitu kakak Defendan Pertama.

[5] Defendan Kedua adalah ibu kepada mendiang Mabel Lau Kit Seng iaitu isteri kepada mendiang Lau Peng Kheng yang telah meninggal dunia pada 23 Disember 2019.

[6] Defendan Ketiga adalah seorang peguam. Defendan Keempat adalah firma guaman di mana Defendan Ketiga beramal. Defendan Ketiga telah menyediakan wasiat si mati Mabel Lau Kit Cheng bertarikh 26 Ogos 2013. Defendan Ketiga juga menyediakan geran probet bagi pihak Plaintif Pertama selepas kematian si mati. Geran probet dikeluarkan pada 21 Julai 2020.

[7] Defendan Kelima adalah sebuah firma guaman. Defendan Kelima telah disaman kerana terlibat dalam penyediaan perjanjian yang melibatkan harta pusaka yang menjadi pertikaian dalam kes ini.

[8] Defendan Kelima telah mengemukakan permohonan pembatalan tindakan ini pada 25 April 2023, Defendan Ketiga dan Keempat telah membuat permohonan yang sama pada 9 Mei 2023. Defendan Pertama membuat permohonan supaya peguam tidak mewakili Plaintif-Plaintif. Permohonan ini telah dibuat pada 30 Ogos 2023.

[9] Permohonan untuk mengecualikan peguam mewakili Plaintif telah ditolak pada 25 Oktober 2024. Rayuan telah difailkan di Mahkamah Rayuan pada 18 November 2024. Pada 15 April 2025, Mahkamah Tinggi Malaya Kuala Lumpur telah memerintahkan penggantungan prosiding sehingga pelupusan rayuan oleh Mahkamah Rayuan. Kes ini ditetapkan untuk pendengaran pada 19 Januari 2026. la kemudiannya diputuskan pada 25 Februari 2026.

Keterangan-Keteranqan Melalui Afidavit

[10] Penelitian kepada afidavit-afidavit yang difailkan oleh pihak-pihak menunjukkan fakta-fakta berikut:

(a) Mendiang Mabel telah meninggal dunia pada 27 Februari 2020. Mabel telah menyediakan wasiat bertarikh 28 Ogos 2013 (lihat ekshibit SLM7-2 afidavit jawapan Defendan Pertama);

(b) Lau Peng Kheng telah meninggal dunia pada 23 Disember 2019. Defendan Kedua telah dilantik sebagai wasi tunggal kepada estet mendiang;

(c) Defendan Pertama adalah merupakan wasi dan pemegang amanah kepada estet mendiang Mabel; dan

(d) Plaintif Pertama adalah suami kepada mendiang Mabel sementara Plaintif Kedua adalah anak mendiang Mabel yang masih kanak-kanak.

[11] Asas kepada permohonan ini menurut Plaintif Pertama ialah Defendan Pertama mempunyai tanggungjawab fidusiari untuk memberikan segala maklumat berkenaan segala harta dan akaun yang melibatkan harta pusaka mendiang Mabel. Ini adalah disebabkan tiada sebarang pendedahan berkenaan diberikan oleh Defendan Pertama kepada Plaintif Pertama dan Plaintif Kedua. Plaintif Pertama percaya mendiang Mabel mempunyai syer-syer di dalam syarikat awam yang gagal didedahkan oleh Defendan Pertama.

[12] Plaintif Pertama juga menyatakan mendiang Mabel yang merupakan anak kepada mendiang Lau Peng Kheng dipercayai mempunyai aset-aset yang diwarisi yang gagal didedahkan oleh Defendan Pertama. Plaintif Pertama juga menyatakan Defendan Pertama gagal mendedahkan transaksi yang melibatkan harta pusaka tersebut.

[13] Sementara itu terhadap Defendan Ketiga, Keempat

Click Here to Read the rest of this document
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
SupremeToday Portrait Ad
supreme today icon
whatsapp-icon Back to top