SupremeToday Landscape Ad
Back
Next
Judicial Analysis Court Copy Headnote Facts Arguments Court observation
Listen Article Pause Article
judgment-img

2026 MarsdenLR 828

MAHKAMAH TINGGI MALAYA SEREMBAN
MOHAMAD HALDAR ABDUL AZIZ, J
GAY JIUNN JIEH & YANG LAIN – Appellant
Versus
TANG WOOI CHON & SATU LAGI – Respondent
[Guaman Sivil No: NA-22NCvC-53-10/2022]



PENGHAKIMAN

Mohamad Haldar Abdul Aziz H:

Pendahuluan

[1] Di dalam kes ini melalui Writ dan Pernyataan Tuntutan, plaintif-plaintif menuntut terhadap defendan-defendan untuk perintah-perintah seperti yang berikut:

(a) Satu deklarasi bahawa tudung entiti korporat Barter Fortune Sdn Bhd disingkap dan defendan-defendan adalah bertanggungjawab secara keseluruhan terhadap perjanjian-perjanjian yang telah dimasuki antara plaintif-plaintif dengan Barter Fortune Sdn Bhd.

(b) Defendan-Defendan, secara bersama dan berasingan membayar kepada plaintif-plaintif ganti rugi jumlah tertentu sebanyak:

(c) Defendan-Defendan, secara bersama dan berasingan, membayar ganti rugi bagi yuran guaman Tetuan Gow, Victor & Co bagi mendapatkan MPS untuk mengeluarkan Perakuan Kelayakan Menduduki sebanyak:

(d) Jumlah ganti rugi am ditaksir oleh Mahkamah Yang Mulia ini dan dibayar oleh defendan kepada plaintif;

(e) Jumlah Ganti rugi teladan ditaksirkan oleh Mahkamah Yang Mulia ini dan dibayar oleh defendan kepada plaintif;

(f) Ganti rugi teruk;

(g) Faedah pada kadar 5% setahun ke atas jumlah Penghakiman dari tarikh pemfailan Writ Saman hingga tarikh penyelesaian penuh,

(h) Kos, dan

(i) Lain-lain perintah atau arahan-arahan lanjut sepertimana yang difikirkan patut dan suai manfaat oleh Mahkamah Yang Mulia ini.

[2] Melalui Pernyataan Pembelaan, defendan-defendan memplidkan bahawa defendan-defendan adalah merupakan pengarah-pengarah dan pemegang-pemegang saham kepada syarikat Barter Fortune Sdn Bhd mulai 16 May 1994 sehingga Disember 2015. Oleh itu, Defendan-Defendan memplidkan bahawa pada masa kini, mereka adalah cuma bekas pengarah dan pemegang saham dalam Barter Fortune Sdn Bhd tersebut.

[3] Seterusnya, Defendan-Defendan memplidkan bahawa Barter Fortune Sdn Bhd tersebut, pada setiap masa yang material adalah merupakan suatu entiti undang-undang yang berbeza dan Defendan-Defendan menafikan bahawa mereka adalah merupakan alter ego kepada Barter Fortune Sdn Bhd tersebut.

[4] Selain itu, Defendan-Defendan juga memplidkan bahawa apa-apa tanggungjawab kontrak yang dimaterai oleh Barter Fortune Sdn Bhd tersebut pada masa yang material adalah merupakan tanggungjawab Barter Fortune Sdn Bhd itu sendiri dan tidak sama sekali mengikat defendan-defendan sebagai pengarah dan bekas pemegang saham Barter Fortune tersebut.

[5] Selanjutnya, Defendan-Defendan telah memplidkan bahawa tuntutan-tuntutan plaintif-plaintif ini adalah berniat jahat, tidak berasas, remeh, mengaibkan, menyusahkan serta ianya adalah merupakan satu penyalahgunaan terhadap proses mahkamah.

[6] Oleh itu, Defendan-Defendan menuntut relif-relif yang berikut dari plaintif-plaintif secara bersama-sama dan / atau berasingan:

(a) Ganti rugi am untuk ditaksirkan oleh mahkamah;

(b) Ganti rugi teladan sebanyak RM2,034,735.16;

(c) Ganti rugi teruk sebanyak RM2,034,735.16;

(d) Faedah pada kadar 5% setiap tahun ke atas jumlah Penghakiman dari tarikh Penghakiman hingga tarikh penyelesaian penuh;

(e) Kos; dan

(f) Lain-lain perintah yang dianggap suai manfaat oleh Mahkamah Yang Mulia.

[7] Setelah mendengar keterangan-keterangan daripada saksi-saksi daripada kedua belah pihak plaintif dan defendan-defendan, maka pada 23 December 2025, mahkamah mendapati bahawa plaintif-plaintif telah berjaya membuktikan tuntutannya terhadap defendan-defendan. Manakala, defendan-defendan telah gagal untuk membuktikan tuntutan balasnya terhadap plaintif-plaintif. Oleh yang demikian, Mahkamah memutuskan untuk membenarkan tuntutan plaintif-plaintif terhadap defendan-defendan dengan kos dan menolak tuntutan balas defendan-defendan ke atas pihak plaintif-plaintif dengan kos.

[8] Selanjutnya, Mahkamah menetapkan kos keseluruhan tindakan ini sebanyak RM50,000.00 dan mesti dibayar oleh defendan-defendan kepada plaintif-plaintif tertakluk kepada fi alokatur.

[9] Defendan-Defendan merasa tidak berpuashati terhadap keputusan mahkamah ini yang bertarikh 23 December 2025 tersebut di atas dan telah memfailkan Notis Rayuan bertarikh 22 January 2026 untuk merayu kepada Mahkamah Ray

Click Here to Read the rest of this document
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
SupremeToday Portrait Ad
supreme today icon
whatsapp-icon Back to top