2026 MarsdenLR 1394
MAHKAMAH TINGGI MALAYA TEMERLOH
ROSLAN MAT NOR, J
PENDAKWA RAYA – Appellant
Versus
MOHD SHUHAIRI SALLEH – Respondent
[Perbicaraan Jenayah No: CB-45A-3-01/2022]
PENGHAKIMAN
Pendahuluan
[1] Orang Kena Tuduh (OKT) dalam kes ini telah dipertuduhkan dengan pertuduhan seperti yang berikut:
"BAHAWA KAMU PADA 6 FEBRUARI 2021, JAM LEBIH KURANG 04.45 PETANG, BERTEMPAT DI SEKATAN JALAN RAYA KM 7 JALAN LIPIS-BENTA, 27200 KUALA LIPIS, DI DALAM DAERAH KUALA LIPIS, DI NEGERI PAHANG DARUL MAKMUR, KAMU TELAH DI DAPATI MENGEDAR DADAH BERBAHAYA BERAT BERSIH 23,516.2 GRAM METHAMPHETAMINE DAN DENGAN ITU KAMU TELAH MELAKUKAN SUATU KESALAHAN DI BAWAH s 39B(1)(a) AKTA DADAH BERBAHAYA 1952 DAN BOLEH DIHUKUM DI BAWAH s 39B(2) AKTA YANG SAMA."
[2] Pendakwa Raya telah mengemukakan 8 orang saksi sebelum menutup kes pendakwaan. Ia adalah terdiri daripada pegawai serbuan, ahli kimia, dan anggota polis yang berkaitan iaitu jurugambar dan jurustor.
[3] Saksi pendakwaan ketujuh iaitu pegawai serbuan (SP7) menyatakan dalam keterangannya bahawa 6 Februari 2021 ketika berada di pejabatnya di Bukit Aman telah menerima maklumat bahawa seorang lelaki Melayu menaiki kereta Perodua Bezza berwarna merah nombor pendaftaran VDF 541 akan bergerak ke Kuala Lumpur untuk menghantar dadah. SP7 menyatakan bahawa suspek akan melalui Kuala Lipis antara jam 4.00 petang hingga 5.00 petang. Setelah menerima maklumat tersebut SP7 telah mengarahkan supaya anggota pasukan polis bergerak ke Sekatan Jalan Raya (SJR) di KM 7 Jalan Lipis-Benta, Kuala Lipis, Pahang.
[4] Pada 6 Februari 2021 jam lebih kurang 4.35 petang SP7 telah menerima maklumat daripada anggota polis yang bertugas bahawa kereta Perodua Bezza berwarna merah nombor pendaftaran VDF 541 telah melalui kawasan pasukan serbuan ketiga yang berada 1 km daripada sekatan jalan raya. SP7 telah menjalankan serbuan ke atas kenderaan tersebut di sekatan jalan raya tersebut dan telah menjumpai dadah-dadah yang terdapat di dalam beberapa beg iaitu beg berwarna coklat corak bunga-bunga, beg berwarna hijau bertulisan Siam, beg berwarna hitam bertulis Vans, dan beg berwarna hitam. Setelah pemeriksaan dijalankan terhadap beg-beg tersebut telah dikatakan mengandungi dadah-dadah yang disahkan oleh ahli kimia (SP2) sebagai dadah-dadah berbahaya. Dadah-dadah tersebut telah terdapat di dalam bungkusan yang bertulis Guanyinwang. Berat keseluruhan dadah-dadah tersebut adalah 23,516.2 gram methamphetamine seperti yang disahkan dalam laporan kimia (P16).
[5] Mahkamah juga mendapati bahawa kenderaan tersebut telah dicamkan seperti yang terdapat pada gambar P19. Dadah-dadah tersebut juga telah dikemukakan di mahkamah dan dicamkan oleh pegawai serbuan dan pegawai penyiasat. Ia dapat dilihat dalam eksibit P14 gambar (3 hingga 43).
[6] Keterangan juga menunjukkan bahawa terdapat saksi awam yang mengesahkan bahawa kenderaan VDF 541 tersebut telah disewa oleh OKT daripada sebuah syarikat FBI Car Rental yang disahkan oleh SP3. Keterangan juga menunjukkan bahawa semasa kenderaan tersebut ditahan hanya OKT sahaja yang berada dalam kenderaan tersebut.
[7] Adalah menjadi undang-undang yang mantap bahawa di akhir kes pendakwaan pihak pendakwa raya hendaklah menunjukkan satu kes prima facie. Ini dinyatakan dalam kes Abdullah Atan v. PP & Other Appeals; [2020] 6 MLJ 727; [2020] 9 CLJ 151 seperti yang berikut:
"[42] The purpose of s 180(4) CPC was thus not to exclude the use of presumptions, inferences, or anything other than direct evidence, to establish a prima facie case. On the contrary:
(i) the Privy Council in Haw Tua Tau itself expressly envisaged that inferences may be drawn from the primary facts adduced, and the court must presume such inferences to be true at the close of the prosecution's case; and
(ii) statutory presumptions have often been invoked by the prosecution in order to establish a prima facie case of drug trafficking in previous cases. No concern was raised in Parliament as to the use of presumptions when considering amendments to s 180 of the CPC (see Mohamad Radhi Yaakob v. PP; [1991] 3 MLJ 169; [1991] 1 CLJ (Rep) 311; and Tan Boon Kean v. PP; [1995] 3 MLJ 514; [1995] 4 CLJ 456; [1995] 3 AMR 3