2026 MarsdenLR 1554
MAHKAMAH TINGGI MALAYA SEREMBAN
MOHAMAD HALDAR ABDUL AZIZ, J
STONE MASTER CORPORATION BERHAD – Appellant
Versus
TAY AH TAI & YANG LAIN (LAMP 1) – Respondent
[Saman Pemula No: NA-24NCC-5-03/2025]
The doctrine of res judicata, in its wider sense, prohibits parties from re-litigating issues that were or could have been raised in previous actions. Repeatedly filing lawsuits on the same subject matter after prior withdrawals or dismissals constitutes an abuse of the court's process.
Headnote:(A) Specific Relief Act 1950 - Section 41 - Discretionary power of court regarding declaration of status or rights - Plaintiff must request all further relief when seeking a declaration of title, otherwise court may decline -
(B) Res judicata and Estoppel - Doctrine prohibits re-litigation of issues already determined or which should have been raised in previous proceedings - Abuse of process of court where litigant attempts to litigate in installments by withholding claims - Mere failure to include a point due to negligence or choice does not allow for a new proceeding on the same subject matter. (Paras 31, 38-41, 52-54)
Facts of the case:
The plaintiff, under liquidation, sought declarations regarding ownership of shares in the fifth defendant company and consequential transfer of said shares. The plaintiff had previously initiated several legal actions against the defendants involving the same core grievances and underlying dispute regarding the validity of the transfer of shares. The defendants argued that the current action was repetitive, as the plaintiff had withdrawn or had previous similar actions dismissed by the court. The current application was filed after the plaintiff had settled other related litigation and withdrawn previous suits without liberty to file again.
Findings of Court:
The court found that the central relief sought was identical to previous actions that were either withdrawn or dismissed. Citing the doctrine of res judicata in its wider sense, the court determined that the plaintiff could not continue to initiate new proceedings based on facts that had already been subject to litigation or should have been raised in earlier suits. Furthermore, the court found the plaintiff's reliance on a 'new' issue regarding the issuance of new shares to be a 'red herring' meant to circumvent previous unsuccessful attempts at litigation.
Issues: Whether the principles of res judicata and estoppel preclude the current action due to previous proceedings and whether the initiate of this suit constitutes an abuse of the court's process.
Ratio Decidendi: The doctrine of res judicata applies not only to issues actually decided but also to those that should have been raised in earlier litigation. Initiating multiple lawsuits for the same subject matter, after having withdrawn or lost previous cases, constitutes an abuse of the court's process and undermines the finality of judicial decisions.
Result: Summons dismissed with costs.
PENGHAKIMAN
Pendahuluan
Saman Pemula Plaintif (Lampiran-1)
[1] Di dalam Lampiran-1, Plaintif memohon kepada Mahkamah di bawah s 41 Akta Relif Spesifik 1950 dan/atau bidang kuasa yang sedia ada Mahkamah ini untuk mendapatkan perintah-perintah seperti berikut:
(i) Suatu Deklarasi bahawa Defendan Pertama, Tay Ah Tai, tidak berhak untuk memegang apa-apa dan kesemua saham-saham yang berdaftar di atas nama beliau di dalam Defendan Ke-5, Rainbow Marble & Tiling Sdn Bhd (No. Syarikat: 157870) ["Rainbow Marble"];
(ii) Suatu Deklarasi bahawa Defendan Ke-2, Chee Siaw Chuen, tidak berhak untuk memegang apa-apa dan kesemua saham-saham yang berdaftar di atas nama beliau di dalam Defendan Ke-5, Rainbow Marble;
(iii) Suatu Deklarasi bahawa Defendan Ke-3, Ang Kian You, tidak berhak untuk memegang apa-apa dan kesemua saham-saham yang berdaftar di atas nama beliau di dalam Defendan Ke-5, Rainbow Marble;
(iv) Suatu Perintah bahawa apa-apa dan kesemua saham-saham di dalam Defendan Ke-5, Rainbow Marble, yang didaftarkan atas nama Defendan Pertama (Tay Ah Tai), Defendan Ke-2 (Chee Siaw Chuen) dan Defendan Ke-3 (Ang Kian You) dipindahmilik semula kepada Plaintif, Stone Master Corporation Berhad (Dalam Likuidasi);
(v) Suatu Perintah bahawa Defendan Ke-6, Suruhanjaya Syarikat Malaysia, dalam tempoh 7 hari dari tarikh penyerahan perintah ini mendaftarkan pindahmilik kesemua saham dalam Defendan Ke-5, Rainbow Marble kepada Plaintif, Stone Master Corporation Berhad (Dalam Likuidasi);
(vi) Suatu Perintah bahawa Pelikuidasi Plaintif, Stone Master Corporation Berhad (Dalam Likuidasi) Sundarasan a/l Arumugam (No. K/P: 710424-10-5321) dan Ling Sie Kiong (No. K/P: 750331-13-5245) dilantik dan didaftarkan sebagai Pengarah-Pengarah Defendan Ke-5, Rainbow Marble;
(vii) Suatu Perintah bahawa Defendan-Defendan Pertama dan Ke-2, Tay Ah Tai dan Chee Siaw Chuen dilucutkan sebagai Pengarah-Pengarah Defendan Ke-5, Rainbow Marble;
(viii) Suatu perintah bahawa Shafiq Fathullah Bin Shaharuddin dilantik dan didaftarkan sebagai Setiausaha Syarikat Defendan Ke-5, Rainbow Marble;
(ix) Suatu Perintah bahawa Defendan Ke-4, Low Eng Tak, dilucutkan sebagai Setiausaha Syarikat Defendan Ke-5, Rainbow Marble;
(x) Suatu Perintah bahawa Defendan Ke-6, Suruhanjaya Syarikat Malaysia, dalam tempoh 7 hari dari tarikh penyerahan perintah ini mendaftarkan pelantikan Pelikuidasi Plaintif, Stone Master Corporation Berhad (Dalam Likuidasi) Sundarasan a/l Arumugam (No. K/P: 710424-10-5321) dan Ling Sie Kiong (No. K/P: 750331-13-5245) sebagai pengarah-pengarah Defendan Ke-5, Rainbow Marble;
(xi) Suatu Perintah bahawa Defendan Ke-6, Suruhanjaya Syarikat Malaysia, dalam tempoh 7 hari dari tarikh penyerahan perintah ini mendaftarkan pelucutan Defendan-Defendan Pertama dan Ke-2, Tay Ah Tai dan Chee Siaw Chuen, sebagai Pengarah-Pengarah Defendan Ke-5, Rainbow Marble;
(xii) Suatu Perintah bahawa Defendan Ke-6, Suruhanjaya Syarikat Malaysia, dalam tempoh 7 hari dari tarikh penyerahan perintah ini mendaftarkan pelantikan Shafiq Fathullah Bin Shaharuddin sebagai Setiausaha Syarikat Defendan Ke-5, Rainbow Marble;
(xiii) Suatu Perintah bahawa Defendan Ke-6, Suruhanjaya Syarikat Malaysia, dalam tempoh 7 hari dari tarikh penyerahan perintah ini mendaftarkan pelucutan Defendan Ke-4, Low Eng Tak, dilucutkan sebagai Setiausaha Syarikat Defendan Ke-5, Rainbow Marble;
(xiv) Kos Saman Pemula ini dan yang berbangkit daripadanya ditanggung oleh Defendan Pertama, Defendan Ke-2, Defendan Ke-3 dan Defendan Ke-4; dan
(xv) Apa-apa relif selanjutnya dan/atau lain yang Mahkamah Yang Mulia ini fikirkan suai manfaat dan adil.
[2] Saman Pemula Plaintif di bawah Lampiran-1 ini disokong oleh afidavit yang diikrarkan oleh Sundarasan a/l Arumugam, yang merupakan Pelikuidasi Stone Master Corporation Berhad (Dalam Likuidasi) ("SMC") yang dilantik melalui suatu perintah bertarikh 15 Februari 2022 yang diberikan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur di dalam kes Pasca (Penggulungan) Syarikat No WA-28PW-11-01/2022 di bawah Lampiran-2
