SupremeToday Landscape Ad
Back
Next
Judicial Analysis Court Copy Headnote Facts Arguments Court observation
Listen Article Pause Article
judgment-img

2026 MarsdenLR 1239

MAHKAMAH TINGGI MALAYA KUALA LUMPUR
ROSLAN MAT NOR, J
CCW GROUP SDN BHD – Appellant
Versus
UNIVERSITI MALAYA – Respondent
[Guaman Sivil No: WA-22NCvC-403-07/2025]



Petitioner Advocates:Malar Loganathan ,Respondent Advocate: Edward Kuruvilla,Edel Siva

Legal Category Hierarchy

  • practice and procedure
    • civil procedure
      • pleadings
        • amendment of pleadings

Table of Contents

1. Application to amend statement of claim to change plaintiff's status from registered owner to tenant — Amendment opposed. (Para 1 , 2 , 5 , 17 )

2. Plaintiff argued amendment was bona fide and at early stage; defendant argued it was mala fide, after dismissal of striking out, and changed the case. (Para 3 , 4 , 7 , 8 , 9 )

3. Application to amend writ and statement of claim dismissed with costs. (Para 22 )

4. What are the principles governing leave to amend a writ or pleading?

The court must balance the right to amend with the right of the opposing party to a fair trial; amendment cannot be taken lightly and parties must obtain complete facts before filing. (Para 10 , 11 , 12 , 13 , 14 , 15 , 16 )

5. Does an amendment that changes the plaintiff's status from owner to tenant alter the form of the action?

Yes, because the legal positions of owner and tenant are different, and it changes the basis of the defense, thereby prejudicing the defendant. (Para 17 , 18 , 20 )

6. Can the fact that the opposing party may later amend its pleading negate prejudice from an amendment?

No, the ability of the defendant to amend does not negate the prejudice caused by changing the foundation of the defense. (Para 20 )

7. Is it acceptable to seek amendment based on facts discovered after filing the action?

No, the court found it difficult to accept because verification of facts should be done before filing, not through an amendment application. (Para 19 , 21 )

PENGHAKIMAN

Roslan Mat Nor H:

[1] Ini adalah permohonan plaintif untuk meminda penyataan tuntutan. Alasan permohonan adalah bagi membolehkan plaintif mengemukakan dengan jelas dan tepat fakta di dalam tuntutan ini.

[2] Permohonan ini disokong dengan afidavit Danen Dran A/L Ganapathi yang menyatakan semasa perbincangan dengan peguam cara plaintif terdapat beberapa fakta yang diplidkan adalah tidak tepat dan tidak menggambarkan fakta sebenar dalam tuntutan plaintif.

[3] Defendan membantah permohonan ini melalui afidavit Professor Dr Zamri bin Radzi, Timbalan Naib Canselor defendan. Asas bantahan tersebut ialah ianya tidak konsisten dengan pengakuan pliding-pliding terdahulu. Ia adalah satu penyalahgunaan proses mahkamah. Permohonan ini dibuat setelah permohonan pembatalan tindakan ini ditolak mahkamah.

[4] Defendan juga menegaskan bahawa permohonan telah dibuat 245 hari selepas pembelaan difailkan oleh defendan. la juga dibuat 4 hari sebelum tarikh akhir untuk memfailkan dokumen.

[5] Plaintif di dalam permohonan ini telah mengemukakan cadangan pindaan yang meminda daripada plaintif sebagai pemilik berdaftar kepada plaintif merupakan penyewa. Perenggan 4 pernyataan tuntutan mohon dipinda dengan perincian butiran kronologi yang membawa kepada perjanjian tersebut.

[6] Plaintif juga memohon para 5 penyata tuntutan dipinda dengan menggantikannya dengan para 5 yang baru. Plaintif memohon dimasukkan paras 10A dan 10B yang menyatakan fakta bahawa premis itu adalah untuk penyewaan.

[7] Plaintif di dalam hujahnya menyatakan bahawa permohonan ini adalah bona fide, la dilakukan pada peringkat awal prosiding. Permohonan ini tidak akan memprejudiskan defendan disebabkan pindaan adalah terhadap fakta dan tidak menukarkan bentuk tindakan plaintif kepada defendan.

[8] Plaintif telah menukilkan kes Yamaha Motor Co Ltd v. Yamaha (M) Sdn Bhd & Ors [1982] 1 MLRA 417; [1983] 1 MLJ 213; [1983] CLJ (Rep) 428, Boustead Hotels & Resort Sdn Bhd v. Basiah Jaafar & Ors ; [2016] 5 MLRA 386; [2016] 4 MLJ 555; [2016] 8 CLJ 1, Public Bank Bhd v. Perwira Habib Bank Malaysia Bhd ,U-Meng Holdings Sdn Bhd & Anor v. Tan Sri Datuk Ibrahim Mohamed; AmBank (M) Bhd (Third Party) ; [2010] 9 CLJ 411, Palaniappan Kotayan v. Universiti Pertanian Malaysia ; [1995] 1 MLJ 353; [1995] 1 CLJ 693.

[9] Sebaliknya, defendan berhujah bahawa permohonan plaintif dibuat secara tidak bona fide. Ini adalah disebabkan ia dilakukan selepas permohonan pembatalan ditolak. Pada masa yang sama ia telah mengubah kes plaintif daripada tuntutan sebagai pemilik kepada penyewa harta tanah tersebut. Begitu juga permohonan dibuat setelah tempoh pemfailan kes ini yang telah lama iaitu 245 hari.

Analisa

[10] Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 (KKM 2012) telah memperuntukan tatacara tindakan pliding di bawah A 20 k 4 bagi pindaan tanpa kebenaran mahkamah, A 20 k 5 bagi pindaan writ atau pliding dengan kebenaran mahkamah. Rasional kepada peruntukan tersebut ialah bagi membolehkan pihak-pihak memasukkan fakta-fakta yang relevan di dalam pliding yang tertinggal atau diperolehi selepas writ dan pliding difailkan di mahkamah. Apa yang penting pada hemat mahkamah keadilan akan dapat dilaksanakan tanpa dihalang oleh kealpaan pihak-pihak.

[11] Walau bagaimanapun, mahkamah atasan telah menggariskan pertimbangan yang perlu dibuat oleh Mahkamah dalam permohonan pindaan kepada writ dan pliding. Ini dinyatakan dalam kes Yamaha Motor (supra), Hong Leong Finance Bhd (supra), la telah menjadi undang-undang yang mantap dan tidak perlu diperpanjangkan lagi di sini. Penelitian kepada prinsip-prinsip di dalam kes tersebut jelas menunjukkan perimbangan di antara hak pihak-pihak untuk membuat pindaan writ dan pliding dengan hak pihak lawan yang tidak diprejudiskan untuk mendapatkan perbicaraan yang adil. Kealpaan pihak-pihak tidak boleh mengatasi keadilan kepada pihak-pihak.

[12] Pada hemat mahkamah ini, permohonan kebenaran untuk meminda writ dan pliding tidak boleh dipandang enteng. la bukannya satu penambahan atau pengurangan fakta di dalam w


Click Here to Read the rest of this document
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
SupremeToday Portrait Ad
supreme today icon
whatsapp-icon Back to top