SupremeToday Landscape Ad
Back
Next
Judicial Analysis Court Copy Headnote Facts Arguments Court observation
Listen Article Pause Article
judgment-img

2026 MarsdenLR 1042

MAHKAMAH TINGGI MALAYA SEREMBAN
FREIGHTWATCH G PATOMOH SECURITY SERVICES SDN BHD LWN. PENGARAH HOSPITAL TUANKU JAAFAR SEREMBAN & ....
[Guaman Sivil No: NA-21NCvC-1-03/2023]



PENGHAKIMAN

Mohamad Haldar Abdul Aziz H:

Pendahuluan

[1] Plaintif membawa tuntutan ini terhadap defendan-defendan untuk tuntutan berjumlah sebanyak RM957,019.72 yang dikatakan jumlah kerugian yang dialami oleh Plaintif berkaitan dua (2) Kontrak Perkhidmatan Kawalan Keselamatan di Hospital Serdang ("HS") dan Hospital Tuanku Ja'afar ("HTJ").

[2] Oleh itu, di dalam tindakan ini, melalui Writ Saman dan Pernyataan Tuntutan, plaintif menuntut terhadap defendan-defendan untuk mendapatkan relif-relif yang berikut:

(a) Wang sejumlah RM957,019.72;

(b) Faedah pada kadar 2.5% mulai tarikh penerimaan tawaran kenaikan sehingga penyelesaian penuh;

(c) Kos tindakan ini; dan

(d) Lain-lain perintah atau relif yang sesuai manfaat yang dianggap sesuai oleh mahkamah Yang Mulia ini.

[3] Seterusnya, melalui Pernyataan Pembelaan defendan-defendan Terpinda, antara lainnya, Defendan-Defendan memplidkan bahawa Defendan-Defendan adalah terikat dengan kontrak asal kerana tiada kontrak tambahan yang ditandatangani oleh pihak-pihak dan pelarasan harga kontrak kerajaan adalah tertakluk kepada prosedur dan syarat-syarat yang perlu dipatuhi dan plaintif telah gagal mematuhi syarat-syarat tersebut di mana plaintif tidak pernah menerima tawaran pelarasan harga yang ditawarkan oleh defendan-defendan sepanjang tempoh kontrak ini masih berkuat kuasa.

[4] Setelah mendengar keterangan-keterangan daripada saksi-saksi kedua belah pihak plaintif dan defendan-defendan, maka pada 8 April 2026, mahkamah dengan ini mendapati bahawa Plaintif telah gagal untuk membuktikan tuntutannya terhadap pihak Defendan-Defendan. Oleh yang demikian, Mahkamah memutuskan untuk menolak tuntutan Plaintif terhadap defendan-defendan di dalam kes ini dengan kos.

[5] Selanjutnya, Mahkamah juga memutuskan dan menetapkan kos keseluruhan tindakan ini adalah sebanyak RM25,000.00 dan jumlah kos ini mesti dibayar oleh pihak plaintif kepada defendan-defendan tertakluk pada pembayaran fi alokatur.

[6] Plaintif merasa tidak berpuashati dengan keseluruhan keputusan mahkamah ini yang bertarikh 8 April 2026 tersebut di atas dan memfailkan Notis Rayuan bertarikh 5 Mei 2026 kepada Mahkamah Rayuan terhadap keputusan berkenaan.

Ringkasan Fakta Kes

[7] Plaintif dan defendan-defendan telah memasuki kontrak-kontrak berikut:

(a) Perjanjian Perkhidmatan Kawalan Keselamatan Bersenjata dan Tanpa Bersenjata Serta Wang Cash Value in Transit di Hospital Tuanku Ja'afar bertarikh 15 Mac 2019 (No. Kontrak: KKM-175/2018/K/HTJ(KS) ("Kontrak HTJ"); dan

(b) Perjanjian Perkhidmatan Kawalan Keselamatan (Bersenjata dan Tanpa Senjata) dan Penghantaran Wang Cash in Transit (CIT) bagi Tempoh 2 tahun di Hospital Serdang bertarikh 19 Disember 2018 (No. Kontrak: KKM-87/2018/K/Serdang(KS) ("Kontrak HS").

[Selepas Ini Akan Dirujuk Sebagai "Kontrak-Kontrak Tersebut"]

[8] Bagi Kontrak HTJ, tempoh kontrak adalah daripada 16 Disember 2018 sehingga 15 Disember 2020 dan bayaran perkhidmatan adalah sebanyak RM7.10 sejam (pengawal tanpa senjata).

[9] Manakala, bagi Kontrak HS, tempoh kontrak adalah daripada 4 Oktober 2018 sehingga 3 Oktober 2020 dan bayaran perkhidmatan adalah sebanyak RM7.40 sejam (pengawal tanpa senjata).

[10] Kementerian Kewangan Malaysia ("MOF") melalui surat bertarikh 23 Oktober 2018 telah memperkenalkan pelaksanaan Perintah Gaji Minimum 2018 ("PGM 2018") yang seragam bagi seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak iaitu sebanyak RM1,050.00 sebulan ataupun RM5.05 sejam.

[11] Berdasarkan surat MOF tersebut, mana-mana kontraktor yang terkesan dengan kenaikan harga disebabkan oleh polisi atau keputusan Kerajaan boleh membuat permohonan untuk pelarasan semula harga kontrak.

[12] Seterusnya, melalui surat bertarikh 12 November 2019, Kerajaan telah bersetuju untuk membuat pindaan kepada Perjanjian Hospital Tuanku Ja'afar berikutan pelaksanaan PGM 2018 iaitu kadar baru bagi pengawal keselamatan tanpa senjata adalah RM7.50 sejam (kenaikan sebanyak RM0.40 sejam).

[13] Selain itu, melalui surat bertarikh 11 November 2019, Kerajaan telah bersetuju untuk membua


Click Here to Read the rest of this document
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
SupremeToday Portrait Ad
supreme today icon
whatsapp-icon Back to top