SupremeToday Landscape Ad
Back
Next
Judicial Analysis Court Copy Headnote Facts Arguments Court observation
Listen Article Pause Article
judgment-img

2026 MarsdenLR 975

MAHKAMAH TINGGI MALAYA SEREMBAN
CB LONGMARCH TYRE SDN BHD & YANG LAIN LWN. TAN SIEW HOON & YANG LAIN
[Guaman Sivil No: NA-22NCC-1-01/2024]



PENGHAKIMAN

Mohamad Haldar Abdul Aziz H:

Pendahuluan

Notis Pemohonan Peguamcara Plaintif-Plaintif, Encik Krishna Dallumah [Lampiran - 110]

[1] Di dalam Lampiran - 110, peguam Encik Krishna Dallumah memohon kepada mahkamah di bawah A 38 k 14 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 dan A 92 k 4 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 dan / atau bidang kuasa sedia ada Mahkamah ini untuk mendapatkan perintah-perintah dan / atau relif-relif seperti berikut:

(a) Sepina bertarikh 15 Mei 2026 yang dikeluarkan terhadap Krishna Dallumah (No. K/P: 590812-01-5607) oleh defendan-defendan (Lampiran 97) dibatalkan;

(b) Suatu penggantungan interim sepina diberikan oleh mahkamah yang mulia ini sementara menunggu pelupusan penuh permohonan ini;

(c) Kos permohonan ini ditanggung oleh defendan-defendan atas dasar peguam anak guam dan dibayar dalam tempoh 7 hari dari tarikh perintah; dan

(d) Relif selanjutnya dan lain-lain yang difikirkan sesuai dan wajar oleh mahkamah yang mulia ini.

[2] Notis Permohonan peguam Encik Krishna Dallumah di bawah Lampiran - 110 ini disokong oleh afidavit yang diikrarkan oleh Encik Krishna Dallumah bertarikh 22 Mei 2026 (Lampiran - 111).

[3] Di antara alasan-alasan yang disandarkan oleh Encik Krishna Dallumah untuk menyokong Notis Permohonan beliau di bawah Lampiran - 110 ini adalah sepertimana berikut:

(a) Sepina tersebut adalah bersifat menindas, tidak wajar dan merupakan satu penyalahgunaan proses mahkamah;

(b) Sepina tersebut dikeluarkan dengan tujuan kolateral, termasuk untuk menimbulkan gangguan serta tekanan terhadap plaintif-plaintif dan peguamcara mereka serta untuk mengganggu kelancaran persediaan dan perjalanan perbicaraan Sepina tersebut yang dikeluarkan terhadap peguamcara plaintif-plaintif adalah tidak relevan, tidak material dan tidak diperlukan bagi tujuan membantu mahkamah yang mulia ini dalam menentukan isu-isu pertikaian antara pihak-pihak;

(c) Dokumen-dokumen yang disebut dalam sepina tersebut telah pun dirujuk di dalam pliding pihak-pihak dan/atau dimasukkan ke dalam Ikatan Dokumen Bersama (IDB), di mana kewujudan dan keaslian ("authenticity") dokumen tidak dipertikaikan dan hanya tafsiran, pelaksanaan serta implikasi undang-undang dokumen tersebut yang menjadi isu perbicaraan;

(d) Isu-isu yang dibangkitkan dalam sepina tersebut adalah isu-isu undang-undang dan fakta yang telah pun diplidkan secara terperinci dan akan dibuktikan melalui saksi-saksi fakta yang relevan dan bukannya melalui keterangan peguamcara plaintif-plaintif;

(e) Peguamcara Plaintif-Plaintif bukan saksi material dalam tindakan ini dan kehadiran beliau tidak akan memberikan apa-apa keterangan material tambahan kepada mahkamah yang mulia ini;

(f) Oleh yang demikian, sepina tersebut wajar diketepikan dengan kos.

[4] Setelah Mahkamah ini mendengar, membaca, meneliti dan menilai afidavit-afidavit yang telah difailkan dalam permohonan ini berserta hujahan-hujahan bertulis yang telah difailkan oleh kedua belah pihak plaintif-plaintif dan defendan-defendan kepada mahkamah, maka pada 8 Jun 2026, Mahkamah dengan ini memutuskan untuk membenarkan Notis Permohonan peguam Encik Krishna Dallumah di bawah Lampiran - 110 dengan kos sebanyak RM3,000.00 tertakluk kepada fi alokatur.

[5] Defendan-defendan merasa tidak berpuas hati dengan keputusan mahkamah ini bertarikh pada 8 Jun 2026 tersebut, dan memfailkan Notis Rayuan ke Mahkamah Rayuan Malaysia bertarikh pada tarikh yang sama iaitu pada 8 Jun 2026 terhadap keseluruhan keputusan mahkamah ini bertarikh 8 Jun 2026 tersebut, yang telah membenarkan Notis Permohonan peguamcara plaintif-plaintif tersebut (Encik Krishna Dallumah).

[6] Oleh itu, Notis Rayuan yang difailkan oleh defendan-defendan adalah terhadap keseluruhan keputusan yang telah diberikan oleh mahkamah ini yang bertarikh pada 8 Jun 2026 berkenaan.

Alasan Dan Penemuan Mahkamah

Isu Pertama: Sama Ada Sepina Yang Dikeluarkan Terhadap Peguamcara Plaintif-Plaintif, Encik Krishna Dallumah Adalah Dikeluarkan Secara Bona Fide

[7] Di dalam kes ini, mahkamah mendapati bahawa sepina yang dipoh


Click Here to Read the rest of this document
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
SupremeToday Portrait Ad
supreme today icon
whatsapp-icon Back to top