SupremeToday Landscape Ad
Back
Next
Judicial Analysis Court Copy Headnote Facts Arguments Court observation
Listen Article Pause Article
judgment-img

2026 MarsdenLR 2695


Bertarikh: 22 JULAI 2026
(ROSLAN MAT NOR)
Hakim
Mahkamah Tinggi Malaya
Kuala Lumpur
DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KUALA LUMPUR
DALAM WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR, MALAYSIA
[SAMAN PEMULA NO.: WA-24NCvC-685-02/2026]
Dalam Perkara Mengenai Aturan 89 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012;
Dan
Dalam Perkara Mengenai Aturan 7, Aturan 10 Kaedah 5, Aturan 28 Kaedah 8 dan Aturan 92 Kaedah 4 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012;
Dan
Dalam Perkara Mengenai Hartanah yang dikenali sebagai HS (M) 14775, Lot PT 5076, Off Jalan Keramat Hujung, Bandar Ulu Kelang, Daerah Gombak, Selangor Darul Ehsan yang beralamat di No. 75, Jalan Keramat Hujung, Kampung Datuk Keramat, 54000 Kuala Lumpur.
ANTARA
MAJLIS AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN
... PLAINTIF
DAN
1. DARUL QURAN ITTIFAQIYAH
(NO PENDAFTARAN: 002353061-M)
2. MOHD ZAHID MAHMOOD
(NO KP: 700102-10-5157)
3. SAMSURINI MOHD ANUWI
(NO KP: 810516-03-5920)
4. DAN TIAP-TIAP ORANG LAIN YANG MENDUDUKI HARTANAH NO. 75, JALAN KERAMAT HUJUNG, KAMPUNG DATUK KERAMAT, 54000 KUALA LUMPUR
... DEFENDAN-DEFENDAN

ALASAN PENGHAKIMAN

1. Defendan-Defendan melalui Kertas Mahkamah 8 memohon supaya tindakan ini yang dimulakan melalui Saman Pemula ditukarkan kepada suatu tindakan writ. Alasan permohonan ini adalah kerana terdapat pertikaian fakta yang serius yang hanya boleh diselesaikan melalui keterangan saksi-saksi serta penzahiran lengkap dokumen-dokumen. la telah dibantah oleh Plaintif.

2. Penelitian kepada Kertas Mahkamah 1 iaitu Saman Pemula adalah didapati ini adalah satu tindakan untuk perintah Defendan-Defendan mengosongkan atau menyerahkan pemilikan kosong harta tanah yang dikenali sebagai HS (M) 14775, Lot PT 5076, Off Jalan Keramat Hujung, Bandar Ulu Kelang, Daerah Gombak, Selangor Darul Ehsan. Intitulemen pada Saman Pemula itu menunjukkan ia adalah berkaitan dengan Aturan 89 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 (KKM 2012).

3. Defendan-Defendan melalui afidavit sokongan Mohd Zahid bin Mahmood antara lain menyatakan bahawa terdapat wakaf khas yang diberikan oleh pemilik berdaftar kepada Defendan-Defendan iaitu dua bangunan lain di atas tanah tersebut. Pada masa yang sama, terdapat keputusan Sahibus Samahah Mufti Wilayah Persekutuan bahawa Defendan-Defendan bukannya setinggan. Defendan-Defendan juga menyatakan bahawa terdapatnya bantuan-bantuan kewangan yang diberikan oleh Plaintif kepada Defendan-Defendan. Ini menyebabkan Defendan-Defendan mempunyai harapan yang sah.

4. Defendan-Defendan juga menyatakan Plaintif melalui penyerahan salinan Hak Sementara Hartanah kepada Defendan-Defendan menjadikan Defendan-Defendan mempunyai kepentingan ekuiti untuk menduduki harta tanah tersebut.

5. Kewujudan kebenaran sah pemilik dan perkenan oleh Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong untuk Defendan-Defendan menduduki harta tanah tersebut. Defendan menyatakan Plantif adalah tertakluk kepada keputusan Mufti Wilayah Persekutuan yang telah memutuskan pendudukan Defendan-Defendan di atas tanah tersebut.

6. Berdasarkan kepada penyataan di atas, Defendan-Defendan menyatakan ia tidak sesuai dikekalkan pendengaran kes ini melalui Saman Pemula sebabnya ia lebih wajar ditukarkan kepada writ bagi membolehkan keterangan-keterangan dikemukakan bagi membuktikan fakta-fakta tersebut.

7. Sebaliknya, Plainfif melalui afidavit jawapan yang diikrarkan oleh Mohd Nizam bin Haji Yahya iaitu Setiausaha kepada Plaintif mengatakan kes ini sesuai diteruskan melalui Saman Pemula kerana ia hanya melibatkan isu undang-undang.

8. Plaintif menyatakan bahawa tiada wakaf khas seperti dakwaan Defendan-Defendan. Plaintif tidak mewakafkan tanah tersebut kepada Defendan-Defendan. Plaintif juga menyatakan keputusan mesyuarat dan surat Mufti adalah bukan fatwa. Bantuan kewangan yang diberikan kepada Defendan-Defendan adalah merupakan bantuan zakat serta bersifat sukarela. la tidak menunjukkan hak ekuiti atau kontraktual Defendan-Defendan.

9. Selain daripada itu, Plaintif menyatakan pemberian sesalinan hakmilik tidak membawa maksud Plaintif mengiktiraf Defendan-Defendan sebagai pendudukan yang mempunyai ekuiti undang-undang. Sebaliknya, ia adalah dengan tujuan membantu Defendan-Defendan di dalam proses pemutihan sekolah Tahfiz yang dilakukan oleh pihak berkuasa.

10. Plaintif juga menyatakan bahawa Defendan-Defendan telah gagal memperolehi kelulusan Majlis Perbandaran Ampang Jaya untuk beroperasi sebagai sekolah Tahfiz. Di samping itu, sekiranya tindakan ini ditukarkan kepada writ saman ia akan memprejudiskan Plaintif.

11. Plaintif menafikan dakwaan bahawa Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong telah memperkenankan Defendan-Defendan menduduki tanah tersebut. Sebaliknya, ia hanya berkaitan dengan sumbangan bantuan kawasan kepada Defendan-Defendan.

12. Plaintif akhirnya menyatakan di dalam afidavit jawapan bahawa kelulusan yang diberikan oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) kepada Defendan-Defendan adalah untuk sementara sahaja. Kebenaran JAIS perlu diperolehi untuk mengendalikan sekolah Tahfiz disebabkan ian

Click Here to Read the rest of this document
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
SupremeToday Portrait Ad
supreme today icon
whatsapp-icon Back to top