2026 MarsdenLR 3386
MAHKAMAH TINGGI MALAYA, KOTA BHARU
ROSLI HASSAN & YANG LAIN lwn. NOR MAIZWARNIDA MAT JUSOH & YANG LAIN
[GUAMAN NO: DA-21 NCVC-32-12/2021]
DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KOTA BHARU
DALAM NEGERI KELANTAN DARUL NAIM, MALAYSIA
[GUAMAN NO: DA-21 NCVC-32-12/2021]
ANTARA
1. ROSLI BIN HASSAN
(NO. K/P: 600316-03-5445)
2. SITI FATIMAH BINTI MOHD NOR
(NO. K/P: 660707-03-5826)
3. RLI OIL GAS & TRADING
(NO. PENDAFTARAN PERNIAGAAN: 199603037062
(KT0112543-V)
... PLAINTIF-PLAINTIF
DAN
1. NOR MAIZWARNIDA BINTI MAT JUSOH
2. MOHD IZWAN BIN TAJUDIN
3. KETUA PEGAWAI PENGUATKUASA NEGERI KEMENTERIAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA NEGERI KELANTAN
4. PENGARAH KEMENTERIAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA NEGERI KELANTAN
5. MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA MALAYSIA
6. KERAJAAN MALAYSIA
... DEFENDAN-DEFENDAN
ALASAN PENGHAKIMAN
Pendahuluan
[1] Plaintif-Plaintif di dalam kes ini telah memfailkan Writ Saman dan Pernyataan Tuntutan bertarikh 29.12.2021 mendakwa Defendan-Defendan telah secara bersesama dan/atau berasingan gagal, enggan dan/atau cuai terhadap kewajipan berjaga-jaga (duty of care) dan selanjutnya menuntut gantirugi terhadap Defendan-Defendan akibat daripada tindakan penguatkuasaan dan sitaan yang salah, antara lain:
a) Gantirugi am sebanyak RM1,000,000.00;
b) Gantirugi teruk sebanyak RM1,000,000.00;
c) Gantirugi tauladan sebanyak RM1,000,000.00;
d) Gantirugi sebanyak RM1,290,600.00 ke atas kehilangan hak penggunaan motorlori bernombor pendaftaran DAM 2589 (717 hari x RM1800 sehari);
e) Gantirugi sebanyak RM4,291,245.00 ke atas kehilangan hak penggunaan penggunaan tong-tong gas LPG Mira 14kg di atas motorlori tersebut (RM15 keuntungan minima berulang sehari x 717 hari x 399 tong);
f) Gantirugi sebanyak RM1,556,607.00 ke atas kehilangan hak penggunaan penggunaan tong-tong gas LPG Petron 12kg di atas motorlori tersebut (RM13 keuntungan minima berulang sehari x 717 hari x 167 tong); dan
g) Gantirugi sebanyak RM2,000,000.00 ke atas kehilangan reputasi perniagaan dan kehilangan pendapatan daripada aktiviti perniagaan.
[2] Defendan-Defendan telah memfailkan Pembelaan untuk menafikan tuntutan Plaintif-Plaintif. Pembelaan Defendan-Defendan diringkaskan seperti berikut:
a) Semasa pemeriksaan dan serbuan dijalankan, premis Plaintif Rli Oil Gas & Trading ("Plaintif 3") menyimpan LPG melebihi 1000kg. Lesen berniaga Plaintif 3 yang sah hanya dengan had kuantiti 1000kg;
b) Rosli bin Hassan ("Plaintif 1") menyatakan stok barang kawalan yang berada di premis Plaintif 3 sebagai stok barang kawalan yang disimpan oleh EQ-East Coast. Hasil semakan Defendan Nor Maizwarnida binti Mat Jusoh ("Defendan 1") mendapati bahawa EQ-East Coast tidak memiliki sebarang lesen berniaga untuk menjual barang kawalan LPG;
c) Ekor motortreler di mana sebahagian barang kawalan LPG ditemui, tidak bersambung pada "prime mover" dan berada dalam kawasan premis Plaintif 3. Hasil carian mendapati ekor motortreler nombor pendaftaran T/R 136 dan pendaftaran perniagaan KT0427185-M dimiliki oleh Mohamed Amer bin Rosli;
d) Kertas siasatan oleh Defendan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Malaysia ("Defendan 5") telah dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya dan arahan diterima adalah no further action (NFA) terhadap siasatan tersebut;
e) Defendan Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna ("Defendan 4") telah memaklumkan kepada EQ-East Coast bahawa siasatan telah selesai dan ekshibit yang disita akan dikembalikan. EQ-East Coast telah diminta hadir ke Pejabat untuk tujuan mengambil ekshibit sitaan tersebut;
f) Defendan-Defendan tidak mempunyai tanggungjawab untuk menyerahkan apa-apa dokumen berkaitan lelongan barang sitaan kepada Plaintif-Plaintif;
g) Defendan 4 telah mengeluarkan Sijil Pelupusan Barang-Barang Rampasan mengarahkan hasil jualan barang rampasan/sitaan dikembalikan kepada EQ-East Coast dan kesemuanya telah dikembalikan kepada pemilik berdaftar EQ-East Coast;
h) Defendan-Defendan menegaskan bahawa tindakan siasatan, serbuan dan rampasan terhadap EQ-East Coast adalah berasas kerana Defendan-Defendan mempunyai syak munasabah EQ-East Coast telah melakukan kes